Khamis, November 01, 2018

[ PERTEMUAN BARISAN PIMPINAN AJKT BKASM BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR MESIR ]

30 Oktober 2018 - Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 telah mengadakan pertemuan bersama Atase Pendidikan Selangor Mesir bertempat di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir.

Tujuan pertemuan ini diadakan ialah bagi mengeratkan lagi hubungan antara BKASM dan pihak pejabat dalam meneruskan agenda kebajikan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Selangor di perlembahan Nil.

Semoga pertemuan kali ini akan menghasilkan kerjasama yang baik antara BKASM dan pihak pejabat seterusnya mendapat keredaan daripada Allah SWT.


BKASM sesi 2018/2019


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

0 comments:

Catat Ulasan