SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Sabtu, April 29, 2017

MEMBUMIKAN JATI DIRI ISLAM DALAM JIWA Nukilan Siswa Siri 24


"Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata."


Petikan daripada ayat 4 Surah al-Mumtahanah ini menegaskan kepada kita bahawasanya sesuatu yang bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh Allah adalah tertolak. Maka tidak hairanlah Allah menegaskan kepada kita dengan ketetapan pada kalamNya dalam surah al-Baqarah ayat 138, yang bermaksud:

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat."


Kesempurnaan Islam seharusnya menjadikan setiap penganutnya mempraktikkan apa yang diperintahkan dengan penuh keimanan dan keyakinan. Setiap apa yang dilakukan bebas daripada sebarang pemikiran dan pengaruh luar. Segala yang diputuskan tidak lain dan tidak bukan, hanyalah bermatlamatkan Allah. Sama sekali bukan kerana dunia dan perhiasannya.


Namun, ianya tidak semudah itu. Pemuda yang senantiasa terdedah dengan pelbagai bentuk pemikiran songsang perlu bijak menilai. Panduan dan sandaran kita perlu jelas, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Penerimaan pendapat luar yang dirasakan seakan logik sepatutnya dibataskan. Dahulukan ketetapan Islam jangan pernah sekali-kali memberi ruang kepada akal memberikan pandangan pada bukan tempatnya.


Sejarah menukilkan, Nabi S.A.W pernah melarang Umar al-Khattab r.a yang ingin beramal dengan kitab Taurat pada bahagian yang dikaguminya. Nabi melarangnya kerana dibimbangi yang benar dirasakan salah dan yang salah dirasakan benar, oleh kerana tidak ramai yang tahu manakah bahagian kitab Taurat yang asli dan manakah bahagian yang diselewengkan.


Sebagai seorang pemuda yang yakin dengan masa hadapan adalah milik Islam, perlu tegas dengan prinsip yang telah ditetapkan. Agar perjalanan kita dipandu, dan pengakhiran kita tetap berada dilandasan yang diredai Ilahi.


"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"


Disediakan oleh:

Saaddah binti Abdul Rahim
Timbalan ketua Lajnah Pendidikan
BKASM sesi 2016/2017

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Jumaat, April 21, 2017

MUSUH-MUSUH ISLAM DI PERINGKAT PERLAKSANAAN, KITA DI MANA? Nukilan Siswa Siri 23


            Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.(Surah Al-Baqarah : ayat 214)

          Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
“Ingatlah bahawa Islam itu berputar maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana sahaja ia berputar.”(Riwayat Abu Daud)

                Realiti dunia sedang menunjukkan Umat Islam yang berada di beberapa Negara Islam seperti Syria, Palestine dan lain-lain sedang diratah oleh musuh-musuh Islam. Mereka menggunakan kuasa yang ada untuk mendapatkan nikmat dan segala yang diingini tanpa bersifat berperikemanusian. Perancangan yang begitu rapi ini telah disusun begitu rapi sebelum berlaku perlaksanaannya.

Antara yang telah dinyatakan dalam Protokol Zionis adalah :-

-          Yahudi akan menjadikan Negara bukan yahudi sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa kepada huru-hara. Seterusnya menyebabkab kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘Pasukan Kita’ iaitu Sosialis, Komunis, dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi. Yahudi juga telah menanamkan dalam fikiran mereka bahawa semua haiwan itu(bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila dikenyangi dengan darah. Ketika itulah Yahudi akan memperhambakan mereka.

-          Orang-orang yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara menyeluruh di seluruh dunia dan telah dinyatakan beberapa protokol lain yang dipenuhi dengan muslihat.

           Jelaslah dunia sekarang telah dikuasai oleh musuh Islam daripada sudut persenjataan, perdagangan, pemikiran, hiburan dan beberapa sistem dunia yang lain yang telah dimanfaatkan oleh mereka untuk melemahkan dan melalaikan umat Islam. Kesannya kepada umat Islam adalah membuatkan kita menjadi pasif, lemah, tidak berdaya, mati akal untuk meletakkan Islam di tempat yang tinggi kerana apa??, kerana umat Islam tidak memegang dunia.

        Oleh yang demikian, umat  yang Islam tidak ada cara lain melainkan perlu bekerjasama untuk membangunkan Islam dan meletakkan di tempat yang tinggi tanpa berlaku perpecahan dalam kalangan kita kerana musuh-musuh Islam hanya tersenyum riang gembira melihat gelagat kita.

       Kembali kepada posisi kita walaupun kita tahu posisi kita itu adalah kecil akan tetapi hakikatnya ganjaran itu akan diberikan oleh Allah S.W.T dan semoga Syurga Allah adalah balasannya.

      Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu menyangka bahawa kamu akan masuk ke Syurga, padahal belum sampai kepada kamu(ujian) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kemusnahan harta benda dan serangan penyakit, serta digoncangkan(oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.
Yakin dan terus bersabar dengan janji Allah!!!.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"

Disediakan oleh:

Muhammad Auzaie bin Roslan
Setiausaha Agung
BKASM sesi 2016/2017

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#Bersatu Berbakti


Rabu, April 19, 2017

PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah dalam kalangan ahli. Penerapan unsur tarbiah adalah sangat penting bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan sahsiah manakala penguasaan ilmu yang bersifat turathi mahupun kontemporari serta kemahiran dalam memimpin adalah satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng.

Sempena imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM sesi 2016/2017 telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 21 April 2017.

Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba.

BKASM mendoakan agar semua mahasiswa dan mahasiswi memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini.


"Keunggulan Sahsiah Pemangkin Mahasiswa Bertakwa"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"


Lajnah Dakwah dan Tarbiah
BKASM sesi 2016/2017


#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 2


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah badan persatuan yang sangat menitikberatkan tentang kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan.

Semua maklum bahawa pengajian fasa kedua bagi sesi 2016/2017 yang semakin rancak dalam tempoh menuju musim peperiksaan dan mahasiswa/wi kini sedang bertungkus lumus membuat persiapan bagi mendapatkan kejayaan yang dicita-citakan dalam peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 21 April 2017 adalah tarikh penangguhan bagi sebarang program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini bagi memberi persediaan dan nilai tambah kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Usaha itu tangga kejayaan. Oleh yang demikian, mahasiswa/wi diharapkan dapat mempertingkatkan prestasi, berikan sepenuh konsentrasi, dan serlahkan segala potensi kerana kejayaan tidak datang bergolek dengan sendiri.

Serta yang paling penting,  dinasihatkan supaya mahasiswa/wi kuatkan hubungan dengan Allah S.W.T kerana Dialah Yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Maka, teruskan memohon dan berharap kepadaNya.

Seterusnya, diharapkan agar semua mahasiswa/wi dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan dan dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat.

Akhirnya, jadikanlah kejayaan yang diperolehi sebagai penyebab bertambahnya takwa kepada Allah S.WT kerana sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa.


"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"


Aiman Fitry bin Zulkifli
Timbalan Yang Dipertua I (Lajnah Perancang 1)
BKASM sesi 2016/2017


#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Isnin, April 17, 2017

[ GENERASI HARAPAN ASET KESATUAN ]



10 April 2017, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB ’17) dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir, telah menyambut ketibaan mahasiswa dan mahasiswi baru di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir.

Rombongan pertama kedatangan mahasiswa/wi baru turut diiringi oleh Pengerusi ILMAM Selangor, Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal. Turut sama mengiringi saudara Abdul Hadi bin Hidzan, Pengarah ILMAM Selangor. Jumlah pelajar yang tiba adalah seramai 66 orang yang terdiri daripada 35 mahasiswa dan 31 mahasiswi di bawah ILMAM Selangor.

Manakala rombongon kedua tiba pada 13 April yang diiringi Pegawai Lembaga Zakat Selangor . Jumlah pelajar yang tiba adalah seramai 8 orang yang terdiri daripada 6 mahasiswa dan 2 mahasiswi di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Para pelajar terus dibawa ke Asrama Darul Ehsan untuk urusan pendaftaran dan penempatan di bawah pengurusan BKASM dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir. Aktiviti diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh saudara Aiman Fitry bin Zulkifli, Timbalan Yang Dipertua I BKASM sesi 2016/2017 dan saudara Muhammad Faiz bin Othman, Ketua Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2016/2017.

Pihak BKASM mendoakan agar para mahasiswa dan mahasiswi baru sesi 2017/2018 dapat terus istiqamah dalam menuntut ilmu di perlembahan nil ini.


Disediakan oleh:
Setiausaha Kerja USMB’17
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
(BKASM) sesi 2016/2017

“Generasi Harapan Aset Kesatuan”
"Menurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”


#KITAPMRAM
#USMB’17
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Jumaat, April 14, 2017

SYARIAH DIPERKASA, UNDANG-UNDANG DIMARTABAT Nukilan Siswa siri 22



Islam adalah sistem hidup yang sempurna, mencakupi seluruh aspek kehidupan iaitu pemerintahan, ekonomi, sosial serta seluruh lapangan kehidupan, yang memenuhi keperluan dan tuntutan fitrah manusia. Namun,era globalisasi hari ini menyaksikan sekularisme telah berjaya menjalar dan menapak pada pemikiran  sebahagian umat Islam hingga mengingkari kesyumulan Islam serta membataskan Islam dalam konteks ta’abbudiyyah (ibadat) sahaja.

Firman Allah Taala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masukklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata bagimu.

             . Islam bukanlah terhad dalam lingkungan masjid dan lilitan serban atau bertudung labuh semata-mata bahkan ia adalah panduan kehidupan agar manusia tidak tersasar daripada landasan yang benar.Menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam untuk bergerak dan beramal dengan Islam secara menyeluruh,hatta daripada bersiwak sehinggalah kepada soal jihad.

Imam Al-Ghazali ada menyebut :

والملك والدين توأمان فالدين أصل والسلطان حارس، وما لا أصل له فمهدوم وما لا حارس له فضائع
"Pemerintah dan agama (Islam) adalah kembar. Maka agama adalah asas dan pemerintah adalah penjaga kepada asas tersebut. Apa-apa yang tiada asas akan runtuh dan apa-apa yang tiada penjaga akan hilang"

Baru-baru ini, satu langkah ke arah pemerkasaan syariah telah diambil di mana usul Rang Undang-Undang 355 (RUU355) telah diperbahaskan di Parlimen Malaysia. Ini merupakan satu berita gembira bagi umat Islam bagi melihat institusi mahkamah syariah dinaiktaraf. Seharusnya usaha murni ini diambil perhatian dan disokong oleh semua umat Islam.


            Sesungguhnya cahaya agama Allah tidak akan terpadam, bahkan kitalah yang membantu dalam memenangkan dan meninggikan agamaNYA. Yakinlah bahawa kemenangan Islam itu pasti, dan masa depan ummat akan terjamin dengan Islam.

Aslim taslam!


“Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”


Disediakan oleh :
Nur Farrah Ain binti Zaidi
Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017


#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti






Rabu, April 12, 2017

[ DAIE TRANSFORMASI UMMAH ]


9 APRIL 2017, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dibawah Jabatan Yang Dipertua telah meneruskan lagi program dibawah kelolaan Kelab Daie, iaitu Ijtima' Duat Kelab Daie Siri 2. Program bagi ahli Kelab Daie sesi 2016/2017 ini adalah berkonsepkan universiti. Seramai 129 orang peserta ikhwah dan akhawat telah terlibat dalam program ini dan turut dibuka penyertaan secara umum sebanyak 20 tempat.

Antara objektif pelaksanaan program adalah bagi memastikan para peserta mampu untuk memposisikan diri dalam medan amal, seterusnya melahirkan para duat yang cakna dengan keadaan sekeliling serta menerangkan tentang keadaan sebenar realiti semasa dan realiti ummah masa kini. Hal ini bertepatan dengan tema Kelab Daie iaitu "Daie Transformasi Ummah".

Kelab Daie Siri 2 telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Pelbagai aktiviti dan pengisian yang diadakan antaranya, "Plan It Well" yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua 2 BKASM, saudari Aisyah binti Mhd Shukeri. Setelah itu, diteruskan dengan slot ke-2, iaitu "Pengucapan Awam" yang disampaikan oleh saudara Muhammad Hasbullah bin Suhaimi, Mantan Setiausaha Agung BKMIP sesi 2013/2014.

Dan slot terakhir adalah slot "Etiket Sosial & Protokol" yang disampaikan oleh saudara Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian, penuntut tahun akhir Master jurusan Bahasa Arab, di American Open University. Setiap slot ini telah dilakukan secara praktikal yang dipimpin oleh 15 orang profesor dan dibimbing bersama barisan AJKT BKASM sesi 2016/2017 dalam kalangan ikhwah dan akhawat.

Harapan daripada pihak penganjur agar semua peserta dapat mengambil manfaat daripada pengisian yang disampaikan, seterusnya dapat melahirkan pelapis yang berkebolehan dalam pelbagai sudut.


"Daie Transformasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"


Setiausaha,
Kelab Daie,
Dengan kerjasama Jabatan Setiausaha Agung (JASA),
BKASM sesi 2016/2017.


#KitaPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Khamis, April 06, 2017

DEMI SINAR YANG BERMANFAAT Nukilan Siswa Siri 21


 “Jadilah kamu seperti air mutlak yang suci lagi menyucikan (memberi manfaat untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.)”
“Dunia tempat menanam , akhirat tempat menuai.”

             Indahnya sesuatu bicara bilamana cerminan peribadinya mampu membawa arus perjalanan hidup seseorang manusia mengorak ke arah kebaikan dan menolak keburukan . Bilamana kita membanting tulang menyumbang  tenaga untuk Islam dengan hati yang ikhlas , kita seakan dalam bayangan sinar menegakkan Islam . Maka, kita akan terus melangkah menyebarkan kebaikan dan akan membangkitkan sinar pejuangan. Dewasa ini, kita perlu memiliki ‘kunci’ kesedaran  yang mana akan membuka lubuk hati dengan panahan semangat untuk memberikan sinar yang bermanfaat buat diri sendiri juga orang lain.

          “Di antara orang-orang beriman itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah ( untuk berjuang membela Islam ); maka di antara mereka ada yang gugur.  Dan di antara mereka ada  yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun .” (Surah Al-Ahzab : ayat 23)

         Marilah kita singkap sirah perjuangan para sahabat dalam menegakkan Islam tanpa mengenal erti penat lelah demi memandu umat Islam menerima sinar cahaya kebenaran. Masa , tenaga dan harta dikorbankan demi mengecapi cahaya Islam yang kekal dengan keredaan daripada Allah S.W.T.

           Seorang sahabat yang menjual dunia untuk membeli akhirat demi meraih kebahagiaan hakiki. Pada usia muda, beliau seorang yang kaya dan beketerampilan kemas yang memiliki kenikmatan dunia  di zaman jahiliahnya. Sejurus beliau mendapat  hidayah Islam, beliau sendiri berjumpa Rasulullah S.A.W. menyatakan keimanannya. Namun, beliau menyembunyikan keislamannya.  Di saat itulah bermula perubahan kehidupannya sehinggakan ibunya mengancam dan menyiksa beliau disebabkan beliau memilih Islam. Beliau tetap teguh membentengi Islam sekalipun terpaksa mengorbankan apa yang beliau miliki. Beliaulah Mush’ab bin Umair R.A.

         Saidina Ali bin Abi Talib berkata, “Suatu hari, kami duduk bersama Rasulullah S.A.W. di masjid, lalu muncul lah Mush’ab bin Umair dengan memakai kain burdah yang kasar dan terdapat tampalan, ketika Rasulullah S.A.W melihatnya, berguguran air mata baginda teringat akan kenikmatan yang beliau miliki dahulu (sebelum memeluk Islam) berbeza dengan keadaannya sekarang.” (Riwayat At-Tirmidzi)


“Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”

Disediakan oleh :
Khalif bin Idrus
Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM sesi 2016/2017

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

[ KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN : RESOLUSI KONGRES BKAN ]




Berikutan telah berlangsungnya Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri. Peringkat Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Kehadiran yang melebihi seribu orang menunjukkan bahawa semangat persaudaraan dan kesatuan yang telah dibina sekian lama masih kukuh terpasak di kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir.

Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri ini diadakan bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani isu-isu yang berlaku di kalangan mahasiswa. Pelbagai pandangan dan cadangan telah dilontarkan agar perkara tersebut dapat dilaksanakan secara bersama.

Hasil dari pembentangan wakil-wakil Yang Dipertua BKAN dan perbahasan daripada wakil-wakil BKAN berkaitan isu yang telah dibentangkan. Peringkat Majlis Yang Dipertua BKAN telah bersepakat untuk mengeluarkan beberapa resolusi untuk digerakkan secara bersama.

Jesteru, kami menyeru kepada semua mahasiswa agar memfokuskan kepada menjayakan 4 resolusi yang telah dipersetujui dalam kongres lepas iaitu :

1. Bersama bersatu dalam membawa wadah kesatuan dan menjadikan BKAN sebagai lidah rasmi mahasiswa Malaysia Mesir.
2. Menggempur gerak kerja amar ma'ruf  nahi mungkar demi kesejahteraan bersama.
3. Meningkatkan pencapaian akademik mahasiswa Malaysia Mesir dalam membentuk ulama amilin.
4. Sedia mendepani segala cabaran dalam mempertahankan hak mahasiswa.

#BersatuHatiTeguhBerdiri
#MuafakatAsasKejayaan
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Selasa, April 04, 2017

KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI : SATU SEJARAH TERCIPTA! MERCU KESATUAN TEGUH TERBINA

KHAMIS, 30 Mac 2017 – Satu program yang dinamakan Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri anjuran Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MG BKAN) telah diadakan buat julung-julung kalinya di Mesir. Kongres BKAN ini diadakan di Dewan American Future Language School. Program yang bertemakan “Bersatu Hati, Teguh Berdiri” ini telah berjaya menghimpunkan seramai 1261 orang mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir.

 Program ini dimulai dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Nazif bin Shaari, Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sebagai wakil barisan Yang DiPertua. Seterusnya program diteruskan dengan slot pembentangan dan perbahasan isu mahasiswa Malaysia di Mesir yang dikendalikan oleh wakil YDP BKAN. Slot ini membincangkan  empat topik utama iaitu isu hisbah yang dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah (YDP BKPJM), isu hak mahasiswa oleh Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah (YDP BKKIMM), manakala isu akademik dan kesatuan dibentangkan oleh Ustaz Mohd Fariz bin Mohd Zaini (YDP BKPPPM). Seterusnya program diteruskan dengan slot pandangan, cadangan dan muhasabah daripada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang membanjiri dewan American Future Language School ini.

 Persembahan nasyid daripada kumpulan al-Wadi yang dijemput khas oleh pihak pelaksana program menyerikan lagi suasana perjalanan program. Kemudian, slot MG BKAN dikendalikan oleh Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak, Yang DiPertua Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM). Beliau membentangkan gerak kerja koordinator MG BKAN sesi lalu, seterusnya memperkenalkan barisan koordinator MG BKAN sesi baru.

 Akhir sekali, majlis penutup Kongres BKAN disempurnakan dengan pengumuman resolusi kongres dan bacaan doa penutup yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Karim bin Makhtar, Yang DiPertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) sebagai wakil barisan YDP BKAN. Kongres BKAN pada kali ini melabuhkan tirai sekitar jam 11.30 malam dengan sesi bergambar.

" Bersatu Hati, Teguh Berdiri "

" Muafakat Asas Kejayaan "

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti