Rabu, November 21, 2018

[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA '18 ]

10 NOVEMBER 2018, SABTU, KAHERAH - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 telah diadakan  bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif diadakan Ucaptama Yang Dipertua ini adalah untuk memperkenalkan pembawaan dan barisan pimpinan BKASM sesi 2018/2019, membuka ruang kepada ahli untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap pembawaan BKASM sesi ini, serta mengeratkan ukhuwah diantara ahli BKASM.

Majlis bermula sejurus sahaja selesai solat Maghrib, majlis Ucaptama Yang Dipertua dimulakan dengan ucapan dari saudara Muhamad Hakim bin Mohd Nasir selaku pengarah Ucaptama Yang Dipertua, seterusnya ucapan dari saudara Nabil Rusyaidi bin Ramli, Yang Dipertua BKASM sekaligus melancarkan Unit Biah Solehah.

Majlis Ucaptama Yang Dipertua diteruskan dengan perbahasan dan cadangan daripada ahli mengenai pembawaan BKASM pada sesi ini yang telah dibentangkan oleh Yang Dipertua, saudara Nabil Rusyaidi bin Ramli. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan Resolusi Ucaptama sebagai hasil daripada perbahasan ahli BKASM dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Yang Dipertua BKASM.

Pembawaan BKASM sesi 2018/2019 :

1- Mantap Tarbiah Unggul Sahsiah.
2- Mengukuhkan Kebajikan Tunjang Kesatuan.
3- Mahasiswa Berilmu Mendepani Isu.
4- Ilmuwan Berbakti Penerus Legasi.

Resolusi Ucaptama Yang Dipertua '18 :

1. Bersama bersatu merealisasikan usul dan pembawaan BKASM pada sesi kali ini.
2. Bersedia menjadi generasi yang mempertahankan kesatuan Islam melalui wadah BKASM.
3. Bersama berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti pelapis demi kelangsungan BKASM.

Moga-moga, Ucaptama Yang Dipertua pada sesi ini dapat memberi kefahaman kepada ahli mahupun pimpinan, agar sama-sama dapat menjayakan pembawaan pada sesi ini disamping mengukuhkan kebersamaaan di antara kita. Jazakumullah khairal jaza'.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Setiausaha
Ucaptama Yang Dipertua
BKASM sesi 2018/2019


#Bersamabersatu
#Bersatuberbakti
#KitaKeluargaBKASM

0 comments:

Catat Ulasan