Rabu, April 12, 2017

[ DAIE TRANSFORMASI UMMAH ]


9 APRIL 2017, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dibawah Jabatan Yang Dipertua telah meneruskan lagi program dibawah kelolaan Kelab Daie, iaitu Ijtima' Duat Kelab Daie Siri 2. Program bagi ahli Kelab Daie sesi 2016/2017 ini adalah berkonsepkan universiti. Seramai 129 orang peserta ikhwah dan akhawat telah terlibat dalam program ini dan turut dibuka penyertaan secara umum sebanyak 20 tempat.

Antara objektif pelaksanaan program adalah bagi memastikan para peserta mampu untuk memposisikan diri dalam medan amal, seterusnya melahirkan para duat yang cakna dengan keadaan sekeliling serta menerangkan tentang keadaan sebenar realiti semasa dan realiti ummah masa kini. Hal ini bertepatan dengan tema Kelab Daie iaitu "Daie Transformasi Ummah".

Kelab Daie Siri 2 telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Pelbagai aktiviti dan pengisian yang diadakan antaranya, "Plan It Well" yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua 2 BKASM, saudari Aisyah binti Mhd Shukeri. Setelah itu, diteruskan dengan slot ke-2, iaitu "Pengucapan Awam" yang disampaikan oleh saudara Muhammad Hasbullah bin Suhaimi, Mantan Setiausaha Agung BKMIP sesi 2013/2014.

Dan slot terakhir adalah slot "Etiket Sosial & Protokol" yang disampaikan oleh saudara Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian, penuntut tahun akhir Master jurusan Bahasa Arab, di American Open University. Setiap slot ini telah dilakukan secara praktikal yang dipimpin oleh 15 orang profesor dan dibimbing bersama barisan AJKT BKASM sesi 2016/2017 dalam kalangan ikhwah dan akhawat.

Harapan daripada pihak penganjur agar semua peserta dapat mengambil manfaat daripada pengisian yang disampaikan, seterusnya dapat melahirkan pelapis yang berkebolehan dalam pelbagai sudut.


"Daie Transformasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"


Setiausaha,
Kelab Daie,
Dengan kerjasama Jabatan Setiausaha Agung (JASA),
BKASM sesi 2016/2017.


#KitaPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

0 comments:

Catat Ulasan