Rabu, Ogos 15, 2018

TOGETHER '18 : UKHUWAH DIRIBATKAN, SISTEM TAAKHI DIPERKASAKAN



1, 2, 11 dan 12 Ogos - Baltim : Creating Happiness Together in Baltim (TOGETHER '18) telah berjayakan dianjurkan oleh gabungan BKAN Taakhi Zon D iaitu Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) dan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang bertempat Baltim, Kafr As-Syeikh.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan ikatan ukhuwah Islamiah sesama peserta dalam kalangan BKAN Taakhi di samping mengetengahkan jaulah sebagai salah satu wasilah tarbiah.

Jaulah bagi akhawat telah berjaya dijalankan pada satu dan dua Ogos. Manakala jaulah bagi sebelah ikhwah pada 11 dan 12 Ogos yang lepas.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program antaranya ialah sukaneka, explorace, talkshow, tazkirah yang melibatkan ahli BKAN Taakhi sendiri.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat meribatkan ukhuwah Islamiah di antara peserta seterusnya mengeratkan semangat taakhi yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.


"United Together, Stand Forever"


Disediakan oleh :
Setiausaha
Creating Happiness Together in Baltim (TOGETHER '18)


#SetiaBersamaTaakhi

0 comments:

Catat Ulasan