Sabtu, November 30, 2019

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU ]

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU ]

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan.

Seperti sedia maklum, pengajian fasa pertama bagi sesi 2019/2020 sedang rancak berlangsung dalam tempoh menuju tarikh peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus lumus membuat persiapan dari pelbagai sudut seperti menghadiri kuliah, menghadiri kelas tutorial dan membuat ulangkaji pelajaran bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 1 Disember 2019 adalah tarikh penangguhan bagi semua program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi membuat persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Usaha dan tawakal itu kunci kepada kejayaan. Oleh yang demikian, diharapkan agar kita semua dapat meningkatkan prestasi dan memberikan sepenuh usaha dalam menyiapkan diri sebelum menghadapi peperiksaan kerana kejayaan tidak datang bergolek dengan sendiri.

Disamping itu, kita juga mestilah menguatkan hubungan dengan Allah SWT kerana Dialah Yang Maha Berkuasa memberikan dan menentukan segalanya. Maka, teruskan bermunajat dan bertawakal kepada-Nya.

Akhir kata, semoga semua mahasiswa dan mahasiswi dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan dan dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat.

Semoga kejayaan yang diperolehi menjadi sebab bertambahnya ketakwaan kita kepada Allah SWT.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan
Timbalan Yang Dipertua I (Lajnah Perancang I)
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Isnin, November 25, 2019



STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2019/2020


Berikut adalah struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020.

Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Ikhwah :

Muhammad Syukri bin Rosli
(Yang Dipertua)

Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan
(Timbalan Yang Dipertua I)

Muhamad Hakim bin Mohd Nasir
(Setiausaha Agung)

Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar
(Timbalan Setiausaha Agung I)

Aiman Syahmi bin Azhari
(Bendahari Kehormat)

Mohamad Akmal bin Sohar
(Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah)

Amirol Akmal bin Mat Jelani
(Ketua Lajnah Pendidikan)

Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan
(Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan)

Mohamad Danial Affiq bin Mohamad Zuraidi
(Ketua Lajnah Kebajikan)

Norazimi bin Khusaini
(Ketua Lajnah Ekonomi)

Mohamad Syamil Akmal bin Zakaria
(Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan)

Muhammad Naqib bin Azhar
(Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah)

Muhammad Hazim bin Sabli
(Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan)


Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Akhawat :

A'isyah binti Wahidan
(Timbalan Yang Dipertua  II)

Siti Syaza Nazwa binti Mohd Hanafiah
(Timbalan Setiausaha Agung II)

Nurul Hafizah binti Haron
(Timbalan Bendahari Kehormat)

Nurhannani Hanis binti Sazali
(Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah)

Nur Aziera binti Mohd Razib
(Timbalan Ketua Lajnah Pendidikan)

Nur Naeem binti Mohd Bakir
(Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan)

Sofia Humairah binti Mohamad Khalid
(Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan)

Siti Anisa binti Ngah @ Khairul Anuar
(Timbalan Ketua Lajnah Ekonomi)

Nurmaisarah binti Zainal
(Timbalan Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan)

Noorhayatie binti Misran
(Timbalan Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah)

Nurul Nasuha binti Ahmad Shahril Akmar
(Timbalan Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan)


Senarai Ahli Lembaga Penasihat :

Nabil Rusyaidi bin Ramli
(Ketua Penasihat)

Muhammad Nazim bin Mohd Sahaimi

Siti Fadilah binti Sulaiman

Khairun Nisa binti Khairulzamal


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Dikeluarkan oleh :
Jabatan Setiausaha Agung (JASA)
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Rabu, November 13, 2019





[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA '19 ]

10 NOVEMBER 2019, AHAD, KAHERAH - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 telah diadakan  bertempat di Dewan Masjid Tantawi, Hayyu Sabi'.Objektif Ucaptama Yang Dipertua '19 adalah untuk memperkenalkan barisan pimpinan dan pembawaan BKASM sesi 2019/2020 kepada ahli BKASM, membuka peluang kepada ahli untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap pembawaan BKASM sesi kali ini serta mengeratkan ukhuwah Islamiah sesama ahli BKASM.

Majlis telah bermula selepas Asar dengan pengisian Muhadharah Ammah daripada Syeikh Al-Khusyu'i bertajuk “Pengamalan Sunnah di Akhir Zaman”. Majlis Perasmian Ucaptama Yang Dipertua '19 telah bermula sejurus sahaja selesai solat Maghrib. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar selaku pengarah Ucaptama Yang Dipertua '19, seterusnya ucapan perasmian daripada Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli, Yang Dipertua BKASM sesi 2019/2020. Turut diadakan pelancaran Kempen MaanNanjah dan Unit Biah Solehah yang disempurnakan oleh Yang Dipertua.

Ucaptama Yang Dipertua telah dimulakan dengan sesi pengenalan barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2019/2020. Seterusnya, Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli telah membentangkan pembawaan BKASM pada sesi kali ini. Selepas itu, majlis diteruskan pula dengan perbahasan dan cadangan daripada ahli mengenai pembawaan BKASM pada sesi ini. Majlis diteruskan lagi dengan Resolusi Ucaptama sebagai hasil daripada perbahasan ahli BKASM dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Yang Dipertua BKASM.

Pembawaan BKASM sesi 2019/2020 :

1. Kecemerlangan Akademik Tanggungjawab Bersama.
2. Tarbiah Diperkasa Sahsiah Terpelihara.
3. Kukuh Kebajikan Teguh Kesatuan.
4. Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi.

Resolusi Ucaptama Yang Dipertua '19 :

1. Bersama bersatu merealisasikan usul dan pembawaan BKASM pada sesi kali ini.
2. Bersama mempertahankan BKASM dengan menjayakan slogan “Setia Bersama Ukhuwah”.
3. Berusaha memantapkan kecemerlangan akademik dengan menjayakan slogan “MaanNanjah”.

Moga-moga, Ucaptama Yang Dipertua ’19 dapat memberi kefahaman kepada ahli mahupun pimpinan, agar sama-sama dapat menjayakan pembawaan pada sesi ini disamping mengukuhkan kebersamaaan di antara kita. Jazakumullah khairal jaza'.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Setiausaha
Ucaptama Yang Dipertua
BKASM sesi 2019/2020


#Bersamabersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah