SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2016/2017

" "

Rabu, Mei 29, 2019

HANYA SATU - Minda Siswa Siri 14

                           

HANYA SATU

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya umat Islam ini umat kamu yang satu,Akulah Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan daku.”
 (Surah Al-Anbiya’ : ayat 92)

Banyak nas Al-quran dan hadis yang jelas menyatakan bahawa kesatuan adalah satu tuntutan syara’ dalam Islam. Konsep kesatuan yang dianjurkan oleh Islam dapat kita perincikan melalui qudwah Nabi Muhammad SAW. Umat Islam wajib menjadi penolong sebahagian yang lain dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Kesatuan merupakan aspek penting kepada umat Islam khususnya dari segi fikrah dan amal. Kesatuan fikrah menatijahkan kesatuan amal dalam sesebuah organisasi. Kebangkitan umat Islam berhajat kepada sokongan seluruh umat Islam supaya berada dalam satu manhaj dan satu matlamat yang sama. Perpecahan umat Islam akan menghalang usaha dan melambatkan kemenangan Islam serta akan sukar merealisasikan kebenaran Islam itu sendiri.

Kesatuan-kesatuan yang lahir selepas yang pertama membawa kesan yang sangat bahaya dan buruk dalam medan Islami. Ia membawa kepada lahirnya Islam yang cacat yang merosakkan pemikiran dan konsep Islam yang sebenar. Akhirnya, terhasillah kesatuan yang hanya menitikberatkan satu sudut sahaja, berasa cukup bekerja untuk sebahagian daripada agenda Islam, mewujudkan kekeliruan dan permasalahan yang besar sehingga memecahbelahkan kekuatan Islam bahkan melemahkannya sekaligus membuka ruang musuh-musuh Islam.

Semoga kita semua dipandu untuk berada dalam kesatuan seperti yang disebut dalam sebuah hadis Riwayat Ibnu Majah, “Umatku berpecah kepada 73 golongan, satu golongan ke syurga dan 72 golongan ke neraka. Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Mereka adalah yang berada di dalam kesatuan Islam. Masa depan Islam menjadi menakutkan selagi tidak segera melupakan kepentingan diri dan keluar dari kongkongan hawa nafsu untuk bertemu di jalan Allah dan atas kepentingan Islam yang tertinggi.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

Disediakan oleh :
Nurizzatul Adawiyah binti Mohd Noor
Timbalan Ketua Lajnah Ekonomi
BKASM sesi 2018/2019

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

Khamis, Mei 16, 2019


“RAMADAN BULAN TARBIAH”

Allah SWT telah menurunkan kitab al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW dengan tujuan untuk mentarbiah hamba-Nya di muka bumi ini. Sebagai agama yang sangat menitikberatkan konsep tarbiah dalam Islam, Islam telah menggariskan suatu konsep tarbiah yang lengkap lagi syumul untuk diikuti oleh manusia ke jalan yang diredhai-Nya.
Firman Allah SWT di dalam al-Quran :
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلصَّٰدِقُونَ
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah Al-Hujurat : ayat 15)
Dalam ayat di atas menerangkan orang yang layak menyebut dirinya telah beriman ialah orang Islam yang percaya sebenar-benarnya dan tidak dicampuri dengan perasaan ragu-ragu terhadap Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Terdapat beberapa bentuk tarbiah dalam Islam, salah satu daripadanya ialah tarbiah ruhiyyah. Tarbiah ruhiyyah adalah bertujuan untuk mendidik umat Islam agar sentiasa beriltizam dengan amalan ibadah sehingga dapat merasakan nikmat dan kepuasan jiwa, sentiasa gemar melakukan amalan-amalan tersebut serta dapat membentuk kekuatan hati melalui didikan ibadah.
Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah : ayat 183)
Syariat Islam mewajibkan ke atas umat Islam untuk berpuasa di bulan Ramadan bertujuan untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan umat Islam terhadap Allah SWT. Di bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan bersungguh-sungguh dan mujahadah yang sebenar-benarnya. Kita juga digalakkan untuk sentiasa melazimi amalan-amalan sunat yang telah dianjurkan dalam Islam, lebih-lebih lagi amalan khusus di bulan Ramadan.


“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Disediakan oleh :
Mohamad Syafie bin Mohamad Jasmi
Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan
BKASM sesi 2018/2019


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM



Rabu, Mei 01, 2019

DIMANA BUMI DIPIJAK,DI SITU ISLAM DIJUNJUNG -Minda Siswa Siri 12



DIMANA BUMI DIPIJAK, DI SITU ISLAM DIJUNJUNG

Perbincangan mengenai Islam dan barat biasanya dihantui dengan permusuhan dan penentangan di antara dua tamadun tersebut. Dalam hal ini, kebiasaannya media barat sering menjadikan umat Islam mangsa kritikan dan cemuhan kerana tidak memilih sikap perdamaian serta menuruti kehendak barat. Kemunculan tamadun barat yang membawa pengaruh sekularisme yang telah berakar umbi dan diterima pakai oleh mansyarakat barat, diperakui sebagai ubat yang mujarab bagi masyarakat barat yang dilihat telah berhasil mengeluarkan mereka daripada kemunduran dan kegelapan kepada kemajuan dan kemakmuran. Aliran pemikiran ini kemudian menjadi asas kepada beberapa isme-isme yang lain seperti humanism, positivism dan rasionalisme.

Berbeza dengan tamadun Islam, konsep ketamadunan merangkumi dua asas yang penting yaitu aspek kerohanian.Perkara Ini meliputi agama, dasar pemikiran, budaya, nilai, adat dan undang-undang, Bahasa, sejarah dan adab. Seterusya aspek fizikal, (al-Madaniyyah) atau menurut Ibn Khaldun adalah unsur jasmani atau kebendaan. Aspek ini lebih bersifat universal dan dilihat dapat dikuasai oleh mana-mana masyarakat dengan usaha dan daya saing.

SELARASKAN USAHA DENGAN KEIMANAN DAN ILMU YANG BENAR

فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا

Maksudnya : “Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian.” (Surah an-Nisa : ayat 62)

Setiap yang hidup di muka bumi menginginkan kebaikan dan ingin mempraktikkan sistem yang terbaik untuk menguruskan kehidupan mereka. Bagi umat Islam, sepatutnya semangat mereka dalam mengislah masyarakat perlulah dipandu dengan panduan wahyu.

Menemukan semagat dan jatidiri Islam yang semakin terhakis adalah sebuah refleksi kepada masyarakat Islam itu sendiri. Maka sewajarnya umat Islam pada hari ini kembali kepada al-Quran, bersungguh-sungguh dalam mendalami dan memahami agama Islam serta berusaha memanifestasikannya dalam bentuk amal, supaya ruh Islam akan kembali hidup suatu hari nanti.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

Disediakan oleh :
Huda Najwa binti Roslan
Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM