Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

AQIDAH TERGADAI BILA NAFSU JADI TUHAN - Nukilan Siswa Siri 4

Imej
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan dengan pengetahuan-Nya dan Allah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberi petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah Al-Jathiya: ayat 23)                                      Budaya hedonisme merupakan penyakit yang sedang memamah jiwa anak muda masa kini. Ianya boleh membawa kepada keruntuhan dan kehancuran aqidah umat Islam dan falsafahnya yang berpegang kepada “hidup hanya sekali” membuka peluang bagi anak muda untuk memuaskan nafsu mereka tanpa batasan.     Isu kematian artis Korea beberapa hari yang lalu menjadi kebimbangan apabila ada anak-anak muda Islam yang sanggup menggadaikan isu aqidah demi memperjuangkan perkara yang  menuruti nafsu mereka tanpa melihat kepada panduan iman yang sebenar.     Seharusnya umat Islam menjadi umat ya

IMTIHAN : TANGGUNGJAWAB YANG TAK PERNAH SELESAI

Imej
Fasa peperiksaan bermula. Setiap kita sedang menyusun segenap strategi bagi menghadapi imtihan pada kali ini. Maka Allah SWT melengkapkan usaha kita dengan firman-Nya : "Maka, bertawakallah kepada Allah setelah mana kamu telah berusaha." (Surah Ali Imran : ayat 159) Sesunggunya kita beriman bahawa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita nanti. Moga kita terus berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa meninggalkan sahabat-sahabat di sekeliling kita. Sabda Nabi SAW, "Mereka yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka lebih baik daripada mereka yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan kerenah mereka." (HR At-Tirmidzi) Satu peringatan buat kita bersama, Imtihan bukanlah pelepasan untuk kita merenggangkan ukhuwah sesama kita. Persaudaraan yang diisi dengan tanggungjawab ini perlu diteruskan walaupun kita dibebankan dengan perkara-perkara yang sememangnya kita perlu juga lakukan. Lihatlah kegigihan Asma bi

PELANCARAN UBS | MEMPERKASAKAN PEMBAWAAN "MUSLIM BERKUALITI MAHASISWA RABBANI"

Imej
15 DISEMBER 2017, KAHERAH - Unit Biah Solehah (UBS) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan Pelancaran UBS di Musolla Darul Ehsan seusai Tazkirah Subuh Khas. Pelancaran UBS telah disempurnakan oleh saudara Khairul Adha bin Hamdzani selaku Timbalan Yang Dipertua I Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mewujudkan suasana yang baik dalam kalangan mahasiwa/mahasiswi serta menguatkan ikatan silaturrahim dan ukhuwah di antara kita. Akhir kata, seruan kepada kita semua agar dapat bersama-sama menjayakan kesemua enam pembawaan UBS ini. “Muslim Berkualiti Mahasiswa Rabbani” “Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan” Unit Biah Solehah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2017/2018 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM

PEMIMPIN UMAT YANG DIRINDUI - Nukilan Siswa Siri 2

Imej
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya , nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku“      Dunia sekarang semakin hangat dengan pelbagai fitnah. Fitnah-fitnah besar mahupun kecil turut dilemparkan kepada agama Islam itu sendiri. Tambahan pula,  gejala sosial yang berlaku seperti masyarakat yang taksub dengan hiburan yang melalaikan sehingga tidak mempedulikan krisis yang melanda umat Islam pada masa kini.    Jika kita singkap keperibadian Rasulullah  SAW, baginda adalah seorang manusia yang telah dilahirkan ketika seluruh dunia benar-benar memerlukan petunjuk dari Allah SWT, setelah ajaran para Rasul terdahulu yang tidak didengari lagi. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah SAW telah menjadi suatu keistimewaan kepada baginda untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat jahiliah. Bermula dengan dakwah secara rahsia selama tiga tahun diikuti dengan dakwah secara terbuka.

[ KENYATAAN YDP | AL-QUDS HAK MILIK UMAT ISLAM ]

Imej
Tragedi tragis yang menimpa umat Islam pada zaman ini adalah apabila pengumuman Presiden Amerika Syarikat iaitu, Donald Trump, terhadap bumi suci al-Quds sebagai ibu negara Israel. Tragedi ini merupakan satu ujian yang besar kepada orang yang beriman. Rampasan secara tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia kepada rakyat Palestin ini perlu disedari oleh semua umat Islam. Tindakan yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat ini adalah satu tindakan diktator yang turut ditohmah oleh sebahagian negara-negara besar sama ada negara Islam atau sebaliknya. Ketahuilah, sejarah kesucian bumi Palestin ini antaranya ialah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam dan merupakan tempat berlakunya pelbagai peristiwa khususnya peristiwa mukjizat Nabi Muhammad SAW ketika berlakunya Isra' dan Mikraj. Oleh yang demikian, barisan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri dengan ini menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi al-Azhar khususnya dan semua umat Islam amnya agar mengecam ti

PERTEMUAN BERSAMA Y.B DATO’ DR. HAJI AHMAD YUNUS BIN HAIRI : KERJASAMA DALAM KEBAJIKAN TERUS DIPERKASAKAN

Imej
7 Disember 2017, SELANGOR DARUL EHSAN - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 telah mengadakan pertemuan bersama Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi) bertarikh 7 Disember 2017 bertempat di Pejabat SUK, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.         Pertemuan bersama Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi diwakili oleh pimpinan BKASM saudara Luqmanulhafiz bin Mohd Amir dan saudara Mohd Azwan bin Abdul Aziz, mantan Penasihat BKASM. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara antaranya program berkaitan akademik serta kebajikan bagi anak-anak Selangor yang berada di Mesir.         Di akhir pertemuan, Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi menasihatkan kepada seluruh anak-anak Selangor yang berada di perlembahan Nil ini agar menuntut ilmu agama dengan sebaiknya agar dapat memberikan manfaat tersebut selepas pulang ke Tanah Air su

REALISASI KESYUMULAN ISLAM MELALUI KESATUAN - Nukilan Siswa Siri 1

Imej
"Aku telah tinggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang teguh kepada keduaya, itulah Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya". Begitulah pesan Rasulullah SAW dalam khutbah terakhir baginda. Perlu kita fahami, berpegang teguh dalam rangka maksud iman adalah dengan mengamalkannya secara menyeluruh tanpa meninggalkan mana-mana bahagian dari keduanya. Maka menjadi suatu kewajiban kepada kita sebagai orang beriman untuk meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai dasar kehidupan kita dalam setiap aspek. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-Baqarah, ayat 208 : "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kalian ikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kalian adalah musuh yang nyata", Jelas dinyatakan kepada kita antara syarat kesempurnaan iman adalah mengamalkan Islam secara total. Lalu, perlu kita murnikan pemikiran kita dari apa jua fahaman yang meng

PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat mementingkan unsur-unsur pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah. Penerapan unsur tarbiah juga merupakan satu keperluan bagi melahirkan generasi Islam yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan jasmani. Sempena imtihan fasa satu yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 8 Disember 2017. Semoga kita dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat memanfaatkan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini. "Muslim Berkualiti Mahasiswa Rabbani" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Jabatan Fasilitator Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2017/2018 #BersamaBersatu #BersatuBe

KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan. Seperti sedia maklum, pengajian fasa pertama bagi sesi 2017/2018 sedang rancak berlangsung dalam tempoh menuju tarikh peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus lumus membuat persiapan dari pelbagai sudut seperti menghadiri kuliah, menghadiri kelas tutorial dan membuat  ulang kaji pelajaran bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 6 Disember 2017 adalah tarikh penangguhan bagi semua program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Usaha dan taw

KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA BKASM

Imej
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku."(Surah Ash-Shu'ara, ayat : 80) Seluruh ahli BKASM mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan ke atas saudari Nur Dania Izwani binti Zaidi yang menghidapi penyakit Anemia Mild/Multiple Sclerosis. Berikut merupakan kronologi susulan rawatan yang diterima oleh saudari Nur Dania Izwani binti Zaidi : 22 OKTOBER 2017 - Pesakit mengadu sakit kepala. 31 OKTOBER 2017 - Beliau mengalami sakit kepala yang berlarutan dan rakan serumahnya telah membawanya ke Hospital Rabaah untuk membuat rawatan Electroencephalogram (EEG) scan. 1 NOVEMBER 2017 - Keputusan scan tersebut mendapati beliau disahkan normal. 6 NOVEMBER 2017 - Menjelang waktu maghrib, beliau mengadu sakit kepala dan susah untuk bernafas. Kemudian, rakan serumahnya telah membawanya ke Hospital Rabaah sekali lagi setelah mendapat saranan doktor untuk membuat ujian darah, Complete Blood Count (CBC).

NAJAH '17 : KEJAYAAN AHLI TERUS DIHARGAI

Imej
19 NOVEMBER 2017, KAHERAH –  Hari Graduasi Dan Anugerah Kecemerlangan 2017 (NAJAH '17) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif utama program ini adalah untuk meraikan kejayaan graduan dan kecemerlangan ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dalam bidang pengajian islam dan perubatan di mesir pada peperiksaan yang lalu. Selain itu, program ini dijayakan agar dapat menaikkan semangat ahli BKASM untuk terus menggembleng usaha dalam menjayakan kecemerlangan akademik. Majlis bermula seusai solat asar dan bacaan al ma’thurat dengan kehadiran dan sesi pendaftaran oleh para peserta. Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengarah, saudara Muhammad Syukri Bin Rosli,  seterusnya ucapan daripada Yang Di-Pertua BKASM sesi 2017/2018, saudara Mohamad Luqman Bin Mohamad Jasmi. Ucapan perasmian disempurnakan oleh penasihat BKASM sesi 2017/2018, saudara Muhamad Nazif Bin Shaari. Pengisi

UCAPTAMA YANG DIPERTUA

Imej
11 NOVEMBER 2017, KAHERAH - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 telah diadakan  bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif diadakan Ucaptama Yang Dipertua ini adalah untuk memperkenalkan pembawaan dan barisan pimpinan BKASM sesi 2017/2018, membuka ruang kepada ahli untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap pembawaan BKASM sesi ini, serta mengeratkan ukhuwah diantara ahli BKASM. Majlis bermula sejurus sahaja selesai solat maghrib dan solat sunat hajat. Ucaptama Yang Dipertua dimulakan dengan ucapan kalam dari pengarah seterusnya ucapan Yang Dipertua, saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi sekaligus melancarkan Tabung BKAN Taakhi. Majlis Ucaptama Yang Dipertua diteruskan dengan perbahasan dan cadangan daripada ahli mengenai pembawaan BKASM pada sesi ini yang telah dibentangkan oleh Yang Dipertua, saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan Resolusi Ucaptama sebagai

STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2017/2018

Imej
Berikut adalah struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018. Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir ikhwah : Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi (Yang Dipertua) Khairul Adha bin Hamdzani (Timbalan Yang Dipertua I) Muhammad Faiz bin Othman (Setiausaha Agung) Nabil Rusyaidi bin Ramli (Timbalan Setiausaha Agung I) Muhamad Nasrul bin Jamal (Bendahari Kehormat) Fakhrul Rodzi bin Md Tahir (Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah) Muhammad Syukri bin Rosli (Ketua Lajnah Pendidikan) Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan (Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan) Luqmanulhafiz bin Mohd Amir (Ketua Lajnah Kebajikan) Khalif bin Idrus (Ketua Lajnah Ekonomi) Muhamad Hakim bin Mohd Nasir (Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan) Muhammad Hazman bin Zabil (Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah) Muhammad Zuhair bin Omar (Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan) Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Akhawat : Ummi Aqilah binti Norlizam

KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA PENGARAH JAIS : MEMPERKASAKAN AGENDA KEBAJIKAN BKASM

Imej
6 November 2017, SHAH ALAM, SELANGOR - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah JAIS, Y.Bhg S.S. Dato' Haris Bin Kasim bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Pertemuan pada kali ini yang diketuai oleh saudara Fakhrul Rodzi bin Md Tahir sebagai wakil pimpinan BKASM dan saudara Aiman Fitry bin Zulkifli, sebagai wakil BKASM di Malaysia. Pihak BKASM telah memperkenalkan barisan kepimpinan BKASM yang baru bagi sesi 2017/2018. Di samping itu, pertemuan ini juga turut membincangkan beberapa permasalahan berkaitan pelajar-pelajar Selangor di Mesir. Semoga hasil daripada pertemuan wakil BKASM bersama JAIS ini dapat merapatkan lagi hubungan di antara kedua-dua belah pihak. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Disediakan oleh : Setiausaha Agung, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2017/2018 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM

MAT 42 : MENERUSKAN LEGASI PIMPINAN MAHASISWA ISLAM

Imej
21 Oktober 2017, KAHERAH –  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-42 yang telah diadakan di Asrama Rumah Selangor. Mesyuarat Agung Tahunan ini telah melibatkan seluruh ahli BKASM yang berada di Mesir sama ada di Kaherah mahupun di muhafazah dengan kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan. Antara objektif MAT kali ke-42 ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan ahli mesyuarat dapat memanfaatkan mesyuarat sebagai wadah utama dalam menyuarakan pandangan, cadangan dan muhasabah demi kelangsungan BKASM dan memperkasakan kebersamaan antara ahli dan BKASM di samping menambah thaqafah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebelum berlangsungnya MAT 42, beberapa aktiviti Ambang MAT berjaya dijalankan antaranya solat hajat, doa selamat, pembentangan kitab, tazkirah subuh khas serta medan kalam. Ketika hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-42, majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran, ucapan da

BKASM MELEBAR SAYAP KEBAJIKAN MELALUI DANA MAHABBAH

Imej
Segala puji bagi Allah S.W.T yang menciptakan langit dan bumi serta yang memberi nikmat kepada seluruh makhluk sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dan ahli keluarga serta para sahabat baginda. Allah berfirman di dalam al-Quran : قال الله تعالى : وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان Maksudnya : Saling bantu-membantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan dan janganlah saling bantu-membantu dalam perkara kejahatan dan permusuhan.(Surah Al-Ma'idah : ayat 2) BKASM merupakan satu identiti yang menaungi seluruh anak-anak Negeri Selangor di bumi Mesir ini di dalam memastikan kebajikan dan juga keperluan anak-anak Selangor terus terjamin dan dipelihara dengan baik. BKASM juga sentiasa berusaha menjayakan agenda kebajikan dan hak mahasiswa dan mahasiswi dalam menguruskan hal ehwal anak-anak Selangor di Perlembahan Nil ini agar kelangsungan kebajikan terus terjaga. Sehubungan dengan itu, BKASM dengan melalui wasilah Unit D

HIJRAH MENGEJAR REDANYA Nukilan Siswa Siri 44

Imej
Dalam kehidupan, ujian selalu ada menempa diri kita. Kadang kala ringan, namun selalunya terasa berat dan payah untuk dihadapi. Begitulah yang dihadapi oleh nabi kita, Muhammad S.A.W dalam peristiwa hijrahnya bersama para sahabat yang beriman. Hijrah dilakukan dengan meninggalkan segala harta dan keluarga semata-mata untuk merasai kehidupan Islam yang lebih baik. Sekian lama menetap dan membesar di bumi Mekah, namun apabila diwahyukan oleh Allah maka perintah itu cuba dilakukan dengan sebaiknya. Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat bukan sekadar untuk melepaskan diri dari belenggu kezaliman tetapi apa yang lebih penting ialah cita-cita menegakkan tiang Islam perlu diteruskan. Hijrah ini juga bukan kerana mereka telah dibentangkan dengan mata kasar tentang masa depan mereka setelah berhijrah. Mereka tidak pernah tahu pun apakah pertolongan atau sebaliknya yang akan berlaku di Yathrib. Bahkan boleh jadi Islam tidak dapat bertapak dengan kukuh di sana dan terpaksa berhi

MUSLIMAH MUKMINAH Nukilan Siswa Siri 43

Imej
Dia wanita bangsawan yang berfikiran murni dan miliki kecerdasan yang tinggi. Takdir Allah menghendaki iman menyentuh lubuk hatinya yang paling dalam justeru bangkit menepis debu-debu jahiliyyah dan mengusung panji tauhid. Srikandi ini tercatat sebagai sahabat dalam kalangan wanita yang setia di sisi Rasulullah. Safiyyah binti Abdul Mutalib merupakan bonda kepada Zubair bin al-‘Awwam . Bertitik tolak dari kewafatan suaminya, puteranya dibentuk dengan didikan rohani dan kekuatan fizikal yang tegas. sehingga ada yang mengatakan beliau memukul kerana kebencian. Maka dijawab Safiyyah dengan bersajak : “Aku memukul supaya pintar, Tangkas menghadapi musuh, Pulang dengan kemenangan.” Cahaya kebenaran yang teguh terpasak dalam jiwa menjadi sumber kekuatan untuk Safiyyah menghadapi segala tentangan semasa awal dakwah Islam disebarkan. Mengikut jejak langkah muslimin yang lain, Safiyyah menghadapkan wajahnya ke Madinah sebagai Muhajirin  meninggalkan segala lambakan kemewah

SAEIDHA '17 : MEMAKNAKAN ERTI PENGORBANAN

Imej
30 Ogos-3 September 2017, KAHERAH - Program Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Merdeka 2017 (SAEIDHA’17) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 telah berlangsung dengan jayanya. Objektif SAEIDHA '17 adalah untuk menerapkan semangat pengorbanan serta meribat ukhuwah di samping meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli. Program ini telah berlangsung selama 5 hari dan padat dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh SAEIDHA ’17. Pada 30 Ogos 2017, Program Sambutan Aidiladha dan Merdeka 2017 (SAEIDHA’17) telah dimulakan dengan slot Ambang Raya iaitu Munajat Kemerdekaan dan Ambang SAEIDHA’17. Antara pengisian yang diadakan adalah Solat Hajat serta Talkshow yang bertajuk Merdeka Raya : Manifestasi Iman dan Pengorbanan. Slot ini telah disampaikan oleh dua orang panel iaitu, saudara Muhammad Hasbullah bin Suhaimi, Fasilitator Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) dan saudari Siti Hajar binti Mohd Razali, Fasilitator Badan Kebajikan Keluarga Islam M

KEKUATAN ‘BIJAK’ YANG DISALAH GUNA Nukilan Siswa Siri 42

Imej
         Allah S.W.T mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk berfikir serta untuk mengolahkan idea-idea yang ada pada manusia ke dalam dunia realiti. Umat Islam diberikan ruang untuk berfikir daripada segenap aspek yang dipandu oleh al-Quran dan as-sunnah sejak dahulu lagi. Namun pada zaman yang penuh dengan teknologi ini, terdapat individu dan agensi-agensi menggunakan daya berfikir yang telah diberikan kepada mereka ke arah untuk menjatuhkan Islam dengan pelbagai cara.         Antara agensi-agensi badan perisikan yang aktif dan mempunyai anggota-anggota yang mahir serta daya fikir yang tinggi sehingga ke hari ini ialah :-         MOSSAD Intelligence Agency : Tujuan utama diciptakan adalah untuk mengawasi bangsa-bangsa dan organisasi arab di seluruh dunia daripada memberi ancaman kepada Israel. Tindakan-tindakannya membuat dunia tidak senang duduk. MOSSAD dibentuk oleh Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan pada awal pembentukannya, ia berkata bahawa tujuan MOS

KERANA PANJANGNYA JALAN DAKWAH - Nukilan Siswa siri 41

Imej
Allah S. W. T berfirman berkenaan doa Nabi Zakaria A.S. : Maksudnya : “ Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalanku”.(Surah Maryam : ayat 4-5) Sesungguhnya dunia telah menyaksikan peralihan generasi dalam satu tempoh masa yang panjang. Bermula dari nabi yang pertama diutuskan iaitu Nabi Adam A.S sehinggalah ke hari ini setelah kewafatan Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Tugas mentadbir bumi dengan berpandukan syariat ilahi diteruskan dengan legasi kepimpinan khalifah bermula daripada Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan diganti dengan khalifah-khalifah seterusnya. Hal ini bertitik tolak mengenai kesedaran perlunya kepada generasi pelapis yang akan membawa suara Islam dengan syumul demi memastikan Islam terus berlayar di persada alam. Allah telah memperkenankan doa Nabi Zakaria A.S dengan kelahiran seorang nabi peneru

CHILL '17 : SHARING THE MOMENTS

Imej
13 - 22 OGOS 2017, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan satu jaulah ke Matruh dan Siwa yang dinamakan Creating Happiest Memories in Life 2017 (CHILL '17). Objektif CHILL '17 adalah untuk mengeratkan ukhuwah islamiah dalam kalangan peserta dan meningkatkan tarbiah dan thaqafah peserta melalui aktiviti yang dijalankan. CHILL '17 ini telah diadakan selama tiga hari dua malam iaitu pada 13,14 dan 15 Ogos 2017 bagi akhawat, manakala 20, 21 dan 22 Ogos 2017 bagi ikhwah. Antara tempat yang dilawati oleh peserta seperti Hamam Cleopatra, Pantai Ajiba, Pantai Abyadh , Suq Libya , Tasik Garam, Kolam Cleopatra, Kota Lama Siwa dan Jabal Mauta. Pelbagai aktiviti riadah dan pengisian rohani telah diadakan untuk para peserta. Semoga melalui jaulah ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan peserta khususnya dan ahli BKASM secara amnya dan dapat menambahkan iman dan takwa di samping menjadi salah satu wasilah tarbiah kepada ah

OPTIMIS DENGAN MASA DEPAN ISLAM - Nukilan Siswa siri 40

Imej
        Mengikuti perkembangan Islam di media-media sosial. Kita melihat bahawa Islam seumpama produk yang semakin diminati oleh masyarakat. Di mana-mana tempat masyarakat berbicara tentang apakah jalan penyelesaian yang mampu dilakukan oleh Islam bagi menyelesaikan kemelut permasalahan yang berlaku pada hari ini.          Kepimpinan yang telah dirosakkan oleh ideologi-ideologi ciptaan manusia, hari ini agak segan menunjukkan sikap keras menolak perlaksanaan undang-undang Islam. Tidak seperti 50 tahun dahulu. Ini adalah kesan kejayaan dakwah para ulama terdahulu menerangkan batasan iman dan kufur dengan penuh sabar. hingga sekular yang pekat menjadi cair.         Hari ini masyarakat Islam cukup berminat menghantar anak anak mereka mengaji agama. Institusi pendidkan Islam yang sedia ada seolah-olah tidak menang tangan. Maka institusi pendidikan Islam kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan demi memenuhi permintaan.        Dakwah telah menjadi budaya masyarakat. Masjid d

KUNJUNG HORMAT BERSAMA Y.BHG SS. DATO' SETIA HJ. MOHD. TAMYES BIN ABD. WAHID : KEBAJIKAN TERUS DIUTAMAKAN

Imej
18 Ogos 2017, SELANGOR DARUL EHSAN - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan pertemuan bersama  Y.Bhg SS. Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid (Dato’ Mufti Selangor) bertarikh 18 Ogos bertempat di Bangunan Jabatan Mufti, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.         Pertemuan bersama Y.Bhg SS. Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid adalah pertemuan julung-julung kalinya diadakan bagi membina hubungan di antara BKASM dengan Jabatan Mufti pada sesi ini. Pertemuan ini diwakili oleh pimpinan BKASM iaitu saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi dan ditemani oleh saudara Muhammad hafiz bin Rasimi sebagai wakil Panel Zakat BKASM. Pertemuan ini lebih kepada membincangkan perkara berkaitan zakat kepada Asnaf fi Sabilillah dan beberapa perkara yang lain.         Akhirnya, harapan daripada peringkat BKASM supaya pertemuan dan perbincangan ini dapat membuahkan hasil yang baik kepada anak-anak Selangor yang berada di Perlembahan Nil serta me

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

Imej
  11 Ogos 2017(Jumaat). Perjumpaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan bertempat di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Hayyu Sabiek Kaherah. Perbincangan  yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)  adalah bertujuan  menyelaraskan beberapa program  mega secara bersama.     Perbincangan ini bagi menekankan berkenaan kelangsungan kebersamaan Badan Kebajikan Anak Negeri dalam membawa  kebajikan kepada ahli disamping memperkukuhkan ukhuwah diantara mahasiswa/wi sebagaimana yang telah di bawa dalam resolusi Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri yang lepas.   Sebagaimana program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini, peringkat yang Dipertua telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa program sama ada melibatkan semua negeri atau beberapa negeri sahaja. Ia adalah mengikut kepada kesesuaian dan manfaat yang boleh diberikan kepada ahli.     Segala makluman berkenaa

MUHADHARAH AMMAH : SIRI KEDUA - SAMBUNGAN BACAAN HADIS SOHIH AL-BUKHARI (KITAB AL-FITAN)

Imej
17 OGOS 2017, KAHERAH - Unit Thaqafah di bawah Jabatan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan Muhadharah Ammah siri kedua sambungan bacaan hadis sohih al-Bukhari oleh Al-Fadhil Syeikh Rif'at Fauzi bin Abdul Mutalib bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif diadakan Muhadharah Ammah ini adalah untuk menambah thaqafah ahli dan memberi pendedahan kepada ahli tentang hadis sohih Al-Bukhari bab fitan. Majlis bermula sejurus sahaja selesai solat maghrib dan solat sunat hajat. Selepas itu, sementara menunggu kehadiran syeikh ke tempat program, majlis mengisi masa tersebut dengan bacaan kitab hadis 40 akhir zaman, kemudian majlis diteruskan dengan muhadharah ammah sambungan bacaan hadis sohih al-Bukhari (kitab al-fitan) dan setelah berakhirnya bacaan hadis sedikit tausiah berkaitan dengan pengorbanan telah disampaikan oleh syeikh. Pada akhir majlis disediakan ruang sesi soal jawab buat para hadirin yang hadir. Peng

PERTEMUAN BERSAMA Y.B DATO’ DR. HAJI AHMAD YUNUS BIN HAIRI : KEBAJIKAN TUNJANG ORGANISASI

Imej
  16 Ogos 2017, SELANGOR DARUL EHSAN - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan pertemuan bersama Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi) bertarikh 16 Ogos 2018 bertempat di Pejabat SUK, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.         Pertemuan bersama Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus bin Hairi diwakili oleh pimpinan BKASM saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi serta ditemani oleh saudara Mohd Azwan bin Abdull Aziz sebagai penasihat BKASM serta wakil BKASM yang lain. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara antaranya program berkaitan akademik serta kebajikan bagi anak-anak Selangor yang berada di Mesir.         Di akhir pertemuan, Y.B Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus Bin Hairi menasihatkan kepada seluruh anak-anak Selangor yang berada di perlembahan Nil ini agar menuntut ilmu agama dengan sebaiknya agar dapat memberi