Rabu, Mei 29, 2019

HANYA SATU - Minda Siswa Siri 14

                           

HANYA SATU

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya umat Islam ini umat kamu yang satu,Akulah Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan daku.”
 (Surah Al-Anbiya’ : ayat 92)

Banyak nas Al-quran dan hadis yang jelas menyatakan bahawa kesatuan adalah satu tuntutan syara’ dalam Islam. Konsep kesatuan yang dianjurkan oleh Islam dapat kita perincikan melalui qudwah Nabi Muhammad SAW. Umat Islam wajib menjadi penolong sebahagian yang lain dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Kesatuan merupakan aspek penting kepada umat Islam khususnya dari segi fikrah dan amal. Kesatuan fikrah menatijahkan kesatuan amal dalam sesebuah organisasi. Kebangkitan umat Islam berhajat kepada sokongan seluruh umat Islam supaya berada dalam satu manhaj dan satu matlamat yang sama. Perpecahan umat Islam akan menghalang usaha dan melambatkan kemenangan Islam serta akan sukar merealisasikan kebenaran Islam itu sendiri.

Kesatuan-kesatuan yang lahir selepas yang pertama membawa kesan yang sangat bahaya dan buruk dalam medan Islami. Ia membawa kepada lahirnya Islam yang cacat yang merosakkan pemikiran dan konsep Islam yang sebenar. Akhirnya, terhasillah kesatuan yang hanya menitikberatkan satu sudut sahaja, berasa cukup bekerja untuk sebahagian daripada agenda Islam, mewujudkan kekeliruan dan permasalahan yang besar sehingga memecahbelahkan kekuatan Islam bahkan melemahkannya sekaligus membuka ruang musuh-musuh Islam.

Semoga kita semua dipandu untuk berada dalam kesatuan seperti yang disebut dalam sebuah hadis Riwayat Ibnu Majah, “Umatku berpecah kepada 73 golongan, satu golongan ke syurga dan 72 golongan ke neraka. Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Mereka adalah yang berada di dalam kesatuan Islam. Masa depan Islam menjadi menakutkan selagi tidak segera melupakan kepentingan diri dan keluar dari kongkongan hawa nafsu untuk bertemu di jalan Allah dan atas kepentingan Islam yang tertinggi.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”

Disediakan oleh :
Nurizzatul Adawiyah binti Mohd Noor
Timbalan Ketua Lajnah Ekonomi
BKASM sesi 2018/2019

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

0 comments:

Catat Ulasan