KEMENANGAN ISLAM PASTI AKAN BERULANG - Nukilan Siswa Siri 38
“Demi sesungguhnya
pada kisah Nabi-nabi itu terdapat pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi
orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita yang
dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan
menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang yang
beriman.”(Yusuf: 111)
Ayat ini menceritakan mengenai sirah-sirah umat terdahulu untuk memberi
didikan bagi mereka yang sentiasa mengambil pelajaran. Dari ayat ini juga jelas
menerangkan bahawa kisah-kisah yang Allah sebutkan itu mempunyai pengajaran
yang amat besar. Justeru, sebagai umat Islam kita perlu banyak mengkaji dan
mempelajari sejarah agar dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita.
Umum mengetahui, antara sejarah yang menceritakan
tentang kemenangan Islam adalah kemenangan yang dicapai umat Islam dalam
pembukaan Kota Konstantinopel. Seorang pemuda yang dikenali sebagai Muhammad
Al-Fatih telah berjaya menakluki Konstantinopel kerana
memiliki keyakinan yang tinggi terhadap Allah, kesungguhan yang kuat serta
merupakan sebaik-baik pemimpin dan dibantu sebaik-baik tentera.
Demikian juga dengan janji Allah mengenai kemenangan
Islam yang pasti akan berulang seperti
yang digariskan dalam al-Quran dan hadis. Sejarah pembukaan kota Mekah serta
pengajaran dari kisah Al-Fatih ketika penaklukan Konstantinopel menjadi
motivasi yang besar kepada umat Islam akan janji Allah bahawa syiar Islam akan
tertegak.
Persoalannya, di manakah kita pada hari ini dalam
usaha menegakkan agama Islam? Renungi dan muhasabah bersama. Adakah kita ingin
menjadi golongan orang munafiq yang tidak yakin akan kemenangan Islam dan
mempertikaikan kata-kata Rasulullah S.A.W ketika di dalam peperangan Khandaq?
Oleh itu, sekiranya kita merasakan ingin berpaling dan lari dari melakukan gerak kerja Islam, silakan! Hal ini kerana Allah akan hadirkan pengganti-pengganti yang lebih baik dalam membawa dan melakukan gerak kerja Islam.
“ Dan jika kamu berpaling (daripada beriman,bertaqwa
dan menderma) ia akan mengantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu tidak
akan berkeadaan seperti kamu”. (Muhammad: 38)
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memainkan
peranan dalam melakukan gerak kerja Islam kerana “Islam tidak memerlukan kita
akan tetapi kita yang memerlukan Islam” . Kita perlulah yakin bahawa kemenangan
Islam itu pasti akan tiba suatu hari nanti.
“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan“
Disediakan oleh:
Nabil Rusyaidi bin Ramli
Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Terbaik. Moga kita sama2 istiqamah di Jalan Allah ini. Ameen
BalasPadam