Jumaat, April 14, 2017

SYARIAH DIPERKASA, UNDANG-UNDANG DIMARTABAT Nukilan Siswa siri 22



Islam adalah sistem hidup yang sempurna, mencakupi seluruh aspek kehidupan iaitu pemerintahan, ekonomi, sosial serta seluruh lapangan kehidupan, yang memenuhi keperluan dan tuntutan fitrah manusia. Namun,era globalisasi hari ini menyaksikan sekularisme telah berjaya menjalar dan menapak pada pemikiran  sebahagian umat Islam hingga mengingkari kesyumulan Islam serta membataskan Islam dalam konteks ta’abbudiyyah (ibadat) sahaja.

Firman Allah Taala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masukklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata bagimu.

             . Islam bukanlah terhad dalam lingkungan masjid dan lilitan serban atau bertudung labuh semata-mata bahkan ia adalah panduan kehidupan agar manusia tidak tersasar daripada landasan yang benar.Menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam untuk bergerak dan beramal dengan Islam secara menyeluruh,hatta daripada bersiwak sehinggalah kepada soal jihad.

Imam Al-Ghazali ada menyebut :

والملك والدين توأمان فالدين أصل والسلطان حارس، وما لا أصل له فمهدوم وما لا حارس له فضائع
"Pemerintah dan agama (Islam) adalah kembar. Maka agama adalah asas dan pemerintah adalah penjaga kepada asas tersebut. Apa-apa yang tiada asas akan runtuh dan apa-apa yang tiada penjaga akan hilang"

Baru-baru ini, satu langkah ke arah pemerkasaan syariah telah diambil di mana usul Rang Undang-Undang 355 (RUU355) telah diperbahaskan di Parlimen Malaysia. Ini merupakan satu berita gembira bagi umat Islam bagi melihat institusi mahkamah syariah dinaiktaraf. Seharusnya usaha murni ini diambil perhatian dan disokong oleh semua umat Islam.


            Sesungguhnya cahaya agama Allah tidak akan terpadam, bahkan kitalah yang membantu dalam memenangkan dan meninggikan agamaNYA. Yakinlah bahawa kemenangan Islam itu pasti, dan masa depan ummat akan terjamin dengan Islam.

Aslim taslam!


“Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”


Disediakan oleh :
Nur Farrah Ain binti Zaidi
Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017


#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti






0 comments:

Catat Ulasan