Rabu, November 13, 2019





[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA '19 ]

10 NOVEMBER 2019, AHAD, KAHERAH - Majlis Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 telah diadakan  bertempat di Dewan Masjid Tantawi, Hayyu Sabi'.Objektif Ucaptama Yang Dipertua '19 adalah untuk memperkenalkan barisan pimpinan dan pembawaan BKASM sesi 2019/2020 kepada ahli BKASM, membuka peluang kepada ahli untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap pembawaan BKASM sesi kali ini serta mengeratkan ukhuwah Islamiah sesama ahli BKASM.

Majlis telah bermula selepas Asar dengan pengisian Muhadharah Ammah daripada Syeikh Al-Khusyu'i bertajuk “Pengamalan Sunnah di Akhir Zaman”. Majlis Perasmian Ucaptama Yang Dipertua '19 telah bermula sejurus sahaja selesai solat Maghrib. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar selaku pengarah Ucaptama Yang Dipertua '19, seterusnya ucapan perasmian daripada Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli, Yang Dipertua BKASM sesi 2019/2020. Turut diadakan pelancaran Kempen MaanNanjah dan Unit Biah Solehah yang disempurnakan oleh Yang Dipertua.

Ucaptama Yang Dipertua telah dimulakan dengan sesi pengenalan barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2019/2020. Seterusnya, Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli telah membentangkan pembawaan BKASM pada sesi kali ini. Selepas itu, majlis diteruskan pula dengan perbahasan dan cadangan daripada ahli mengenai pembawaan BKASM pada sesi ini. Majlis diteruskan lagi dengan Resolusi Ucaptama sebagai hasil daripada perbahasan ahli BKASM dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Yang Dipertua BKASM.

Pembawaan BKASM sesi 2019/2020 :

1. Kecemerlangan Akademik Tanggungjawab Bersama.
2. Tarbiah Diperkasa Sahsiah Terpelihara.
3. Kukuh Kebajikan Teguh Kesatuan.
4. Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi.

Resolusi Ucaptama Yang Dipertua '19 :

1. Bersama bersatu merealisasikan usul dan pembawaan BKASM pada sesi kali ini.
2. Bersama mempertahankan BKASM dengan menjayakan slogan “Setia Bersama Ukhuwah”.
3. Berusaha memantapkan kecemerlangan akademik dengan menjayakan slogan “MaanNanjah”.

Moga-moga, Ucaptama Yang Dipertua ’19 dapat memberi kefahaman kepada ahli mahupun pimpinan, agar sama-sama dapat menjayakan pembawaan pada sesi ini disamping mengukuhkan kebersamaaan di antara kita. Jazakumullah khairal jaza'.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Setiausaha
Ucaptama Yang Dipertua
BKASM sesi 2019/2020


#Bersamabersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan