MENGIKUTI TARBIAH GENERASI SAHABAT Nukilan Siswa Siri 39
yang bermaksud :Allah berfirman
Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang
menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira
(kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran yang keras (kepada
orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan
umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan agamaNya
serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadah kepadaNya setiap masa.
(Surah Al-Fath : ayat 8-9)
Rasulullah
merupakan murabbi teragung yang wajib diikuti oleh semua umat manusia. Qudwah
hasanah yang sentiasa menghiasi diri baginda menjadikan peribadinya sentiasa diikuti
sepanjang zaman dalam setiap ruang lingkup kehidupan.
Peribadi
baginda yang soleh, menyebabkan baginda disayangi dan dipercayai oleh penduduk
Mekah sehingga mereka menggelarnya sebagai al-Amin. Namun, bilamana Rasulullah S.A.W
diamanahkan Allah untuk menjadi muslih dengan menangislah masyarakatnya ketika
itu, menjadikan baginda dibenci dan dijauhi. Banyak tuduhan hina yang dilempar
keatas baginda di antaranya adalah tuduhan gila dan ahli sihir. Allah menjawab
secara jelas di dalam al-Quran:
Maksudnya
: Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang
menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (sepertimana yang kamu tuduh). (Surah
At-Takwir : ayat 23)
Bahkan
Nabi Muhammad diutus demi menjalankan perintah dan syariat Allah :
Maksudnya : Kesudahannya Kami jadikan engkau
(wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup
lengkap) dari hukum-hukum agama. Maka ikutilah syariat itu, dan janganlah
engkau menuruti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang
benar).
(Surah
Al-Jathiyah : ayat 18)
Maka tanggungjawab
sebagai seorang utusan Allah inilah yang perlu digalas setiap umat baginda pada
hari ini sesedia mungkin demi memastikan
agama Allah ditegakkan dan syariatNya mampu dilaksanakan.
Nabi
Muhammad S.A.W memulakan tanggungjawab ini dengan menyeru dan mengislamkan
keluarga dan sahabat terdekat baginda dahulu. Kemudian ketika mana dakwah ini
mula berkembang dan diterima ramai, maka Rasulullah memilih rumah al Arqam bin Abi al Arqam untuk
dijadikan pusat perkumpulan baginda dan para sahabat, bagi mendalami dan
memahami Islam dengan lebih mendalam. Di dalam pertemuan ini, sejarah telah
menyaksikan pengislaman ramai daripada kalangan sahabat Rasulullah antaranya
Umar bin al-Khattab.
Maksudnya : Dan orang-orang yang
terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang
"Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut
(jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka
dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.(Surah At-Taubah : ayat 100)
Antara
faktor pemilihan rumah al Arqam sebagai pusat perkumpulan tarbiah adalah
disebabkan :-
1.
Tidak ada sesiapa
yang mengetahui berkenaan pengislaman al Arqam ketika itu.
2.
Kafir Quraisy
tidak menjangka yang al Arqam akan mengikut Nabi Muhammad kerana beliau
merupakan suku Bani Makhzum yang terkenal sebagai musuh kepada Bani Hasyim.
3.
Ketika al
Arqam menerima Islam, umurnya baru mencecah 16 tahun. Dengan usianya yang
semuda ini, kafir Quraisy tidak pernah menjangka rumahnya dijadikan pusat
tarbiah Rasulullah dan para sahabat.
4.
Kedudukan
rumah al Arqam yang terletak di bukit Sofa, menyebabkan aktiviti mereka tidak begitu disedari oleh
orang-orang Quraisy.
Hasil
tarbiah yang diberikan Rasulullah inilah yang menjadikan para sahabat generasi
awal sebagai teras utama dan tulang belakang kepada perjuangan Islam. Mereka
kekal istiqamah sehingga akhir hayat memperjuangkan Islam dan tidak terpengaruh
dengan gerakan murtad yang dilakukan sebilangan umat Islam selepas kewafatan
Rasulullah. Mereka juga yang berdiri teguh memperjuangkan Islam menentang
kelompok-kelompok Islam yang menyeleweng dan kelompok-kelompok yang mengaku
diri sebagai nabi.
Generasi hari ini perlu mengenali
sahabat-sahabat Rasulullah ini dan menjadikan mereka model ikutan yang terbaik
sepanjang hidup. Merekalah qudwah jundiah taat, mereka juga qudwah qiadah
rabbaniah di zaman mereka. Sehinggakan Rasulullah mengiktiraf kemuliaan
mereka di dalam sabdanya kepada Imran
bin Husain R.A :-
Maksudnya : Sebaik-sebaik umatku adalah mereka yang hidup di zamanku (iaitu
sahabat). Kemudian mereka (iaitu tabi’in) yang hidup mengikuti (manhaj hidup)
sahabatku, kemudian mereka (iaitu tabi’ tabi’in) yang hidup selepas tabi’in.(Riwayat
Bukhari)
Kerana itu, tarbiah merupakan elemen
yang sangat penting dan perlu digerakkan
semaksima mungkin di setiap
peringkat bagi membina masyarakat yang rabbani dan amilin yang ikhlas dalam
berjuang. Kita tidak boleh culas dalam melaksanakan usaha tarbiah kerana ianya
keperluan amilin Islam sepanjang zaman. Dengan tarbiah, kita mampu melahirkan
tunas-tunas Islam yang subur dan kukuh akarnya. Setiap zaman mempunyai generasi yang ditarbiah dan tarbiah
dilaksanakan melalui wasilah yang pelbagai antaranya usrah.
Akhir kalam, kita mendambakan generasi
amilin yang disifatkan oleh Allah Subahnahu Taala di dalam surah al Maidah ayat
54:
Maksudnya : Wahai
orang-orang yang beriman!, Sesiapa di antara kamu berpaling tadah daripada
agama Allah (menjadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang mana
Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat
lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas berprinsip
terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada
jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela.
Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi
PengetahuanNya.
Justeru, misi tarbiah yang kita
laksanakan di setiap peringkat perlulah ditekankan beberapa target antaranya:
Akidah yang
sejahtera
2. Fikrah
islamiah yang syumul.
3. Ibadah yang
bebar
4. 5 sifat yang
disebutkan Allah dalam surah Al-Maidah ini.
Disediakan oleh :
Mohd Nazim bin Bahnan
Ketua Unit Hisbah
BKASM sesi 2016/2017
Mohd Nazim bin Bahnan
Ketua Unit Hisbah
BKASM sesi 2016/2017
“Memurnikan Pemikiran Meribat
kebersamaan”
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan