Selasa, November 07, 2017

KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA PENGARAH JAIS : MEMPERKASAKAN AGENDA KEBAJIKAN BKASM



6 November 2017, SHAH ALAM, SELANGOR - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah JAIS, Y.Bhg S.S. Dato' Haris Bin Kasim bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Pertemuan pada kali ini yang diketuai oleh saudara Fakhrul Rodzi bin Md Tahir sebagai wakil pimpinan BKASM dan saudara Aiman Fitry bin Zulkifli, sebagai wakil BKASM di Malaysia.

Pihak BKASM telah memperkenalkan barisan kepimpinan BKASM yang baru bagi sesi 2017/2018. Di samping itu, pertemuan ini juga turut membincangkan beberapa permasalahan berkaitan pelajar-pelajar Selangor di Mesir.

Semoga hasil daripada pertemuan wakil BKASM bersama JAIS ini dapat merapatkan lagi hubungan di antara kedua-dua belah pihak.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
sesi 2017/2018


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

0 comments:

Catat Ulasan