Isnin, Julai 01, 2019

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan daripada segi rohani dan sahsiah.

Sempena berakhirnya peperiksaan fasa dua, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019 menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 5 Julai 2019.

Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini.


Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar
Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019


"Mantap Tarbiah Unggul Sahsiah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

0 comments:

Catat Ulasan