Jumaat, Jun 30, 2017

MEMAKNAKAN ERTI KEMENANGAN SYAWAL - Nukilan Siswa siri 33



        Gema takbir raya sayu berkumandang sejurus selepas maghrib menandakan bulan Syawal telah pun menjelma. Berakhirnya tugasan besar kita iaitu puasa  Ramadan selaku orang mukmin yang benar-benar beriman. Sebulan kita  menjalani harian dengan penuh cabaran dan godaan. Maka pada hari ini kita telah mencapai kemenangan  dalam jihad mengendalikan nafsu sendiri. Insan yang benar-benar menghayati Ramadan sudah pasti mengharapkan “Piala Takwa” dapat digapai.

      Persoalan kepada diri, adakah  janji untuk Istiqamah dalam melaksakan kebaikan  di bulan Syawal ini diteruskan? Tepuk dada tanyalah iman kita. Bacaan al-Quran, zikir, sedekah dan sebagainya di Bulan Ramadan sebelum ini perlu untuk diteruskan.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan  yang paling Allah sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Erti Hari Raya
     Berkata ahli hikmah “ Berhari raya itu bukanlah bukanlah orang dapat pakaian baharu, sesungguhnya berhari raya itu ialah orang yang semakin bertambah ketaatannya kepada Allah S.W.T.

     Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “  Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah : ayat 185 )

     Sambutlah Syawal atas kehendak syariat bukan semata-mata adat. Memaknakan erti hari raya dengan penuh rasa kesyukuran dan penghambaan kepada Allah S.W.T

      Marilah kita kembali kepada kesucian fitrah, kesucian ajaran Islam  dengan menghidupkan suasana harmoni, hormat menghormati, saling menghargai antara satu sama lain.

Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan


Disediakan oleh :
Muhammad Nazim bin Mohd Sahaimi
Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2016/2017

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

0 comments:

Catat Ulasan