Khamis, November 23, 2017

NAJAH '17 : KEJAYAAN AHLI TERUS DIHARGAI


19 NOVEMBER 2017, KAHERAH –  Hari Graduasi Dan Anugerah Kecemerlangan 2017 (NAJAH '17) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2017/2018 telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif utama program ini adalah untuk meraikan kejayaan graduan dan kecemerlangan ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dalam bidang pengajian islam dan perubatan di mesir pada peperiksaan yang lalu. Selain itu, program ini dijayakan agar dapat menaikkan semangat ahli BKASM untuk terus menggembleng usaha dalam menjayakan kecemerlangan akademik.

Majlis bermula seusai solat asar dan bacaan al ma’thurat dengan kehadiran dan sesi pendaftaran oleh para peserta. Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengarah, saudara Muhammad Syukri Bin Rosli,  seterusnya ucapan daripada Yang Di-Pertua BKASM sesi 2017/2018, saudara Mohamad Luqman Bin Mohamad Jasmi. Ucapan perasmian disempurnakan oleh penasihat BKASM sesi 2017/2018, saudara Muhamad Nazif Bin Shaari.

Pengisian program diteruskan lagi dengan kalam Tausiah daripada Syeikh Islam Bin Majdi Hilal berkaitan peranan seorang penuntut ilmu dan kejayaan. Sesi  penyampaian anugerah kepada mahasiswa dan mahasiswi serta graduan yang cemerlang telah disempurnakan oleh Syeikh Islam Bin Majdi Hilal. Majlis diteruskan lagi dengan kalam daripada wakil graduan dan graduanita dan diakhiri dengan simbolik pemotongan kek khusus kepada para graduan yang telah menamatkan pelajarannya. 

Semoga Hari Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan yang telah diadakan pada kali ini dapat menyuntik semangat dalam kalangan ahli untuk meningkatkan prestasi akademik dan dalam menjayakan salah satu usul pembawaan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir pada sesi ini.

Sekian.


“Kecemerlangan Dihargai, Semarak Motivasi”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Disediakan oleh:

Setiausaha
Hari Graduasi Dan Anugerah Kecemerlangan 2017 (NAJAH '17)
BKASM sesi 2017/2018


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

0 comments:

Catat Ulasan