Jumaat, Oktober 18, 2019

[ MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR DAN MAJLIS KONVENSYEN SELANGOR ]




[ MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR DAN MAJLIS KONVENSYEN SELANGOR ]

21-26 SEPTEMBER 2019, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2018/2019 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir telah menyambut kedatangan Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dan beberapa delegasi dari Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Persekutuan Negeri Selangor (JAKPAS).

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah Tahun 2019 yang telah bermula pada 23 September 2019 sehingga 25 September 2019 di Hotel Tolip, Zahra' Madinat Nasr. Konvensyen ini diwakili oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM yang menjadi peserta di dalam konvensyen tersebut. Wakil pembentang kertas kerja daripada BKASM iaitu Ustaz Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan selaku Timbalan Yang Dipertua I telah membentangkan tajuk "Liberalisme dan Pluralisme Agama, Cabaran Mahasiswa Islam Masa Kini". Seterusnya turut diadakan Forum Mahasiswa Timur Tengah dari tiga Negara (Mesir, Jordan & Maghribi) yang diwakili oleh Ustaz Nabil Rusyaidi bin Ramli selaku Yang Dipertua BKASM sesi 2018/2019 sebagai wakil panel forum tersebut. Alhamdulillah konvensyen tersebut berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah diucapkan kepada penganjur program dan semua peserta yang terlibat.

Majlis Ramah Mesra bersama Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor bersama delegasi kerajaan Negeri Selangor bersama pelajar-pelajar Selangor dijalankan di dua tempat iaitu :

- 22 September 2019 bertempat di Bangunan Mara Mesir, Iskandariah.

- 24 September 2019 bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah (DMAK).

Alhamdulillah, Majlis Ramah Mesra tersebut dapat dihadiri kira-kira 200 orang mahasiswa Selangor di Mesir yang diuruskan oleh BKASM sebagai urusetia logistik dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor. Majlis yang berakhir pada jam 2.00 petang berjalan dengan lancar dan mendapat komitmen yang baik daripada semua mahasiswa dan mahasiswi Selangor.

Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari telah menyampaikan ucapan dengan harapan supaya semua pelajar dapat menumpukan perhatian dalam menuntut ilmu dan pendidikan untuk diaplikasikan di tanah air nanti. Di samping itu, Y.A.B Dato' Menteri Besar turut menyerahkan sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu pengurusan dan kelangsungan pendidikan mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Mesir.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata daripada pihak Pejabat Atase Pendidikan Selangor yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Yasser bin Abd Ghani, Atase Pendidikan Selangor kepada Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari.

Di kesempatan yang ada, Y.A.B Dato' Menteri Besar turut menziarahi penempatan Asrama Rumah Selangor dan beramah mesra dengan para mahasiswa dan mahasiswi.

BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari, di atas kesudian untuk bersama dalam majlis ini. Terima kasih juga buat semua anak-anak Selangor yang sudi hadir memeriahkan majlis. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan Kerajaan Negeri dengan anak-anak Selangor di Pelembahan Nil amnya dan BKASM khususunya.


“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Disediakan oleh :

Setiausaha,
Sambutan Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor
BKASM sesi 2018/2019


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitakeluargaBKASM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan