Khamis, April 06, 2017

DEMI SINAR YANG BERMANFAAT Nukilan Siswa Siri 21


 “Jadilah kamu seperti air mutlak yang suci lagi menyucikan (memberi manfaat untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.)”
“Dunia tempat menanam , akhirat tempat menuai.”

             Indahnya sesuatu bicara bilamana cerminan peribadinya mampu membawa arus perjalanan hidup seseorang manusia mengorak ke arah kebaikan dan menolak keburukan . Bilamana kita membanting tulang menyumbang  tenaga untuk Islam dengan hati yang ikhlas , kita seakan dalam bayangan sinar menegakkan Islam . Maka, kita akan terus melangkah menyebarkan kebaikan dan akan membangkitkan sinar pejuangan. Dewasa ini, kita perlu memiliki ‘kunci’ kesedaran  yang mana akan membuka lubuk hati dengan panahan semangat untuk memberikan sinar yang bermanfaat buat diri sendiri juga orang lain.

          “Di antara orang-orang beriman itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah ( untuk berjuang membela Islam ); maka di antara mereka ada yang gugur.  Dan di antara mereka ada  yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun .” (Surah Al-Ahzab : ayat 23)

         Marilah kita singkap sirah perjuangan para sahabat dalam menegakkan Islam tanpa mengenal erti penat lelah demi memandu umat Islam menerima sinar cahaya kebenaran. Masa , tenaga dan harta dikorbankan demi mengecapi cahaya Islam yang kekal dengan keredaan daripada Allah S.W.T.

           Seorang sahabat yang menjual dunia untuk membeli akhirat demi meraih kebahagiaan hakiki. Pada usia muda, beliau seorang yang kaya dan beketerampilan kemas yang memiliki kenikmatan dunia  di zaman jahiliahnya. Sejurus beliau mendapat  hidayah Islam, beliau sendiri berjumpa Rasulullah S.A.W. menyatakan keimanannya. Namun, beliau menyembunyikan keislamannya.  Di saat itulah bermula perubahan kehidupannya sehinggakan ibunya mengancam dan menyiksa beliau disebabkan beliau memilih Islam. Beliau tetap teguh membentengi Islam sekalipun terpaksa mengorbankan apa yang beliau miliki. Beliaulah Mush’ab bin Umair R.A.

         Saidina Ali bin Abi Talib berkata, “Suatu hari, kami duduk bersama Rasulullah S.A.W. di masjid, lalu muncul lah Mush’ab bin Umair dengan memakai kain burdah yang kasar dan terdapat tampalan, ketika Rasulullah S.A.W melihatnya, berguguran air mata baginda teringat akan kenikmatan yang beliau miliki dahulu (sebelum memeluk Islam) berbeza dengan keadaannya sekarang.” (Riwayat At-Tirmidzi)


“Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”

Disediakan oleh :
Khalif bin Idrus
Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM sesi 2016/2017

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

0 comments:

Catat Ulasan