Jumaat, Jun 30, 2017

SYAWAL ’17 : WARNA-WARNI AIDILFITRI




24-27 Jun 2017, KAHERAH : Telah berlangsung dengan jayanya Program Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017. Program ini telah berlangsung selama 4 hari , padat dengan aktiviti yang disediakan oleh SYAWAL ’17.

      Hari pertama 24 Jun 2017, pada jam 2.00 petang Program Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17) telah dimulakan dengan slot Ambang Raya iaitu Pembentangan Fiqh Raya yang berkonsepkan Talkshow. Slot ini telah disampaikan oleh saudara Muhammad Faiz bin Othman, Ketua Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2016/2017 ditemani moderator saudara Khair Zamir bin Dzulkifli. Selepas asar pula, telah diadakan Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh saudara Muhammad Faiz bin Syafie dan tepat jam 5.00 petang Majlis Penutupan IHTIRAM ’17 dan Perasmian SYAWAL ’17 dimulakan.

     Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asma’ul Husna. Kemudian ucapan yang disampaikan oleh pengarah IHTIRAM ’17  saudara Muhammad Hazman bin Zabil diikuti ucapan pengarah SYAWAL ’17  saudara  Khalif bin Idrus. Majlis pada petang itu diakhiri dengan ucapan yang disampaikan oleh saudara Muhamad Nazif  bin Shaari Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 sekaligus merasmikan Program SYAWA L’17 dan memotong kek sebagai simbolik Ulangtahun BKASM kali ke-52. Selepas perasmian, disampaikan pula hadiah kepada para pemenang dalam acara Kuiz Ramadan Mingguan, Ikon Ramadan, Beit Terbaik dan Kpi UBS  yang dipertandingkan sepanjang berlangsungnya IHTIRAM ’17. Selepas Maghrib pula,  mahasiswa dan mahasiswi disajikan dengan Iftar Jama’ie. Pada jam 9.10 malam pula telah diadakan Baraan Takbir Raya.

       Hari kedua 25 Jun 2017, program bermula seawal jam 3.00 pagi dengan aktiviti solat subuh  secara berjemaah. Selepas itu, pada jam 5.00 pagi mahasiswa dan mahasisiwi bersiap sedia untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Suq Sayyarat. Kemudian, mahasiswa dan mahasiswi diberikan masa seluas-luasnya untuk melakukan aktiviti bebas seperti menghidupkan suasana raya dan bermaaf-maafan. Pada jam 9.00 pagi pula telah diadakan Ziarah Mahabbah yang melibatkan ahli asrama dan korus. Pada sebelah malamnya pula, aktiviti rewang telah diadakan sebagai persediaan untuk rumah terbuka esoknya dan berakhir pada jam 11.00 malam.

         Hari ketiga 26 Jun 2017, seperti sebelumnya program dimulai dengan Tazkirah Subuh Khas bersempena bulan kemenangan. Pada jam 12.30 tengahari telah diadakan pula Rumah Terbuka BKASM . Pada sebelah malamnya telah diadakan Pertandingan Dur Gamil Raya.

       Hari keempat 27 Jun 2017, program dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah seawal jam 3.00 pagi diikuti Tazkirah Subuh Khas yang disampaikan oleh saudara Khalif bin Idrus ,Pengarah Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17). Selepas daripada itu telah diadakan Aktiviti Outdoor Raya bagi akhawat bertempat di Dewan Musallas pada waktu pagi manakala bagi ikhwah pula telah diadakan di Dataran Hayyu Asyir  selepas Asar.

     Kemudian ,tepat jam 7.30 malam pula Majlis Penutupan SYAWAL’17 telah dimulakan dengan alunan nasyid Asmaaul Husna. Kemudian diikuti ucapan yang disampaikan oleh saudara Khalif bin Idrus Pengarah SYAWAL’17. Seterusnya ucapan disampaikan pula oleh saudara Muhamad Nazif  bin Shaari, Yang Dipertua BKASM diikuti ucapan penutupan yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Arif Bin Noorzali, Warden Asrama Rumah Selangor.
                                                                 
      Seterusnya, disampaikan pula hadiah kepada para pemenang untuk setiap aktiviti yang diadakan sepanjang SYAWAL ’17. Selepas itu, semua hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan Nasyid Raya dan Setia bersama Ukhuwah. Para hadirin telah disajikan dengan sajian menu ayam BBQ, kentang putar serta coslow.

     Dengan penganjuran Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL ’17) pada tahun ini, semoga ia menjadi satu wasilah dalam memupuk ukhuwah Islamiah dan juga jalinan kasih sayang dalam kalangan ahli BKASM seterusnya menjadikan BKASM sebagai wadah utama dalam menjaga setiap kebajikan ahlinya di bumi Mesir ini.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"

Disediakan oleh :

Noradira binti Syafril
Setiausaha SYAWAL ‘17
BKASM sesi 2016/2017

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti


0 comments:

Catat Ulasan