SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Jumaat, Jun 30, 2017

SYAWAL ’17 : WARNA-WARNI AIDILFITRI




24-27 Jun 2017, KAHERAH : Telah berlangsung dengan jayanya Program Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017. Program ini telah berlangsung selama 4 hari , padat dengan aktiviti yang disediakan oleh SYAWAL ’17.

      Hari pertama 24 Jun 2017, pada jam 2.00 petang Program Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17) telah dimulakan dengan slot Ambang Raya iaitu Pembentangan Fiqh Raya yang berkonsepkan Talkshow. Slot ini telah disampaikan oleh saudara Muhammad Faiz bin Othman, Ketua Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2016/2017 ditemani moderator saudara Khair Zamir bin Dzulkifli. Selepas asar pula, telah diadakan Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh saudara Muhammad Faiz bin Syafie dan tepat jam 5.00 petang Majlis Penutupan IHTIRAM ’17 dan Perasmian SYAWAL ’17 dimulakan.

     Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asma’ul Husna. Kemudian ucapan yang disampaikan oleh pengarah IHTIRAM ’17  saudara Muhammad Hazman bin Zabil diikuti ucapan pengarah SYAWAL ’17  saudara  Khalif bin Idrus. Majlis pada petang itu diakhiri dengan ucapan yang disampaikan oleh saudara Muhamad Nazif  bin Shaari Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 sekaligus merasmikan Program SYAWA L’17 dan memotong kek sebagai simbolik Ulangtahun BKASM kali ke-52. Selepas perasmian, disampaikan pula hadiah kepada para pemenang dalam acara Kuiz Ramadan Mingguan, Ikon Ramadan, Beit Terbaik dan Kpi UBS  yang dipertandingkan sepanjang berlangsungnya IHTIRAM ’17. Selepas Maghrib pula,  mahasiswa dan mahasiswi disajikan dengan Iftar Jama’ie. Pada jam 9.10 malam pula telah diadakan Baraan Takbir Raya.

       Hari kedua 25 Jun 2017, program bermula seawal jam 3.00 pagi dengan aktiviti solat subuh  secara berjemaah. Selepas itu, pada jam 5.00 pagi mahasiswa dan mahasisiwi bersiap sedia untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Suq Sayyarat. Kemudian, mahasiswa dan mahasiswi diberikan masa seluas-luasnya untuk melakukan aktiviti bebas seperti menghidupkan suasana raya dan bermaaf-maafan. Pada jam 9.00 pagi pula telah diadakan Ziarah Mahabbah yang melibatkan ahli asrama dan korus. Pada sebelah malamnya pula, aktiviti rewang telah diadakan sebagai persediaan untuk rumah terbuka esoknya dan berakhir pada jam 11.00 malam.

         Hari ketiga 26 Jun 2017, seperti sebelumnya program dimulai dengan Tazkirah Subuh Khas bersempena bulan kemenangan. Pada jam 12.30 tengahari telah diadakan pula Rumah Terbuka BKASM . Pada sebelah malamnya telah diadakan Pertandingan Dur Gamil Raya.

       Hari keempat 27 Jun 2017, program dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah seawal jam 3.00 pagi diikuti Tazkirah Subuh Khas yang disampaikan oleh saudara Khalif bin Idrus ,Pengarah Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17). Selepas daripada itu telah diadakan Aktiviti Outdoor Raya bagi akhawat bertempat di Dewan Musallas pada waktu pagi manakala bagi ikhwah pula telah diadakan di Dataran Hayyu Asyir  selepas Asar.

     Kemudian ,tepat jam 7.30 malam pula Majlis Penutupan SYAWAL’17 telah dimulakan dengan alunan nasyid Asmaaul Husna. Kemudian diikuti ucapan yang disampaikan oleh saudara Khalif bin Idrus Pengarah SYAWAL’17. Seterusnya ucapan disampaikan pula oleh saudara Muhamad Nazif  bin Shaari, Yang Dipertua BKASM diikuti ucapan penutupan yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Arif Bin Noorzali, Warden Asrama Rumah Selangor.
                                                                 
      Seterusnya, disampaikan pula hadiah kepada para pemenang untuk setiap aktiviti yang diadakan sepanjang SYAWAL ’17. Selepas itu, semua hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan Nasyid Raya dan Setia bersama Ukhuwah. Para hadirin telah disajikan dengan sajian menu ayam BBQ, kentang putar serta coslow.

     Dengan penganjuran Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL ’17) pada tahun ini, semoga ia menjadi satu wasilah dalam memupuk ukhuwah Islamiah dan juga jalinan kasih sayang dalam kalangan ahli BKASM seterusnya menjadikan BKASM sebagai wadah utama dalam menjaga setiap kebajikan ahlinya di bumi Mesir ini.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"

Disediakan oleh :

Noradira binti Syafril
Setiausaha SYAWAL ‘17
BKASM sesi 2016/2017

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti


MEMAKNAKAN ERTI KEMENANGAN SYAWAL - Nukilan Siswa siri 33



        Gema takbir raya sayu berkumandang sejurus selepas maghrib menandakan bulan Syawal telah pun menjelma. Berakhirnya tugasan besar kita iaitu puasa  Ramadan selaku orang mukmin yang benar-benar beriman. Sebulan kita  menjalani harian dengan penuh cabaran dan godaan. Maka pada hari ini kita telah mencapai kemenangan  dalam jihad mengendalikan nafsu sendiri. Insan yang benar-benar menghayati Ramadan sudah pasti mengharapkan “Piala Takwa” dapat digapai.

      Persoalan kepada diri, adakah  janji untuk Istiqamah dalam melaksakan kebaikan  di bulan Syawal ini diteruskan? Tepuk dada tanyalah iman kita. Bacaan al-Quran, zikir, sedekah dan sebagainya di Bulan Ramadan sebelum ini perlu untuk diteruskan.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan  yang paling Allah sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Erti Hari Raya
     Berkata ahli hikmah “ Berhari raya itu bukanlah bukanlah orang dapat pakaian baharu, sesungguhnya berhari raya itu ialah orang yang semakin bertambah ketaatannya kepada Allah S.W.T.

     Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “  Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah : ayat 185 )

     Sambutlah Syawal atas kehendak syariat bukan semata-mata adat. Memaknakan erti hari raya dengan penuh rasa kesyukuran dan penghambaan kepada Allah S.W.T

      Marilah kita kembali kepada kesucian fitrah, kesucian ajaran Islam  dengan menghidupkan suasana harmoni, hormat menghormati, saling menghargai antara satu sama lain.

Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan


Disediakan oleh :
Muhammad Nazim bin Mohd Sahaimi
Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2016/2017

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Khamis, Jun 29, 2017

PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ PERINGKAT BKASM SESI 2016/2017



Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan daripada segi rohani dan sahhsiah.

Sempena berakhirnya peperiksaan fasa 2, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2016/2017 menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 30 Jun 2017.

Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini.


"Keunggulan Sahsiah Pemangkin Mahasiswa Bertakwa"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"


Lajnah Dakwah dan Tarbiah
BKASM sesi 2016/2017


#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti



Rabu, Jun 21, 2017

TREMCO IMTIHAN : WASILAH KE ARAH KEJAYAAN





30 April 2017 – 15 JUN 2017,KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 di bawah kelolaan Lajnah Sambutan dan Rehlah telah menyediakan perkhidmatan Tremco Imtihan bersempena musim peperiksaan fasa kedua yang telah berakhir pada pertengahan bulan Jun yang lalu.
                
 Antara objektif Tremco Imtihan ini adalah sebagai salah satu wasilah untuk memudahkan pergerakan ahli ke kuliah sepanjang musim peperiksaan. Selain itu,  ia juga bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah dan keprihatinan sesama antara ahli BKASM .Tambahan pula, ia juga antara usaha untuk menjayakan pembawaan BKASM iaitu 'Bersatu Berkebajikan Mengukuhkan Organisasi' .
                 
  Tremco Imtihan disediakan khusus untuk ahli Badan Kebajikan Anak Selangor  Mesir pada setiap kali peperiksaan dan meneruskan kesinambungan Tremco Imtihan Fasa 1, di mana bermula 20 Mei 2017 dan berakhir pada 14 Jun 2017. Tremco Imtihan ini juga bukan hanya terhad kepada ahli Pengajian Islam bahkan termasuk Kuliah Ulum Islamiah juga dan telah berpusat di Asrama Rumah Selangor di Hayyu ‘Asyir.
               
  Justeru ,peringkat BKASM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggerak Tremco Imtihan sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakannya sepanjang musim peperiksaan. BKASM  juga mengharapkan agar pelaksanaan Tremco Imtihan dapat diteruskan lagi bagi memudahkan perjalanan ahli untuk menghadapi peperiksaan pada masa akan datang.

“Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”

Disediakan oleh,

Setiausaha,
Lajnah Sambutan dan Rehlah,
BKASM sesi 2016/2017


#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

GRADUAN YANG BERTAKWA - Nukilan Siswa siri 32 Edisi Ramadan


Universiti Ramadan bakal menamatkan pengajiannya pada sesi kali ini dalam tempoh masa beberapa hari lagi. Setiap penuntut madrasah ini seharusnya melakukan persiapan secukupnya untuk bergelar graduan di medan yang sebenar nanti.

Bagi mereka yang berjaya dengan cemerlang, ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Tidak lain dan tidak bukan, membaiki masyarakat sekeliling. Setelah hampir sebulan mencabar diri dengan pelbagai 'assignment' dan tugasan, maka sudah sampai masa kita menterjemahkannya pula di pentas kehidupan. 

Adapun yang masih belum berjaya mencapai pangkat kelas pertama mahupun anugerah dekan, usah berputus asa. Sekalipun sesi pengajian pada kali ini akan tamat, peluang untuk melakukan perubahan pada diri masih terbuka luas. Teruskan membaiki diri, dan dalam masa yang sama terus berusaha membaiki masyarakat sekeliling kita semampunya. Bukannya memencilkan diri dek kegagalan yang sentiasa menimpa walaupun telah berkali-kali ramadan dilalui.

Apa yang penting, keputusan yang akan diterima nanti perlu ditekuni. 11 bulan sebelum masuknya sesi yang akan datang, ketakwaan dan keimanan kita perlu dipertahankan, ketaatan pula perlu terus ditingkatkan. Agar kita sentiasa berkeinginan dan tidak bosan untuk ditarbiah dalam universiti ramadan pada sesi-sesi akan datang. Moga Allah izinkan kita menjadi seorang graduan yang bertakwa. Mungkin bukan pada kali ini, mudah-mudahan suatu hari nanti.


"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"

Disediakan oleh :

Muhammad Faiz bin Othman
Ketua Lajnah Pendidikan
BKASM sesi 2016/2017

#BersatuBerbakti



Rabu, Jun 14, 2017

BERIMANKAH KITA DENGAN AL-QURAN?- Nukilan Siswa Siri 31 Edisi Ramadan


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Maksudnya : Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran).(Surah Muhammad : ayat 24)

Kesinambungan ilmu, iman dan amal tidak mampu dipertikai. Bagaimana seseorang itu beriman dengan Allah dan RasulNya, mengetahui kewajipan solat tapi tidak tunaikannya? Benarkah ia iman yang sebenar?

Al-Quran yang dibaca sehari-hari sepatutnya dijadikan panduan untuk memimpin kita mendapat keredaanNya. Membacanya adalah ibadah, menghafal dan memuliakannya juga diberikan ganjaran. Namun bukan terhenti sekadar itu, ada tuntutan yang perlu dilaksanakan.

Lihatlah bagaimana sejarah menukilkan bahawa Saidina Umar R.A bila bermuamalat dengan al-Quran, beliau tidak akan berganjak ke ayat seterusnya sebelum beramal dengan ayat tersebut.

Sebagaimana surah al-Kahfi yang dituntut untuk dilazimi pada setiap hari jumaat. Semestinya untuk menyelamatkan kita daripada fitnah Dajjal bukan hanya sekadar membacanya. Keberkatannya tidak dinafikan mampu melindungi kita. Namun, mentadabbur setiap ayat dalam surah ini membantu kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang akan berlaku. Terutamanya di zaman fitnah yang berleluasa ini.

Kesimpulannya, bersempena dengan bulan yang diagungkan al-Quran di dalamnya, marilah kita bersama-sama mentadabbur dan menghayati isinya dang mengamalkan ia dengan sebaiknya.


"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"


Disediakan oleh:

Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi
Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah
BKASM sesi 2016/2017

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Rabu, Jun 07, 2017

TAWARAN YANG MUNGKIN SEKALI - Nukilan Siswa siri 30 Edisi Ramadan



“ Wahai Rasulullah, teruskanlah apa yang telah ditunjukkan kepadamu oleh Allah, kami bersama. Demi Allah, kami tidak berkata kepadamu sebagaimana yang dikatakan Bani Israel berkata kepada Nabi Musa : “ Pergilah kamu bersama Tuhanmu, berperanglah kamu berdua, kami mahu tinggal di sini sahaja. Akan tetapi, kami akan mengatakan : “ Pergilah kamu bersama Tuhanmu, kami pasti akan bersama berperang bersamamu…….’’


Yang demikian itulah kalam yang dilontarkan oleh Miqdad Al Aswad, salah seorang sahabat Baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam ketika mana Baginda meminta pandangan daripada beberapa sahabat berkaitan kesediaan mereka menghadapi Perang Badar. Seperti yang kita ketahui, Perang Badar berlaku pada Jumaat, 17 Ramadan bersamaan 2 Hijrah. Bila difikirkan dengan kemampuan manusia yang terbatas ini, mana mungkin di saat kita menahan diri daripada lapar dan dahaga, di saat kekurangan tenaga meredah sinaran mentari beserta kekuatan umat Islam seramai 300 orang menghadapi musuh seramai 1000 orang, kemenangan akan tercapai? Namun, hal ini tidak mustahil bahkan telah pun berlaku.


Ya, inilah yang dikatakan ‘The Power Of Ramadan’. Ramadan bukan sahaja bulan untuk kita menahan diri dari lapar dan dahaga, bukan juga bulan untuk kita menikmati pelbagai juadah, akan tetapi Ramadan juga adalah bulan jihad. Salah satu bulan untuk meraih ketakwaan. Dalam kita rancak menjalani kehidupan duniawi, maka Allah telah hadirkan kepada umat Islam satu bulan yang penuh dengan hikmah, yang mengajar kita bagaimana untuk mengawal diri, mendidik kita bagaimana untuk membantu diri ke arah yang lebih baik. Betapa Allah bersifat Ar-Rahim  terhadap hambaNya supaya di saat akhir kehidupan manusia kembali kepadaNya  dalam keadaan ‘khusnul khatimah’.


Namun, berada selama sebulan dalam ‘Madrasah Ramadan’ ini bukan jaminan bahawa kita akan menjadi lebih baik untuk kehidupan yang seterusnya, sekiranya kita hanya menganggap madrasah tarbiah ini hanyalah sebuah madrasah yang hadir hanya semata mata untuk melengkapkan bulan hijrah yang lain. Maka bersedialah kita bersama orang orang yang rugi!


Oleh itu, sebagaimana para sahabat Baginda Nabi S.A.W mempersiapkan seluruh kekuatan dan kemampuan yang ada dengan merebut tawaran untuk berhadapan dengan musuh, begitulah seharusnya kita selaku seorang hamba. Dengan kesempatan yang ada, janganlah kita mensia-siakan tawaran yang telah diberikan kepada kita untuk berada dalam Bulan Ramadan ini, kerana bimbang kemungkinan kita tidak akan ditawarkan lagi untuk berada dalam madrasah tarbiah ini pada masa akan datang. Sebuah madrasah yang diakhirnya melahirkan orang-orang yang bertakwa.
Itu JanjiNYA !


“Tarbiah Rabbaniah, Menuju Mardhatillah”
“Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”


Disediakan oleh :
Nur Hidayah binti Mohd Ariff
Penasihat BKASM sesi 2016/2017


#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti