Khamis, November 15, 2018

[ TUTORIAL FASA SATU : KEBAJIKAN DALAM ASPEK PENDIDIKAN MENERAJUI KECEMERLANGAN AHLI ]

14 November 2018, Rabu, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) komited dalam memberikan kebajikan dari segenap aspek termasuk pendidikan.

Menjelang peperiksaan fasa satu yang hampir tiba, BKASM mengambil inisiatif untuk menganjurkan kelas tutorial dalam membantu mahasiswa dan mahasiswi Selangor membuat persediaan yang tersusun.

Pada Rabu yang lalu, peringkat BKASM yang diwakili oleh saudara Muhammad Irsyad bin Abd Ghafar selaku Ketua Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2018/2019 telah membuat pertemuan bersama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir bagi membincangkan penyusunan kelas tutorial yang bakal dianjurkan. Turut hadir dalam perbincangan tersebut, wakil tenaga pengajar kelas tutorial daripada Daar El Waseela.

Perkara ini merupakan salah satu usaha bagi memastikan ahli BKASM terus mencapai kejayaan dan manfaatnya diterjemahkan kepada masyarakat kelak. Semoga kelas tutorial yang bakal dijalankan pada kali ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Mengukuhkan Kebajikan Tunjang Kesatuan"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

Lajnah Pendidikan
BKASM sesi 2018/2019

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

0 comments:

Catat Ulasan