ROADSHOW '17: TERUSKAN MEMBERI INSPIRASI
JULAI 2017,
SELANGOR, MALAYSIA - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017
sekali lagipada
kali ini turun ke medan demi melaksanakan Program Roadshow Baktisiswa Mesir
yang saban tahun diadakan ketika ahli-ahlinya pulang ke tanah air Malaysia.
Sasaran program terarah kepada 8 buah sekolah agama menengah sekitar Selangor.
Program yang diketuai oleh saudara Khairul Adha bin Hamdzani
ini mempunyai objektifnya yang tersendiri. Salah satunya, meningkatkan motivasi
pelajar untuk cemerlang dalam STAM, di samping memperkenalkan Al-Azhar sebagai
universiti pilihan. Selain berkongsi kaedah penguasaan Bahasa Arab berdasarkan
pengalaman di Mesir.
Didatangkan
dengan konsep konsultansi, ia melibatkan Slot Maan Nanjah dan Slot Motivasi
dengan jemputan pengisi yang bukan calang-calang yang terdiri daripada bekas
pelajar sekolah yang terlibat. Bahkan yang lebih menarik dan produktif, kita
memperanankan fasilitator daripada penuntut Universiti al-Azhar sendiri untuk
berkongsi pengalaman dan ilmu dalam Gerak Kerja Berkumpulan (GKB), memberi
kelebihan pada program Roadshow kali ini.
Terdapat banyak
pengisian yang diperoleh para pelajar, antaranya adalah penerangan tentang
kaedah memahami teks, formula bahasa arab mudah, kelebihan memilih Mesir
sebagai tempat pengajian dan pengalaman dalam menuntut ilmu di bumi yang
dikenali sebagai ‘Ummu ad-Dunya’ ini. Turut diselitkan tentang adab sebagai
penuntut ilmu dan peranan pelajar dalam slot motivasi yang dikongsikan bersama.
Menariknya program ini juga memfokuskan pada Gerak Kerja Berkumpulan(GKB) iaitu
modul ukhwah pada GKB 1, manakala pada GKB 2 menerangkan cara-cara menterjemah
kitab dan perkongsian tentang BKASM dan Mesir.
Seterusnya,
pameran mengenai BKASM dan Universiti al-Azhar juga disediakan bagi para
pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Perjalanan program
juga diisi dengan ruangan jualan yang terdiri daripada minyak wangi, key-chain,
stoking dan banyak lagi yang dibawa khas sebagai tanda kenang-kenangan dari
bumi Mesir.
Pada dasarnya,
sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar calon Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM)
adalah menjadi sasaran. Sekolah-sekolah yang terlibat pada kali ini ialah :-
1. Sekolah Agama
Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (3/7/2017)
2. Sekolah Agama
Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Bt.38 (4/7/2017)
3. Sekolah Agama
Menengah Muhammadiah Batu Satu (5/7/2017)
4. Sekolah Agama
Menengah Jeram (6/7/2017)
5. Sekolah Agama
Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (25/7/2017)
6. Sekolah Agama
Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (26/7/2017)
7. Sekolah Agama
Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (27/7/2017)
8. Sekolah Agama
Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin Kampong Jawa (28/7/2017)
Kedatangan kami
juga disambut baik oleh pihak sekolah. Penghargaan buat BKASM juga diucapkan
dalam slot perasmian bersama pihak sekolah. Mereka juga mengharapkan agar
program ini dijalankan lagi pada tahun seterusnya supaya dapat meningkatkan
semangat dan motivasi di dalam diri pelajar STAM untuk mencapai kejayaan
seterusnya melanjutkan pengajian ke Mesir.
Akhir kata,
pihak penganjur merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
merealisasikan Program Roadshow Baktisiswa Mesir pada tahun ini. Ucapan terima
kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah, penaja, ahli-ahli BKASM serta
pelajar-pelajar STAM yang membantu menjayakan program pada kali ini sama ada
secara langsung mahupun sebaliknya. Semoga usaha kita bersama diredai dan
diberkati Allah S.W.T serta mendapat ganjaran daripadaNya.
‘’Memurnikan
Pemikiran Meribat Kebersamaan’’
Disediakan oleh
:
Timbalan
Setiausaha,
Roadshow
Baktisiswa Mesir 2017
Badan Kebajikan
Anak Selangor Mesir
Sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan