Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

SURAH AL ASR : MENJADI GOLONGAN YANG BERUNTUNG DI DUNIA DAN AKHIRAT- Nukilan Siswa Siri 8

Imej
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-oramg yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”. ( Surah Al-Asr : ayat 1-3 ) Dalam hidup yang singkat ini, ramai antara kita yang terlena dengan nikmat usia yang dimilikinya, seperti dalam pepatah Arab ada menyebutkan, “manusia itu tidak ubah seperti sekumpulan hari-hari". Setiap kali berlalu satu hari, akan berlalu pula sebahagian umur kita. Apabila telah berlalu sebahagian umur maka, semakin dekat usia kita menuju Alam Barzakh. Daripada Surah Al-Asr ini terdapat petunjuk tentang manhaj kehidupan seorang muslim iaitu umat Islam perlulah mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang jelas di samping sedar akan kewajipan-kewajipan kita selaku khalifah di muka bumi. Bertepatan dengan kata-kata Imam As-Shahid Hassan Al-Banna “Kewajipan kita hari ini lebih

PEMANTAPAN THAQAFAH MELALUI PROGRAM GABUNGAN BKAN

Imej
23 Januari 2018 (Selasa) - Perjumpaan Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Negeri telah diadakan di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM), Hayyu Sabiek, Kaherah. Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh Yang DiPertua (BKPPPM) iaitu Ustaz Muhammad Safwan Bin Azzmi, perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti program yang berbentuk thafaqah diperingkat gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri di Mesir. Program yang bakal diadakan ini merupakan salah satu inisiatif di peringkat Badan Kebajikan Anak Negeri bagi meningkatkan thaqafah dan kefahaman kepada mahasiswa/wi berkenaan peranan seorang penunutut ilmu dalam mendepani kepelbagaian isu semasa. Di samping melaksanakan prinsip-prinsip yang telah digariskan syariat Islam. Bertepatan dengan ayat al-quran yang menyebut berkenaan tanggunggjawab sebahagian daripada orang yang beriman itu bukan sahaja berjuang dalam menegakkan agama Allah SWT dengan berperang di jalan-Nya, akan tetapi, hendaklah a

HARI INI DALAM SEJARAH BKASM : PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN JAWATANKUASA RUMAH SELANGOR

Imej
25 Januari 1978, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) berjaya mendapatkan Asrama Selangor yang pertama, bertempat di Rabaah, Kaherah, Mesir. Pada tahun 1978, satu perlembagaan telah disusun oleh Kerajaan Negeri melalui agensinya, Yayasan Selangor bagi menguruskan asrama yang baru ini. Termaktub dalam perlembagaan tersebut bahawasanya, "Jawatankuasa Rumah Selangor adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada ahli-ahli yang dipilih oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dan memegang jawatan selama setahun melainkan jika dilantik semula". Asrama Rabaah telah menjadi pusat pentadbiran BKASM yang pertama. Sepanjang BKASM beroperasi, urusan-urusan kepejabatan di antara BKASM dengan agensi-agensi luar telah dialamatkan di sini. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2017/2018 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM

KEALPAAN UMAT ISLAM TENTANG ISU PALESTIN - Nukilan Siswa Siri 7

Imej
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ Maksudnya : "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang diberkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan tanda-tanda kekuasaan Kami, bahawasanya Dia itu Maha Mendengar dan Maha Melihat". (Surah Al-Isra : ayat 1) Al-Quds adalah kota yang suci bagi umat Islam. Kota yang telah melahirkan beberapa utusan Allah dengan membawa misi ketauhidan serta menyeru umatnya ke arah kebenaran dan kebaikan. Isu Palestin adalah isu penyatuan umat Islam di seluruh dunia dan tidak hanya terletak di atas bahu umat Islam di Palestin sahaja tetapi menjadi kewajipan dan tanggungjawab ke atas semua umat Islam di dunia. Kealpaan umat Islam sendiri telah menjadikan isu negara  Palestin dan Masjid Al-Aqsa hanya mendapat perhatian apabila

HARI INI DALAM SEJARAH BKASM : KERAJAAN NEGERI MENJADI PENAUNG BKASM

Imej
16 JANUARI 1984 : Dalam perlembagaan BKASM, pada fasal ke-3, menyatakan bahawa BKASM mempunyai penaung dan penasihat. Pada tahun 1984, secara rasminya Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi penaung kepada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Dato' Haji Ahmad Razali bin Haji Mohd Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor pada waktu itu dilantik menjadi penaung BKASM pada sesi 1983/1984. BKASM dan Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menjalinkan hubungan baik bagi memastikan kebajikan mahasiswa-mahasiswi Selangor di Mesir terus terjamin. Antara kerjasama terbesar yang pernah dijayakan adalah pembelian asrama Selangor di Rabaah dan asrama kedua di Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir. Semoga hubungan baik di antara BKASM dan Kerajaan Negeri Selangor sentiasa utuh seterusnya bersama dalam menjaga kebajikan anak-anak Selangor di Mesir. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2017/2018 #BersamaBersatu #BersatuBe

REHAT YANG TIADA KELAZATAN - Nukilan Siswa Siri 6

Imej
“Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepada-NYA, kemudian Allah (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah, Dialah penerima taubat lagi Maha Mengasihani. (Surah At-Tawbah : ayat 118) Tiga orang sahabat yang mengambil keputusan untuk tidak pergi berjihad kerana mengutamakan kerehatan, tidak mahu berpanas menjadi suatu pengajaran buat kita yang bergelar mukmin. Hari ini ramai yang berlepas diri dari tanggungjawab kerana memikirkan akan ada orang yang hadir membantu. Hari ini ramai yang mengetahui pentingnya melakukan kerja-kerja amal tetapi tidak sedar bahawa diri masih dalam keadaan belenggu dan membiarkan k

KETULENAN ILMU TERAS KESATUAN UMMAH - Nukilan Siswa Siri 5

Imej
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang) ; oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak diantara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka ; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah)." (Surah At-Taubah : ayat 122) Dikala kita ralit menelaah kitab di musim peperiksaan, hadirkan dalam diri, semakin banyak ilmu yang dipelajari semakin taat kita dengan Allah. Adakah kita hanya memuntahkan segala yang dipelajari diatas kertas ujian atau sebaliknya?. Tepuk dada tanya iman. Kefahaman ilmu yang tulen sangat didambakan oleh setiap hamba-Nya yang menginginkan hidupnya terpandu kearah mengenal Allah. Ketulenan ilmu yang dimaksudkan adalah bebas daripada anasir-anasir yang membawa kepada perpecahan. Penun

HUBUNGAN ANTARA BKASM DENGAN ILMAM SELANGOR SENTIASA DIPERKASA

Imej
Saban tahun, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia Cawangan Selangor (ILMAM SELANGOR) menguruskan penghantaran mahasiswa dan mahasiswi baru Selangor ke Mesir. Terbaru, ILMAM SELANGOR telah memberi sumbangan kepada BKASM bagi membantu salah seorang ahli BKASM yang telah ditimpa musibah. BKASM mengucapkan ribuan terima kepada semua yang terlibat dalam menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Mesir. Semoga Allah memberikan taufik dan inayat-Nya dalam usaha kita menjaga kebajikan mahasiswa yang menjadi tanggungjawab bersama ini. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Disediakan oleh : Yang Dipertua, BKASM sesi 2017/1018. #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM