Ahad, September 22, 2019

[ FRESH '19 : ALAM DIHAYATI MENGIMANI RUANG HATI ]

[ FRESH '19 : ALAM DIHAYATI MENGIMANI RUANG HATI ]

10-16 SEPTEMBER 2019, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 telah menganjurkan satu program yang berkonsepkan jaulah tarbawi iaitu Find Relaxation With Short Holiday 2019 atau FRESH '19. Tujuan FRESH '19 diadakan adalah untuk mengukuhkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan peserta serta menjadikan jaulah sebagai wasilah tarbiah disamping menambah thaqafah.

Program tersebut telah berlangsung selama enam hari iaitu bagi ikhwah pada tanggal 10, 11 &12 September manakala bagi akhawat pada tanggal 14,15 &16 September yang  bertempat di Matruh dan Siwa.

Jaulah pada kali ini disertai hampir 140 orang peserta dalam kalangan ahli BKASM. Pelbagai tempat dan aktiviti menarik telah dijalankan bagi memeriahkan FRESH '19. Antaranya melawat tempat bersejarah sekitar Matruh dan siwa, sukaneka, 'Ribat Ukhuwatuna',  pertandingan tarik tali serta pelbagai lagi aktiviti bagi merealisasikan objektif kita pada kali ini.

Diharapkan agar program yang telah dianjurkan ini memberi manfaat buat semua peserta terutamanya dalam mengukuhkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan peserta jaulah. Di samping itu, semoga ianya dapat menjadikan jaulah sebagai wasilah tarbiah di samping menambah thaqafah dalam kalangan peserta.

Semoga ikatan ukhuwah dalam kalangan peserta mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan dijauhkan daripada perpecahan.


"Alam Dihayati Mengimani Ruang Hati"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :

Setiausaha
FRESH '19
BKASM sesi 2018/2019


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan