Khamis, Ogos 30, 2018

SAEIDHA '18 : PENGORBANAN YANG MENGUKUHKAN KESATUAN



20-23 Ogos 2018, Kaherah : Program Sambutan Aidiladha 2018 (SAEIDHA '18) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2017/2018 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang berlangsung selama empat hari, padat dengan aktiviti yang bermanfaat buat ahli BKASM.

Program SAEIDHA '18 telah  dirasmikan oleh Ustaz Hj. Mohd Yasser bin Abdul Ghani, Atase Pendidikan  Selangor Mesir. Ambang SAEIDHA '18 diteruskan pada waktu malam dengan satu talkshow yang bertajuk 'Pengorbanan Nadi Perjuangan'. Slot ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Yahya bin Samsul ditemani moderator saudara Muhammad Syakir Akmal bin Mohd Shaffari.

Solat sunat Aidiladha secara berjemaah diadakan di Dataran Hayyu Asyir di bawah anjuran Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri yang telah berjaya menghimpunkan mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai negeri. Kemudian, berlangsungnya  praktikal sembelihan ayam di sebelah akhawat dengan menampilkan ustazah Siti Rahmah binti Ismail sebagai pengisi. Program diteruskan lagi pada jam 8.30 malam dengan pembentangan kertas kerja bertajuk "Pragmatis dan Materialis : Siapakah Mereka?" yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Shahir bin Ahmad Jalaludin, Presiden PERUBATAN 2018/2019.

Hari ketiga program pula dimeriahkan dengan gotong-royong sembelihan dan melapah haiwan korban. Terdahulu, haiwan-haiwan ini telah dijaga dan dikawal oleh ahli-ahli BKASM sendiri, ikhwah dan akhawat. Pada hari tersebut, seluruh anak Selangor berkumpul dalam menjayakan aktiviti kemuncak ini. Sebanyak dua ekor unta, lapan ekor khoruf dan 68 ekor kambing telah selamat diuruskan serta diakhiri dengan jamuan ringan dan agihan bahagian daging korban kepada ahli.

Hari terakhir program diserikan dengan Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Ustaz Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi, Yang Dipertua BKASM dengan membaca Perutusan Yang Dipertua BKAN. Turut diadakan kenduri dan jamuan Majlis Walimatul Urus 2018 (MAWAR '18) dengan kerjasama Unit Bait Muslim (UBM) di bawah Jabatan Yang Dipertua BKASM dan meraih sambutan yang sangat meriah.

Moga SAEIDHA '18 pada tahun ini menjadi satu wasilah dalam memupuk ukhuwah Islamiah dan juga jalinan kasih sayang dalam kalangan ahli BKASM seterusnya memperkukuhkan kebersamaan ahli dalam mempertahankan BKASM sebagai wadah kesatuan, medan ilmu dan amal.

Ucapan penghargaan diberikan kepada setiap ahli yg terlibat dalam menjayakan program kali ini. Semoga setiap gerak kerja dan pengorbanan yang ahli berikan dalam menjayakan program ini, diberi ganjaran oleh Allah SWT.


“Pengorbanan Nadi Perjuangan”
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Setiausaha
SAEIDHA '18
BKASM sesi 2017/2018


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

0 comments:

Catat Ulasan