SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Sabtu, Disember 01, 2018

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat mementingkan unsur-unsur pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah. Penerapan unsur tarbiah juga merupakan satu keperluan bagi melahirkan generasi Islam yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan jasmani.

Sempena imtihan fasa satu yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 7 Disember 2018.

Semoga kita dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat memanfaatkan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini.


Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar
(Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019)


"Mantap Tarbiah Unggul Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM