Rabu, Mei 01, 2019

DIMANA BUMI DIPIJAK,DI SITU ISLAM DIJUNJUNG -Minda Siswa Siri 12



DIMANA BUMI DIPIJAK, DI SITU ISLAM DIJUNJUNG

Perbincangan mengenai Islam dan barat biasanya dihantui dengan permusuhan dan penentangan di antara dua tamadun tersebut. Dalam hal ini, kebiasaannya media barat sering menjadikan umat Islam mangsa kritikan dan cemuhan kerana tidak memilih sikap perdamaian serta menuruti kehendak barat. Kemunculan tamadun barat yang membawa pengaruh sekularisme yang telah berakar umbi dan diterima pakai oleh mansyarakat barat, diperakui sebagai ubat yang mujarab bagi masyarakat barat yang dilihat telah berhasil mengeluarkan mereka daripada kemunduran dan kegelapan kepada kemajuan dan kemakmuran. Aliran pemikiran ini kemudian menjadi asas kepada beberapa isme-isme yang lain seperti humanism, positivism dan rasionalisme.

Berbeza dengan tamadun Islam, konsep ketamadunan merangkumi dua asas yang penting yaitu aspek kerohanian.Perkara Ini meliputi agama, dasar pemikiran, budaya, nilai, adat dan undang-undang, Bahasa, sejarah dan adab. Seterusya aspek fizikal, (al-Madaniyyah) atau menurut Ibn Khaldun adalah unsur jasmani atau kebendaan. Aspek ini lebih bersifat universal dan dilihat dapat dikuasai oleh mana-mana masyarakat dengan usaha dan daya saing.

SELARASKAN USAHA DENGAN KEIMANAN DAN ILMU YANG BENAR

فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا

Maksudnya : “Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian.” (Surah an-Nisa : ayat 62)

Setiap yang hidup di muka bumi menginginkan kebaikan dan ingin mempraktikkan sistem yang terbaik untuk menguruskan kehidupan mereka. Bagi umat Islam, sepatutnya semangat mereka dalam mengislah masyarakat perlulah dipandu dengan panduan wahyu.

Menemukan semagat dan jatidiri Islam yang semakin terhakis adalah sebuah refleksi kepada masyarakat Islam itu sendiri. Maka sewajarnya umat Islam pada hari ini kembali kepada al-Quran, bersungguh-sungguh dalam mendalami dan memahami agama Islam serta berusaha memanifestasikannya dalam bentuk amal, supaya ruh Islam akan kembali hidup suatu hari nanti.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

Disediakan oleh :
Huda Najwa binti Roslan
Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan