Jumaat, Disember 06, 2019

[ KUNJUNG HORMAT AJKT BKASM SESI 2019/2020 BERSAMA MENTERI PENASIHAT (PENDIDIKAN) / PENGARAH EDUCATION MALAYSIA EGYPT ]

[ KUNJUNG HORMAT AJKT BKASM SESI 2019/2020 BERSAMA MENTERI PENASIHAT (PENDIDIKAN) / PENGARAH EDUCATION MALAYSIA EGYPT ]

4 DISEMBER, RABU, KAHERAH - Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Menteri Penasihat (Pendidikan) / Pengarah Education Malaysia Egypt (EME), En. Aizal bin Anual yang bertempat di Bilik Mesyuarat Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.

Kunjung Hormat ini sebagai satu medium bagi memperkenalkan pimpinan BKASM sesi baru dengan EME disamping berkongsi pendapat dan idea dalam mengukuhkan agenda kebajikan di peringkat BKASM. Sesi taaruf pimpinan dan pengenalan BKASM telah diketuai oleh Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli selaku Yang Dipertua BKASM sesi 2019/2020.

Kunjung Hormat ini juga merupakan salah satu usaha BKASM dalam mengukuhkan hubungan baik dengan EME khususnya berkaitan hal ehwal pelajar, pendidikan dan kebajikan mahasiswa di Mesir. Beberapa amanat dan nasihat telah disampaikan oleh En. Aizal bin Anual kepada BKASM dalam pertemuan ini.

Semoga dengan pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara peringkat BKASM dan Education Malaysia Egypt (EME) dalam meneruskan kebajikan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Selangor di pelembahan Nil seterusnya mendapat keredaan daripada Allah SWT.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Jabatan Setiausaha Agung
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Ahad, Disember 01, 2019


[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat mementingkan unsur-unsur pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah. Penerapan unsur tarbiah juga merupakan satu keperluan bagi melahirkan generasi Islam yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan jasmani.

Sempena imtihan fasa satu yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 6 Disember 2019.

Semoga kita dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat memanfaatkan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selari dengan sabda Rasullullah SAW yang mengingatkan kita tentang masa lapang yang sering dilupakan oleh manusia :

"Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang."
(Riwayat Bukhari)

Oleh kerana itu, marilah sama-sama kita menjaga kesihatan dan masa lapang kita melalui perkara-perkara yang bermanfaat.

Akhir kata, semoga kita bersama-sama dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini dan sekaligus merealisasikan slogan "Maan Nanjah".


"Tarbiah Diperkasa Sahsiah Terpelihara"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Mohamad Akmal bin Sohar
Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah