Selasa, Ogos 28, 2018

HARI INI DALAM SEJARAH BKASM | EVAKUASI 2013 : KEBAJIKAN BKASM TERUJI DAN DIBUKTIKAN



28 Ogos 2013, Kaherah : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah diamanahkan untuk membantu dalam menguruskan proses Evakuasi Sukarela Rakyat Malaysia 2013 (Ops Piramid II), khususnya bagi mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Mesir.

Hari ini, pada tahun 2013 telah berakhirnya proses evakuasi yg telah berjalan bermula pada 20 Ogos 2013. Kepercayaan ini diberikan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada waktu itu, Ustaz Mohd Farid bin Zainal.

Pusat pengumpulan pelajar adalah di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir. Seramai hampir 300 mahasiswa dan mahasiswi berjaya diuruskan dan dihantar pulang ke Malaysia.

BKASM terlibat secara langsung dalam menguruskan bekalan makanan, pengemaskinian data, dan pengawalan keselamatan. BKASM juga membantu dalam menguruskan tiket kapal terbang serta pengangkutan pelajar ke lapangan terbang.

Selain membantu pegawai HEP menubuhkan Bilik Gerakan Evakuasi peringkat negeri Selangor, beberapa orang pimpinan BKASM juga turut membantu menggerakkan Billik Operasi Menyelamat Mesir (BOMM) yang dikendalikan oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bagi menyambut kepulangan pelajar di KLIA (Kuala Lumpur International Airport).

BKASM mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses evakuasi ini. BKASM akan memastikan kebajikan ahlinya terus terjamin seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan BKASM pada bab keempat pada fasal 19, BKASM dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2017/2018


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

0 comments:

Catat Ulasan