KUNJUNG HORMAT BERSAMA Y.BHG SS. DATO' SETIA HJ. MOHD. TAMYES BIN ABD. WAHID : KEBAJIKAN TERUS DIUTAMAKAN
18 Ogos 2017, SELANGOR DARUL EHSAN - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan pertemuan bersama Y.Bhg SS. Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid (Dato’ Mufti Selangor) bertarikh 18 Ogos bertempat di Bangunan Jabatan Mufti, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Pertemuan bersama Y.Bhg SS. Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid adalah pertemuan julung-julung kalinya diadakan bagi membina hubungan di antara BKASM dengan Jabatan Mufti pada sesi ini. Pertemuan ini diwakili oleh pimpinan BKASM iaitu saudara Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi dan ditemani oleh saudara Muhammad hafiz bin Rasimi sebagai wakil Panel Zakat BKASM. Pertemuan ini lebih kepada membincangkan perkara berkaitan zakat kepada Asnaf fi Sabilillah dan beberapa perkara yang lain.
Akhirnya, harapan daripada peringkat BKASM supaya pertemuan dan perbincangan ini dapat membuahkan hasil yang baik kepada anak-anak Selangor yang berada di Perlembahan Nil serta mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Disediakan oleh :
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Ulasan
Catat Ulasan