Khamis, Oktober 08, 2020

[ MINDA SISWA | SIRI 7 : MENELADANI TARBIAH RASULULLAH SAW KEPADA PARA SAHABAT ]


 

[ MINDA SISWA | SIRI 7 ]


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


MENELADANI TARBIAH RASULULLAH SAW KEPADA PARA SAHABAT 


Firman Allah SWT :


الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ 


Maksudnya : "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan."

(Surah At-Taubah : ayat 20)


Di dalam Kitab Tafsir Jalalain menerangkan bahawa orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah SWT dengan harta dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya iaitu kududukannya di sisi Allah SWT daripada orang yang selain mereka dan itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan.


Sirah Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan Islam menjadi tauladan yang dapat kita jadikan tamsilan, bahawa tarbiah dan keimanan yang kukuh mampu meninggalkan harta benda semata-mata untuk menyebarkan Islam ke serata pelusuk dunia.


Dengan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh para sahabat adalah sebuah kejayaan hasil tarbiah daripada Rasulullah SAW. Mereka memanifestasikan keimanan dengan membelanjakan harta dan menyerahkan jiwa mereka semata-mata untuk menyebarkan Islam. Maka, melalui tarbiah inilah lahirnya para sahabat seperti Abu Bakar RA, Umar Al-Khattab RA, Uthman bin Affan RA, Ali bin Abi Talib RA dan ramai lagi para sahabat yang kita ketahui akan pengorbanan mereka dalam menginfakkan harta dan jiwa mereka untuk Islam.


Pentingnya tarbiah dalam diri kita adalah supaya dapat membentuk diri kita dalam memberi peranan dan melaksanakan tanggunggjawab sebagai seorang muslim yang baik. Jika kita mengabaikan tarbiah yang telah dianjurkan oleh Islam, maka dengan mudah kita akan hanyut oleh perkara-perkara yang tidak baik bahkan mungkin perkara yang tiada beza sama sekali dengan perbuatan orang kafir.


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Surah Al-Anfal : 2)


Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menerangkan tentang ciri-ciri orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT. Ganjaran untuk orang yang benar-benar beriman amatlah besar di sisi Maha Pencipta. Maka, kita sebagai hamba yang bercita-cita tinggi mestilah sentiasa berusaha untuk mencapai tahap iman yang sempurna agar Allah SWT memberi nikmat yang serba indah itu kepada kita. Ketahuilah bahawa untuk mencapai suatu tahap apabila disebut nama Allah SWT akan bergetar hati itu adalah sesuatu yang sukar tetapi ia hanya sekadar sukar dan  bukannya mustahil. Hal ini menjadi sukar kerana ianya memerlukan usaha yang gigih dan berterusan, ia juga bukanlah perkara yang boleh dibuat sambil lewa. Bukti betapa sayangnya Allah SWT pada hamba-Nya, Allah SWT telah mendatangkan beberapa panduan untuk kita ikut agar terus berjaya menempuh onak duri ujian-Nya. Namun, kita sahaja yang sering alpa dengan nikmat dunia. Tarbiahlah diri mengikut telunjuk agama agar terus berjaya di dunia dan di akhirat.


Seorang mujahid agama, Syeikh Mustafa Masyhur pernah menyebut yang bermaksud : "Tarbiah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiah."


Oleh itu, kita perlulah bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah SWT untuk berada di medan tarbiah. Suatu medan yang kita harapkan untuk membina kefahaman dan keyakinan terhadap Islam yang merupakan anugerah Allah SWT yang terbesar di dalam diri kita sejak azali lagi.



"Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh : 

Ustaz Mohamad Syamil Akmal bin Zakaria

Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan 

BKASM sesi 2019/2020



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM

Sabtu, Oktober 03, 2020

[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ]

 


[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ]


28 SEPTEMBER 2020, ISNIN, SHAH ALAM – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengadakan satu kunjung hormat bersama  Tuan Haji Saipolyazan bin Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor di  Pejabat Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 


Pertemuan ini telah diketuai oleh Ustaz Aiman Syahmi bin Azhari, Bendahari Kehormat BKASM sesi 2019/2020 bersama beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM. Pertemuan ini turut  dihadiri oleh Dr. Hjh. Adibah binti Abdul Wahab, Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf dan beberapa ahli jawatankuasa Lembaga Zakat Selangor.


Pertemuan ini dimulakan dengan sesi taaruf di antara wakil BKASM dan ahli Lembaga Zakat yang turut hadir. Seterusnya, pengenalan ringkas mengenai Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM).


Tujuan Kunjung Hormat ini diadakan bagi memperkenalkan dan menjalinkan hubungan baik antara BKASM dengan Lembaga Zakat Selangor. Selain itu, ia juga sebagai medium meminta pendapat dan nasihat dalam penambahbaikan untuk persatuan BKASM di bumi Mesir.


Di akhir pertemuan, Tuan Haji Saipolyazan bin Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor menyatakan ucapan terima kasih dan berbesar hati dengan pertemuan yang diadakan. Peringkat BKASM telah bertukar cenderahati dengan peringkat LZS sebagai tanda peringatan dan penghargaan atas pertemuan yang telah dilaksanakan. 


Pihak BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil ahli Lembaga Zakat Selangor yang bersama-sama dalam pertemuan ini. Semoga hubungan rasmi ini dapat diteruskan lagi bagi menjamin kelangsungan BKASM dan Lembaga Zakat Selangor dalam memastikan anak-anak Selangor terus diberikan kebajikan. Semoga Lembaga Zakat Selangor terus dikurniakan rahmat dan keredaan Allah SWT dalam memberi kebajikan dan bantuan kepada seluruh masyarakat Selangor.



“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan“



Disediakan oleh :

Jabatan Setiausaha Agung (JASA)

BKASM sesi 2019/2020



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM

Isnin, September 14, 2020

[ ZIARAH MAHABBAH BKASM BERSAMA TIMBALAN MUFTI SELANGOR ]


 

[ ZIARAH MAHABBAH BKASM BERSAMA TIMBALAN MUFTI SELANGOR ]

 

10 SEPTEMBER 2020, KHAMIS, SHAH ALAM - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 yang diwakili oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Ziarah Mahabbah bersama Sahibus Samahah Dato’ Dr Haji Anhar bin Haji Opir, Timbalan Mufti Selangor bertempat di Pejabat Jabatan Mufti Negeri Selangor, Tingkat 7, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

 

Ziarah Mahabbah ini telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, selaku Timbalan Setiausaha Agung I BKASM sesi 2019/2020 bersama beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM. Ziarah Mahabbah ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan BKASM bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor di samping meminta nasihat tentang cabaran masa kini di negeri Selangor sebagai persediaan mahasiswa khususnya.

 

Beberapa nasihat dan pesanan yang telah dikongsikan oleh SS. Dato’ Timbalan Mufti Selangor :


1. Dunia kepimpinan sebenarnya mengajar kita melatih ketahanan diri dan bersama membimbing rakan-rakan ke arah kebenaran.

2. Ilmu merupakan aspek penting dalam mendepani sesebuah pertembungan dan masalah.

3. Mahasiswa perlu kreatif mengambil peluang untuk mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan.

4. Keperluan individu dalam mengukuhkan pegangan akidah bagi menangkis ajaran sesat dan ideologi yang salah.

5. Mahasiswa perlu berinteraksi dengan suasana realiti dan fleksibel dalam kelangsungan sesebuah gerak kerja.

6. Mahasiswa perlu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan manfaatkan segala ilmu yang diperoleh kepada masyarakat.

 

Ziarah Mahabbah ini diakhiri dengan penyerahan cenderahati daripada peringkat BKASM kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor.  Pihak Jabatan Mufti juga telah menghadiahkan beberapa buah buku keluaran Jabatan Mufti Negeri Selangor kepada BKASM sebagai rujukan dan sebuah plak sebagai kenangan bagi aktiviti Ziarah Mahabbah yang telah diadakan.

 

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Timbalan Mufti Selangor atas kesudian menerima Ziarah Mahabbah ini. Semoga hubungan di antara BKASM dan Jabatan Mufti Negeri Selangor terus terjalin kukuh dan agama Islam di negeri Selangor terus diperkasakan Insya-Allah.



"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh :

Jabatan Setiausaha Agung (JASA)

BKASM sesi 2019/2020



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM


Isnin, September 07, 2020

[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI | FASA KETIGA ]

 [ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI | FASA KETIGA ]

22 MEI - 5 SEPTEMBER 2020, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan bekalan makanan asasi kepada semua anak Selangor di Mesir berikutan penularan wabak COVID-19 ini. 

Alhamdulillah, edaran fasa ketiga kali ini berjalan dengan lancar dengan diwakili oleh setiap wakil rumah sewa ikhwah mahupun akhawat yang masih lagi berada di Mesir. Edaran ini juga melibatkan kawasan sekitar Walidain, Gamek, Bawabat, Sabiek dan juga Darrasah bermula dari tarikh 22 Mei sehingga 5 September 2020. Turut terlibat bersama Ustaz Muhamad Ariff bin Noorzali, Warden Asrama Rumah Selangor dan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKASM dalam aktiviti edaran tersebut. 

Firman Allah SWT : 

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ.

Maksudnya : "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah : ayat 2)

Alhamdulillah, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan khususnya Pejabat Atase Pendidikan Selangor, bagi memastikan kebajikan anak-anak Selangor di Mesir sentiasa terjaga dalam berhadapan dengan wabak COVID-19 ini. Semoga segala kebaikan dibalas oleh Allah SWT.

Semoga dengan bantuan ini dapat membantu meringankan sedikit sebanyak beban semua anak Selangor dalam memastikan bekalan makanan asasi mencukupi sepanjang tempoh ini. 

Akhirnya, kita semua diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri di samping berdoa semoga Allah SWT mengangkat wabak ini daripada kita semua Insya-Allah.


“Kukuh Kebajikan Teguh Kesatuan”

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Jabatan Setiausaha Agung (JASA) BKASM sesi 2019/2020 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55tahunBKASM

Isnin, Ogos 31, 2020

[ WACANA KEMERDEKAAN : ADAKAH KITA SUDAH MERDEKA? ]




[ WACANA KEMERDEKAAN : ADAKAH KITA SUDAH MERDEKA? ]

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, tahun ini Malaysia telah mencapai usia 63 tahun kemerdekaan. Dalam memaknai erti kemerdekaan sebenar kita perlu menelusuri latar belakang sejarah yang pernah dilalui oleh generasi terdahulu sebagai gambaran identiti yang ada dalam diri kita.

Langit sejarah menyaksikan bahawa Islam telah sekian lama bertapak di Tanah Melayu. Dalam beberapa siri versi sejarah, mendakwa bahawasanya Islam telahpun singgah seawal di zaman Saidina Uthman RA. Ketika zaman Saidina Uthman RA, ekspedisi dakwah dihantar sehingga ke China. Tidak ada laluan laut lain melainkan perlu merentasi Selat Melaka. Begitu juga di dalam catatan sejarah yang lain, Islam telah berdiri secara berkerajaan seawal tahun 1300 masihi.

Dalam sejarah kejatuhan Islam, kita juga perlu menyedari bahawasanya bangsa melayu pernah memegang obor, jati diri dan pemerintahan Islam yang menggantikan kejatuhan Abbasiyah buat sementara waktu akibat daripada pelanggaran Monggol dan Tatar menyerang kerajaan-kerajaan Islam. Dan akhirnya, Abbasiyah jatuh pada pengakhiran tahun 1200 masihi.
Pada awal tahun 1300 masihi, telah dijumpai batu bersurat Terengganu yang mendakwa bahawasanya undang-undang muamalat telah dilaksanakan di Tanah Melayu dan dari situlah barat menyedari potensi Islam yang ada pada bangsa Melayu.

Setelah Barat berjaya keluar dari zaman gelap, mereka mensasarkan beberapa lokasi yang strategik untuk meranapkan sendi kekuatan umat Islam di seluruh dunia. Maka barat memulakan ekspedisi penjajahan ke atas Andalus. Jatuhnya Andalus pada tahun 1489. Andalus merupakan bumi pertama umat Islam yang berjaya dijatuhkan oleh barat. Kira-kira 20 tahun selepas itu, barat mensasarkan Melaka sebagai mangsa seterusnya. Dalam perkiraan masa antara tahun 1489 sehingga tahun 1511 adalah merupakan tempoh yang cukup singkat bagi kejatuhan kerajaan Melaka. Agenda yang tersusun ini akhirnya berjaya menjatuhkan kuasa besar Islam di timur mahupun di barat.

Dalam tempoh hampir 500 tahun, pelbagai usaha menghancurkan akidah umat Islam di Tanah Melayu telah dilaksanakan oleh penjajah. Siri penjajahan ini telah dimulakan oleh Portugis yang mewakili kuasa barat kemudian digantikan oleh Belanda dan akhir sekali British. Walaupun kita telah dijajah dalam tempoh masa yang lama, barat tetap tidak berjaya memurtadkan umat Islam di Tanah Melayu. Buktinya, umat Islam masih lagi berpegang dengan ajaran Islam walaupun terdapat segelintir penganut Islam yang memahami Islam dalam keadaan lemah dan jahil. Hal ini berbeza dengan umat Islam di Andalus, mereka telah berjaya dimurtadkan dalam siri-siri penjajahan barat. Justeru itu, dari bacaan sejarah telah kita dapati bahawa agenda utama setiap penjajahan adalah untuk menghancurkan Islam.

Kajian barat mengatakan bahawa orang melayu Islam merupakan bangsa yang suka berhibur dan jahil; tidak faham bahasa arab, tidak faham al-Quran, tidak faham bacaan-bacaan doa dan tidak faham bacaan-bacaan ibadah di dalam bahasa arab tetapi mereka masih lagi berpegang dan menganut Islam. Perkara ini sangat menghairankan para pengkaji Barat terhadap umat Islam di Tanah Melayu. Bukan sekadar itu, mereka turut mengatakan bahawasanya orang melayu Islam ini telah menggabungkan identiti antara agama dan bangsa mereka. Dengan penggabungan antara identiti Islam dan Melayu inilah yang menjadi benteng kepada akidah umat Islam di Tanah Melayu. Ini merupakan beberapa gambaran betapa kita orang Melayu Islam menjadi sasaran penjajahan barat dalam tempoh ratusan tahun kerana menganggap kita menganut agama Islam dalam keadaan tidak berapa  faham dan tidak berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar tetapi masih lagi sayang dengan ajaran-ajaran Islam.

Setelah kita mencapai kemerdekaan yang terakhir melalui British, penjajahan tidak lagi berlangsung secara fizikal tetapi diteruskan dengan penjajahan pemikiran terhadap umat Islam sehingga hari ini. Barat berusaha menjalankan perancangan Ghazwatul Fikri (Perang Pemikiran) yang merupakan bentuk penjajahan moden. Justeru itu, mereka mendoktrin umat Islam dalam konteks umat Islam berbangsa Melayu supaya menganut ideologi-ideologi yang diwariskan oleh mereka. Maka, lahirlah golongan Melayu Islam tetapi berpegang dengan ideologi sekularisme dan liberalisme seakan-akan mengulangi hasil yang telah dicapai oleh barat apabila mereka berjaya memunculkan golongan Kristian Protestan yang melakukan protes terhadap beberapa ajaran kristian itu sendiri.

Di dalam konteks penjajahan pemikiran, tidak dinafikan dampak daripada penjajahan tersebut akan melahirkan umat Islam yang tidak bersetuju terhadap beberapa perkara dalam ajaran Islam sedangkan mereka itu beragama Islam. Ini merupakan petanda bahawasanya minda kita masih lagi terjajah. Golongan ini membawa pemikiran, budaya dan segala doktrin bagi memastikan umat Islam meninggalkan ajaran Islam sebagai jalan penyelesaian kehidupan. Oleh yang demikian, pada hari ini kita tidak boleh merasa selesa kononnya kita telah bebas daripada penjajahan bersenjata sedangkan penjajahan pemikiran terus giat dilaksanakan bagi melahirkan umat Islam yang berpegang dengan ideologi-ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam. 
Lantas lahirlah senario yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW : 

" سيأتي على الناس زمان لا يبقى فيه من الإسلام إلا اسمه ولا من القرآن إلا رسمه " (رواه البيهقي)

Maksudnya : Daripada Saidina Ali bin Abi Talib berkata, telah bersabda Rasulullah SAW : "Akan datang kepada manusia satu zaman Islam hanya tinggal pada nama. Al-Quran hanya tinggal pada tulisan". 

Justeru itu, marilah kita menyelusuri kembali definisi kemerdekaan yang diungkapkan oleh seorang sahabat besar yang terlibat dalam pembebasan Kota Parsi ketika zaman Saidina Umar al-Khattab RA. Definisi kemerdekaan yang disebutkan oleh Rabi ibn 'Amir : 

" نحن قوم ابتعثنا اللّه لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة اللّه، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام " 

Maksudnya : "Kami adalah kaum yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menyelamatkan sesiapa sahaja. Membebaskan manusia dari mengabdikan diri selain kepada Allah supaya insaf kembali mengabdikan diri kepada Allah sebagai satu-satunya Tuhan. Dari menjadikan wawasan dunia yang sempit sebagai misi utama kembali kepada menjadikan wawasan akhirat sebagai misi yang kekal. Dari berpegang dengan ajaran yang dicipta oleh manusia yang pasti mendatangkan penyelewengan dan kezaliman kembali kepada agama Islam yang cukup adil ". 

Inilah roh kemerdekaan yang dibawa oleh para sahabat radiallahu 'anhum ajma'in apabila mereka memerdekakan masyarakat Rom dan Parsi. Mereka mahu mengembalikan manusia supaya kembali kepada ajaran fitrah iaitu ajaran Islam.

Dalam keadaan kita menyambut kemerdekaan, semestinya kuasa yang ada perlu kita pertahankan sebaiknya sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj, ayat 41 :

ٱلَّذِینَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡا۟ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ

Maksudnya : "Golongan yang diberikan kekuasaan oleh Allah di muka bumi (setelah mereka dijajah dan ditindas). (Ciri orang berkuasa yang direstui oleh Allah) hendaklah mendirikan solat (menjaga hubungan dengan Allah), menunaikan zakat (menjaga hubungan sesama manusia). (Negara yang merdeka) bebas untuk menyeru kebaikan seterusnya mencegah kemungkaran (tanpa apa-apa sekatan)".  
(Surah Al-Hajj : 41)

Maka, itu merupakan ukuran kemerdekaan yang telah digariskan oleh al-Quran dan budaya Islam yang telah digambarkan oleh para sahabat. Justeru itu, marilah sama-sama kita bersyukur dengan nikmat kemerdekaan. Sesungguhnya kita merupakan golongan yang pernah dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam. Menjadi salah sebuah kuasa Islam yang menggantikan Kerajaan Abbasiyah buat sementara waktu. Kitalah golongan utama yang menjadi sasaran kedua barat selepas Andalus. Dan kita jugalah golongan yang paling lama dijajah oleh barat tetapi mereka gagal memurtadkan kita secara total. Namun, perang dan ancaman pemikiran masih lagi berbaki bagi mengancam akidah kita sehingga ke hari ini.

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita memerdekakan diri  daripada pemikiran-pemikiran barat dan budaya-budaya songsang serta bebas daripada jati diri yang diacu oleh penjajah dan golongan yang memusuhi Islam.

Disediakan oleh :
Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli
(Yang Dipertua BKASM sesi 2019/2020)


"Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Unit Penerbitan dan Publisiti
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2019/2020

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
#JubliZamrud55TahunBKASM


Jumaat, Ogos 28, 2020

[ HARI INI DALAM SEJARAH : BKASM MEMBANTU DALAM PROSES EVAKUASI 2013 ]


[ HARI INI DALAM SEJARAH : BKASM MEMBANTU DALAM PROSES EVAKUASI 2013 ]

28 OGOS 2013, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah diamanahkan untuk membantu dalam menguruskan proses Evakuasi Sukarela Rakyat Malaysia 2013 (Ops Piramid II), khususnya bagi mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Mesir.

Tanggal 28 Ogos pada tahun 2013 telah berakhirnya proses evakuasi yang telah berjalan bermula pada 20 Ogos 2013. Kepercayaan ini diberikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Selangor pada waktu itu, Ustaz Mohd Farid bin Zainal.

Pusat pengumpulan pelajar adalah di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir. Seramai hampir 300 mahasiswa dan mahasiswi berjaya diuruskan dan dihantar pulang ke Malaysia. 

BKASM terlibat secara langsung dalam menguruskan bekalan makanan, pengemaskinian data, dan pengawalan keselamatan. BKASM juga membantu dalam menguruskan tiket kapal terbang serta pengangkutan pelajar ke lapangan terbang.

Selain membantu pegawai atase menubuhkan Bilik Gerakan Evakuasi peringkat negeri Selangor, beberapa orang pimpinan BKASM juga turut membantu menggerakkan Bilik Operasi Menyelamat Mesir (BOMM) yang dikendalikan oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bagi menyambut kepulangan pelajar di KLIA (Kuala Lumpur International Airport).

Semoga kesatuan ini terus utuh dalam menjaga kebajikan anak-anak Selangor di bumi Mesir dan dipelihara daripada sebarang bentuk perpecahan Insya-Allah.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
#JubliZamrud55TahunBKASM

Ahad, Ogos 23, 2020

[ ZIARAH MAHABBAH BKASM BERSAMA PERTUBUHAN IKATAN LEPASAN MAHASISWA MALAYSIA MESIR (ILMAM) CAWANGAN SELANGOR ]

 


[ ZIARAH MAHABBAH BKASM BERSAMA PERTUBUHAN IKATAN LEPASAN MAHASISWA MALAYSIA MESIR (ILMAM) CAWANGAN SELANGOR ]

17 OGOS 2020, ISNIN, SHAH ALAM- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Ziarah Mahabbah bersama Ustaz Mohd Farid bin Mohd Zainal,  Pengerusi ILMAM Cawangan Selangor dan beberapa orang ahli jawatankuasa ILMAM bertempat di Pusat Pentadbiran ILMAM Cawangan Selangor, Shah Alam, Selangor. 

Ziarah Mahabbah ini telah disertai oleh Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, Timbalan Setiausaha Agung I BKASM sesi 2019/2020, Ustaz Aiman Syahmi bin Azhari, Bendahari Kehormat BKASM sesi 2019/2020, dan wakil AJKT BKASM. Peringkat ILMAM Cawangan Selangor telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pimpinan BKASM yang sudi hadir ke Pusat Pentadbiran ILMAM Cawangan Selangor. 

Ziarah Mahabbah ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan ILMAM Cawangan Selangor. Selain itu, peringkat BKASM juga telah bertukar pendapat dan cadangan dengan peringkat ILMAM Cawangan Selangor berkaitan isu yang berbangkit demi kebaikan bersama.

Akhirnya, peringkat BKASM merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ILMAM Cawangan Selangor di atas kesudian menerima Ziarah Mahabbah ini. Semoga hubungan di antara BKASM dan ILMAM Cawangan Selangor terus terjalin erat Insya-Allah.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Jabatan Setiausaha Agung (JASA)
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
#JubliZamrud55TahunBKASM

Jumaat, Ogos 14, 2020

SAIEDHA '20 : MEMAKNAI ERTI PENGORBANAN


[ SAEIDHA '20 : MEMAKNAI ERTI PENGORBANAN ]

26 JULAI 2020
- 3 OGOS 2020, KAHERAH : Telah berlangsung Program Sambutan Eidul Adha 2020 (SAEIDHA '20) yang telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020. Program Aidiladha yang telah dijalankan pada kali ini bertemakan "Sirah Dihayati Pengorbanan Diteladani" dan membawakan tiga dasar objektif utama iaitu tentang thaqafah, ukhuwah dan tadhiyyah yang diterapkan melalui aktiviti yang diadakan. 

Pada 26 Julai 2020 telah bermula SAEIDHA '20 dengan aktiviti Tazkirah subuh Khas Aidiladha bertajuk "Dua Saudara : Apakah Ibrah Disebaliknya?" yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Danial Affiq bin Mohamad Zuraidi, Ketua Lajnah Kebajikan BKASM sesi 2019/2020 merangkap Pengarah Sambutan Eidul Adha 2020. Tazkirah secara 'Live Streaming' ini telah bermula pada jam 5.00 pagi waktu Mesir. 

Pada 31 Julai 2020, iaitu hari raya pertama, program diteruskan dengan aktiviti 'Penyampaian Khas : Khutbah Raya' yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2019/2020 setelah selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha berjemaah di rumah masing-masing. Selepas itu, diadakan aktiviti Ziarah Online melalui aplikasi Zoom Cloud Meeting yang dikendalikan oleh Unit Pengisian dan Aktiviti Saeidha '20 yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli BKASM samada yang berada di Mesir mahupun di Malaysia. Pada sebelah petang pula, diadakan aktiviti merewang untuk jamuan yang melibatkan beberapa orang ahli BKASM di Komuniti Rumah Sewa (KORUS). 

Program diteruskan pada hari raya kedua bersamaan 1 Ogos 2020 dengan aktiviti Gotong-Royong Sembelihan dan Melapah Haiwan Korban pada sebelah pagi. Anggaran seramai 40 orang ahli BKASM telah terlibat secara langsung pada aktiviti ini. Gotong-royong persiapan tempat melapah dan menimbang serta taklimat pembahagian tugas telah diadakan pada jam 5.30 pagi. Seramai 13 orang ahli termasuk Yang Dipertua BKASM dan beberapa wakil AJKT BKASM telah hadir ke tempat penyembelihan sebagai wakil menyembelih dan menguruskan haiwan korban disana. Tambahan, turut hadir Ustaz Mohd. Yasser bin Abdul Ghani, Pegawai Atase Pendidikan Selangor dalam membantu di tempat penyembelihan. Pada program kali ini, peringkat program telah menetapkan kuota haiwan korban sebanyak 10 ekor kambing dan seekor lembu sahaja berikutan situasi sekarang (COVID-19) demi menjaga kebajikan ahli yang terlibat. Kemudian haiwan korban yang telah disembelih dihantar ke asrama Selangor untuk urusan melapah, menimbang dan memasak untuk jamuan. Aktiviti agihan daging korban dan jamuan telah bermula pada jam 6.00 petang dan telah diagihkan kepada wakil rumah yang masih berada di Mesir. Aktiviti agihan ini melibatkan beberapa Komuniti Rumah Sewa (KORUS) daripada 22 rumah akhawat dan 27 rumah ikhwah di sekitar kawasan Hayyu Asyir, Hayyu Sabiek, Darasah, Abasiah dan Rabaah.

Program SAEIDHA '20 telah diakhiri dengan Tazkirah Khas Aidiladha bertajuk "Hakikat Pengorbanan" yang disampaikan oleh Ustazah Nur Naeem binti Mohd Bakir, Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2019/2020 yang menghuraikan dan menceritakan beberapa kisah pengorbanan para nabi dan rasul. 

Semoga dengan penganjuran Program Sambutan Eidul Adha 2020 (SAEIDHA '20) pada tahun ini, ia menjadi salah satu wasilah untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan memupuk ukhuwah Islamiah sesama ahli dengan lebih erat di samping dapat sama-sama menambah thaqafah dengan lebih mendalam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Atase Pendidikan Selangor yang sudi bekerjasama dan menyumbang seekor lembu serta membantu kewangan program SAEIDHA '20 serta kepada semua barisan Adhoc Sambutan Eidul Adha 2020 juga seluruh ahli BKASM yang menjayakan program pada kali ini samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati Allah dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.


"Sirah Dihayati Pengorbanan Diteladani"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Setiausaha
SAEIDHA '20
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
#JubliZamrud55TahunBKASM

Rabu, Julai 08, 2020



[ MINDA SISWA | SIRI 6 ]

📍KITA ADALAH DAIE

Firman Allah SWT :

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ.

Maksudnya : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah SWT, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri."
(Surah Fussilat : ayat 33)

Ayat al-Quran ini seharusnya menjadi motivasi kepada setiap yang membaca agar sentiasa mengerjakan amal soleh. Allah SWT memberitahu bahawa berdakwah dengan menyeru manusia kepada-Nya dan Islam itu merupakan sebaik-baik urusan bahkan menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk dilaksanakan. Apa yang dikatakan dengan dakwah itu adalah :

• Memimpin manusia mengenali Allah SWT.
• Menunjukkan manusia kepada jalan kebenaran dan kebaikan.
• Mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan.

Tidak cukup bagi seseorang itu beramal untuk dirinya sahaja tanpa mempedulikan orang lain, maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mengajak ahli keluarga, sahabat-sahabat dan manusia sekeliling memahami dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar agar syariat Allah SWT dapat ditegakkan di atas muka bumi ini.

Setiap muslim perlu sedar bahawa tugasan dakwah ini adalah tugas yang mulia sebagaimana pernah dilakukan oleh para Rasul dan umat terdahulu. Oleh itu, kita perlu menjadi mata rantai yang menyambung tugas dakwah ini, mengajak manusia  kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Allah SWT berfirman :

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ...

Maksudnya : "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..."
(Surah Al-Imran : ayat 110)

📍CABARAN MASA KINI

Mutakhir ini, kita dapat lihat antara masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita adalah ingin mengurangkan atau mengambil sebahagian sahaja daripada kewajipan-kewajipan Islam dengan mengatakan “Kami inginkan Islam, tetapi Islam tanpa jihad, tanpa hudud dan sebagainya. Perkara ini menyedarkan kita bahawa kita hidup di zaman yang mana Islam diserang dari segenap aspek. Serangan yang semakin giat dilakukan oleh musuh Islam pada masa kini adalah serangan pemikiran. Terlalu banyak ideologi-ideologi yang cuba diterapkan dalam diri umat Islam seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme, feminisme dan sebagainya. Semua ini adalah percubaan untuk mengikis kefahaman Islam yang sebenar daripada pemikiran masyarakat Islam.

Perlu diingatkan, agama Islam ini tertegak bukan atas dasar persepsi atau logik akal semata, akan tetapi tertegakknya Islam atas dasar hujah dan nas yang utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita perlu faham Islam seperti apa yang Allah SWT kehendaki, bukan mengikut apa yang kita kehendaki. Perjuangan Islam ini adalah bermatlamat untuk menegakkan ubudiyah kepada Allah SWT dan menolak taghut sepenuhnya. Oleh itu, kita hendaklah berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah, kerana hanya dengan dua perkara ini sahaja yang dapat menyelamatkan fikrah kita daripada menyeleweng. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :

تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ.

Maksudnya : "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya".
[HR Imam Malik]

📍BEKALAN PARA DAIE

Menyedari akan beratnya amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini, maka para pendakwah perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai bekalan agar dakwah yang dilakukan mampu memberi kesan kepada hati bagi setiap orang yang mendengar, sekaligus ianya menjadi sumber kekuatan dalam diri saat berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian. Sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Thaqafah Ad-da'iyah karangan Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, antara senjata penting yang perlu ada oleh sesorang pendakwah itu adalah :

1) Bekalan iman
2) Bekalan akhlak
3) Bekalan ilmu

Ketiga-tiga bekalan ini mestilah dimantapkan dalam diri pendakwah bagi menatijahkan kekuatan jiwa, keberkesanan dan konsistennya pendakwah di atas jalan dakwah.

Konklusinya, tiada dakwah kecuali dengan perjuangan, dan tiada perjuangan kecuali dengan pengorbanan. Setiap perjuangan itu memerlukan keteguhan hati tanpa mengenal erti lemah, mengimani dan berpegang teguh terhadap prinsip sebuah perjuangan agar dapat memelihara diri daripada tipu daya dan permainan musuh-musuh Islam. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada kita dalam menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran, serta diberi ilmu dan kefahaman dalam menjalankan setiap apa yang diperintahkan oleh-Nya. Akhir kalam, "Tegakkan Islam dalam dirimu, maka Islam akan tertegak di bumi kamu."
- Imam Hassan al-Banna.


"Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Ustazah Noorhayatie binti Misran
Timbalan Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
#JubliZamrud55TahunBKASM

Rabu, Julai 01, 2020

[ MINDA SISWA | SIRI 5 : HIKMAH DI SEBALIK UJIAN WABAK PANDEMIK COVID-19 ]


[ MINDA SISWA | SIRI 5 ]

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN WABAK PANDEMIK COVID-19

Firman Allah SWT :

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٞ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ.

Maksudnya : "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Surah Al-Baqarah : ayat 156)

Sebagai manusia kita semua tidak akan luput daripada ujian yang kecil mahupun besar. Namun, sebagai manusia yang waras akal fikirannya, kita mestilah mencari hikmah di setiap ujian yang menimpa kita.

Kini, dunia kita dilanda satu wabak yang baru dan sangat mencabar bagi kita untuk menghadapinya iaitu wabak COVID-19. Jadi, cara yang terbaik adalah dengan bersabar dan menerimanya dengan hati yang ikhlas.

Antara hikmah di sebalik ujian yang melanda dunia sekarang adalah Allah SWT ingin meningkatkan darjat dan keimanan kita sebagai hamba-Nya. Ada orang apabila ditimpa masalah, mereka semakin jauh dengan Allah SWT. Ada pula orang yang apabila datangnya ujian, dia akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah SWT. Oleh itu, hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta.

Justeru, hakikat ujian yang menimpa diri kita ini adalah kerana sayangnya Allah SWT kepada kita semua. Allah SWT menurunkan sedikit ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menghadapinya. Sekiranya kita bersyukur, maka Allah SWT akan hapuskan segala dosa-dosa kita semua dan sebaliknya.

Tidak lain dan tidak bukan adalah supaya kita tidak terus hanyut dengan maksiat dan dosa. Amat malang bagi kita sekiranya kita dibiarkan oleh Allah SWT begitu sahaja kerana sudah pasti kita akan mati dalam keadaan yang kufur, Na'uzubillahi min zalik.

Begitulah hebatnya Allah SWT mendidik jiwa hamba-Nya. Di sebalik ujian, dugaan dan musibah itu tersembunyi pelbagai hikmah dan rahmat yang besar. Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.


"Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Muhammad Naqib bin Azhar
Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
#JubliZamrud55TahunBKASM

Ahad, Jun 07, 2020



[ IHTIRAM DAN SYAWAL '20 | MADRASAH RAMADAN DIHAYATI KEMENANGAN SYAWAL DIRAI ]

23 APRIL - 24 MEI 2020,  KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 telah berjaya mengadakan dua program mega iaitu Ihya' Tarbawi Ramadan 2020 (IHTIRAM) DAN SYAWAL '20.

IHTIRAM DAN SYAWAL '20 yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu, telah menyusun beberapa aktiviti berfokuskan peningkatan tarbiah, ukhuwah dan thaqafah ahli. Kelainan Ramadan pada tahun ini disambut dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kediaman masing-masing atas faktor COVID-19. Peringkat IHTIRAM DAN SYAWAL '20 menyusun program sebaiknya supaya ahli-ahli BKASM terus menumpukan pencapaian akademik tanpa mengabaikan kelebihan Ramadan sebagai madrasah tarbiah melalui penyertaan program-program 'online' yang telah disusun.

Antara program-program IHTIRAM DAN SYAWAL '20 yang berjaya dilaksanakan ialah Solat Sunat Tarawih, 'caption' ilmiah Ramadan, tadarus dan tadabur al-Quran.

Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama unit dan lajnah dalam BKASM antaranya Tazkirah Subuh Khas Ramadan, Tazkirah Dhuha dan Majalah Itqan Ramadan. Ketiga-tiga aktiviti ini dijayakan dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM. Manakala Mutabaah Amal telah berjaya dijalankan dengan kerjasama Unit Biah Solehah. Kesemua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada ahli sekalipun dalam suasana wabak COVID-19.

Pada 23 Mei 2020, Majlis Perutusan Aidilfitri Yang Dipertua BKASM sesi 2019/2020 telah berjaya diadakan. Perutusan Aidilfitri telah disampaikan oleh Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli melalui 'Live Streaming'.

Program SYAWAL '20 dimulakan dengan program takbir Hari Raya dan Solat Sunat Aidilfitri di kediaman masing-masing. Wakil setiap rumah juga telah membacakan khutbah khas Hari Raya yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Antara program menarik yang diadakan dalam program SYAWAL '20 ini ialah menjalinkan ukhuwah dan bermaaf-maafan bersama ahli di rumah masing-masing melalui medium alam maya. Aktiviti rewang raya juga dilakukan bersama ahli rumah di kediaman masing-masing sesuai dengan musim COVID-19 yang melanda pada tahun ini. Aktiviti di sambung pada tengah hari dengan 'Talkshow' : "Apakah Yang Akan Kita Peroleh Selepas Ramadan?" yang disampaikan oleh Ustaz Hussaini bin Hussain, Pengerusi Anggota Badan Penasihat KPIPM.

Majlis Penutupan SYAWAL' 20 telah disempurnakan oleh seluruh Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2019/2020 di media didahului dengan ucapan penghargaan kepada seluruh barisan penggerak program IHTIRAM DAN SYAWAL '20 dan semua ahli BKASM yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan ukhuwah dan kebersamaan ahli BKASM. Di samping itu ahli juga dapat meningkatkan tarbiah dan thaqafah di dalam diri dengan menghadiri program-program yang dianjurkan.


"Madrasah Ramadan Dihayati Kemenangan Syawal Dirai"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Setiausaha,
IHTIRAM dan SYAWAL '20,
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Ahad, Mei 17, 2020

[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI ]



[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI ]

19 APRIL-13 MEI 2020, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan bekalan makanan asasi kepada semua anak Selangor di Mesir yang telah terputus bekalan berikutan penularan wabak COVID-19 ini.

Alhamdulillah, edaran fasa kedua telah dijalankan oleh beberapa orang wakil bagi setiap kawasan pada  19, 29 April dan 13 Mei 2020. Turut terlibat bersama Ustaz Mohd. Yasser bin Abdul Ghani, Pegawai Atase Pendidikan Selangor serta Ustaz Muhamad Ariff bin Noorzali, Warden Asrama Rumah Selangor dan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKASM dalam aktiviti edaran tersebut.

Firman Allah SWT :

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ.

Maksudnya : "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan permusuhan."
(Surah al-Maidah : ayat 2)

Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan bagi memastikan kebajikan anak-anak Selangor di Mesir sentiasa terjaga khususnya kepada Pejabat Atase Pendidikan Selangor ketika berhadapan dengan wabak COVID-19 ini. Semoga segala jasa dan kebaikan dibalas oleh Allah SWT.

Semoga dengan bantuan ini dapat membantu dan meringankan sedikit sebanyak beban semua anak Selangor dalam memastikan bekalan makanan asasi mencukupi sepanjang tempoh ini.

Akhirnya, kita semua disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri di samping berdoa semoga Allah SWT mengangkat wabak ini daripada kita semua Insya-Allah.


“Kukuh Kebajikan Teguh Kesatuan”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Jabatan Setiausaha Agung (JASA) BKASM sesi 2019/2020 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Rabu, April 29, 2020

[ MINDA SISWA | SIRI 4 : CINTA DAN PEMBUKTIAN IMAN ]


[ MINDA SISWA | SIRI 4 ]

CINTA DAN PEMBUKTIAN IMAN

Belakangan ini tersebar di media sosial sebuah klip video tentang peribadi Ummul Mukminin Saidatina Aisyah RA. Lagu berdurasi lebih kurang 3 minit itu berjaya menarik minat ramai dalam kalangan kita, buktinya klip video tersebut mendapat carta ‘trending’ dalam tempoh yang singkat dan ribuan pendengar yang berkongsi video tersebut di laman sosial masing-masing. Tidak kurang juga komentar-komentar yang menyatakan kecintaan dan keterujaan mereka pada lagu tersebut.

Persoalannya, adakah sekadar itu nilai cinta kita? Sekadar di dalam alunan lagu..

Ketokohan Saidatina Aisyah RA

Puteri Abu Bakar As-Siddiq RA adalah antara tokoh utama dalam perjalanan dakwah Islam khususnya dari sudut ilmu. Beliau terlibat secara langsung dalam perkembangan ilmu pengajian Islam terutamanya dalam bidang tafsir, hadis dan fikah. Hasilnya, ilmu tersebut menjadi rujukan utama dalam mendapatkan solusi bagi permasalahan di sepanjang zaman. Imam ‘Atho’ bin Abi Rabah berkata : “Aisyah RA adalah di antara manusia yang paling faqih, paling alim dan memiliki pandangan yang terbaik.”

Sungguh, terlalu banyak pedoman dan tauladan yang wajib kita amati daripada sosok Ummul Mukminin ini, bacalah dan kenalilah!

Ibarat cinta Ahli Kitab

Seringkali kita dipesan bahawa rasa cinta hadir dengan tanggungjawab. Kecintaan yang diekspresikan melalui alunan bait lagu atau puisi adalah masih jauh dari tahap sempurna sehinggalah dibuktikan dengan amal dan tindakan.

Jangan jadi seperti ahli kitab, mereka mahir berkaitan biografi dan ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam diri Rasulullah SAW tetapi enggan mengikuti ajaran Nabi SAW. Para sahabat RA yang mendahului kita telah memberi contoh terbaik dalam membuktikan kejujuran cinta dan kasih mereka kepada Baginda SAW. Peperangan demi peperangan, kesakitan demi kesakitan. Semuanya diredah dengan penuh kesabaran dan keimanan, kerana cinta mereka bukan hanya sekadar gimik.

Wahai yang beriman, hentikan angan-angan.. buktikan iman!

Antara penyakit kronik yang menimpa umat akhir zaman ialah panjang angan-angan. Mereka angan-angan untuk bertemu Nabi SAW dengan membiarkan pedoman al-Quran berlalu pergi. Berubahlah walau dengan merangkak.

Jadikan ungkapan sayang kita kepada Nabi SAW dan ahli keluarganya sepadan dengan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Hadis.

Nabi SAW bersabda : “Aku sangat bahagia sekiranya bertemu dengan ikhwan (saudara-saudara) ku.” Para sahabat bertanya “Bukankah kami adalah ikhwanmu?” Nabi SAW  menjawab, “Kalian adalah sahabat-sahabatku, akan tetapi ikhwanku adalah golongan yang beriman sungguh denganku, dan mereka tidak sempat bertemuku.” [Riwayat Ahmad]

Jadikan Ramadan titik perubahan

Ramadan hadiah buat setiap hamba. Ia memberi nafas baru kepada pendosa dan bekalan 'senjata' buat pendakwah, itulah antara pembuktian cinta Allah SWT kepada sekalian makhluknya.

Pesan Baginda SAW : "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala (reda Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” [Riwayat Bukhari]

Moga Ramadan kali ini disambut dengan iman yang benar pada Allah SWT. Buktikan cinta kita dengan amal!


"Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Ustazah A’isyah binti Wahidan
(Timbalan Yang Dipertua II BKASM sesi 2019/2020)


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Khamis, April 16, 2020

[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI ]


[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI ]

7 APRIL-12 APRIL 2020, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan bekalan makanan asasi kepada semua anak Selangor di Mesir yang telah terputus bekalan berikutan penularan wabak COVID-19 ini.

Alhamdulillah, edaran fasa pertama telah dijalankan oleh wakil bagi setiap kawasan pada 7, 9 dan 12 April 2020. Turut terlibat bersama Ustaz Mohd. Yasser Bin Abdul Ghani, Pegawai Atase Pendidikan Selangor serta Ustaz Muhamad Ariff bin Noorzali, Warden Asrama Rumah Selangor dan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKASM dalam aktiviti edaran tersebut.

Bantuan ini ialah berbentuk bekalan makanan asasi seperti beras, air mineral, tepung, gula, garam, minyak, spageti, makaroni dan sabun. Edaran bantuan ini telah dijalankan secara berfasa di beberapa kawasan sekitar cawangan Kaherah seperti Hayyu Asyir, Hayyu Sabiek, Darrasah dan Shoubra. Insya-Allah edaran bantuan bencana ini akan diteruskan lagi pada fasa yang berikutnya.

Firman Allah SWT :

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ.

Maksudnya : "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan permusuhan."
(Surah al-Maidah : ayat 2)

Alhamdulillah, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyalurkan sumbangan bagi memastikan kebajikan anak-anak Selangor di Mesir sentiasa terjaga khususnya kepada Pejabat Atase Pendidikan Selangor ketika berhadapan dengan wabak COVID-19 ini. Semoga segala jasa dan kebaikan dibalas oleh Allah SWT.

Semoga dengan bantuan ini dapat membantu dan meringankan sedikit sebanyak beban semua anak Selangor dalam memastikan bekalan makanan asasi mencukupi sepanjang tempoh ini.

Akhirnya, kita semua disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri di samping berdoa semoga Allah SWT mengangkat wabak ini daripada kita semua Insya-Allah.


“Kukuh Kebajikan Teguh Kesatuan”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Jabatan Setiausaha Agung (JASA) BKASM sesi 2019/2020 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Khamis, April 09, 2020

[ MINDA SISWA | SIRI 3 : MANIFESTASI SIRAH NABI NUH AS DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM ]



[ MINDA SISWA ]

MANIFESTASI SIRAH NABI NUH AS DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

Lembaran-lembaran sirah perjuangan Nabi Nuh AS bukanlah satu kisah dongengan. Bahkan ia adalah satu sirah yang sarat dengan ibrah serta panduan kehidupan manusia pada harini.

Pengalaman Pahit Getir Nabi Nuh AS

Firman Allah SWT :

قَالَ نُوحٌ رَبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِي وَاتَّبَعُوا مَنْ لَمْ يَزِدْهُ مَالُهُ وَوَلَدُهُ إِلَّا خَسَارًا (٢١) وَمَكَرُوا مَكْرًا كُبَّارًا (٢٢) وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (٢٣) وَقَدْ أَضَلُّوا كَثِيرًا وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا ضَلَالًا (٢٤).

Maksudnya : Nuh berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Dan melakukan tipu daya yang amat besar." Dan mereka berkata, "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa', yagus, ya'uq dan nasr." Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan.
(Surah Nuh : ayat 21-24)

Pengalaman yang dihadapi oleh Nabi Nuh AS mendedahkan satu gambaran tentang jiwa manusia yang degil, sesat serta angkuh dalam menerima kebenaran, walaupun segala bukti yang mengilhamkan keimanan telah terbentang dihadapan mereka.

Namun begitu Nabi Nuh AS terus menyampaikan peringatan dan amaran tanpa tergagap dan teragak-agak. Tiada kekeliruan dan kesamaran dalam dakwahnya. Pelaksanaan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT dijalankan dengan penuh tenang dan teratur.

Hakikat Kesatuan Akidah

Firman Allah SWT :

قَالَ يَٰنُوحُ إِنَّهُۥ لَيۡسَ مِنۡ أَهۡلِكَۖ إِنَّهُۥ عَمَلٌ غَيۡرُ صَٰلِحٖۖ فَلَا تَسۡـَٔلۡنِ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۖ إِنِّيٓ أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ ٱلۡجَٰهِلِينَ.

Maksudnya : "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil."
(Surah Hud : ayat 46)

Babak-babak dalam kisah perjuangan dakwah Nabi Nuh AS telah membuktikan bahawa hakikat kesatuan akidah mempunyai akar umbi yang kukuh berbanding ikatan keturunan. Biarpun  Nabi Nuh AS seorang Nabi, namun keimanan dan seruan dalam mentauhidkan Allah SWT tidak disahut oleh isteri dan anaknya. Bahkan mereka adalah golongan yang menentang dakwah Nabi Nuh AS.

Oleh yang demikian, usaha menanam hakikat kesatuan akidah dalam jiwa kaum muslimin adalah penting untuk menyedarkan mereka terhadap hakikat dakwah dan peranan seorang muslim dalam menegakkan sistem hidup Islam.

Optimis Dalam Penyebaran Dakwah

Sikap optimis dalam menyampaikan kebenaran tidak akan menyebabkan seorang pendakwah berpeluk tubuh saat diancam dan dikecam. Walaupun tribulasi yang dihadapi adalah besar, sehinggakan mengancam nyawa atau menghilangkan harta, pangkat dan keluarga.

Firman Allah SWT :

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوۡتُهُمۡ لِتَغۡفِرَ لَهُمۡ جَعَلُوٓاْ أَصَٰبِعَهُمۡ فِيٓ ءَاذَانِهِمۡ وَٱسۡتَغۡشَوۡاْ ثِيَابَهُمۡ وَأَصَرُّواْ وَٱسۡتَكۡبَرُواْ ٱسۡتِكۡبَارٗا.

Maksudnya : "Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau."
(Surah Nuh : ayat 7)

Satu gambaran yang dinyatakan dalam al-Quran mengenai kegigihan Nabi Nuh AS dalam menyampaikan dakwah kepada kaumnya serta gambaran kedegilan kaumnya dalam mempertahankan kesesatan. Tindak balas kaum Nabi Nuh AS saat seruan dakwah sampai ke telinga mereka adalah dengan menyumbatkan jari-jari mereka ke dalam telinga atau berselubung dalam pakaian mereka tidak mematahkan semangat Baginda. Nabi Nuh AS tetap cekal menyampaikan dakwah dan mengambil kesempatan yang terluang dalam merangsang keimanan mereka kepada mentauhidkan Allah SWT.

Kesimpulannya, sering kali pendakwah menemui jalan buntu dalam perjalanan dakwah mereka atau menyimpang dari matlamat dakwah yang sebenar. Tekunilah serta teladanilah perjalanan dakwah para Rasul dan juga para Nabi, kerana merekalah golongan yang berpengalaman dalam perjalanan dakwah di muka bumi ini. Sirah perjuangan yang gemilang ini, adalah bekalan kita untuk terus berjalan di jalan Allah SWT biarpun pelbagai rintangan yang terpaksa  dihadapi.


"Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Ustazah Nurul Nasuha binti Ahmad Shahril Akmar
(Timbalan Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM sesi 2019/2020)


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Rabu, Mac 04, 2020







[ BENGKEL TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN ]

27 FEBRUARI 2020, KHAMIS, KAHERAH  – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2019/2020 di bawah Lajnah Pendidikan telah mengadakan Bengkel Teknik Menghafaz al-Quran yang bertempat di Masjid Syarbini, Hayyu Asyir. 

Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bagi membantu ahli-ahli BKASM dalam menghafaz dan mengulang al-Quran. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada ahli mengenai teknik menghafaz al-Quran yang berkesan.

Bengkel bermula pada jam 6.30 malam. Bengkel ini disampaikan oleh Ustaz Muhd Bazli bin Zakaria, Fasilitator BKAWM sesi 2019/2020. Pengisi membentangkan pengisian bengkel dengan baik dan bersahaja untuk menarik minat peserta.
Setiap peserta memberikan fokus dan penelitian pada setiap pengisian yang diberikan. Antara yang dibincangkan adalah kaedah menghafaz al-Quran untuk kekal lama, tips muraja'ah al-Quran, petua khusus penjagaan al-Quran, tips mumtaz subjek al-Quran dan masalah serta punca lupa hafazan lama dan lain-lain lagi. Bengkel ini berakhir pada jam 9.30 malam.

Seterusnya, program diteruskan dengan Pelancaran Team Huffaz BKASM yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli. Penyerahan watikah diserahkan kepada Ketua Team Huffaz BKASM, Ustaz Muhammad Aiman bin Saedin. 

Harapan daripada pihak penganjur melalui bengkel dan pelancaran yang dijalankan ini dapat menyuntik semangat ahli dalam menghafaz al-Quran. Melalui itu, ia dapat meningkatkan prestasi akademik ahli dalam subjek al-Quran.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada seluruh ahli BKASM ikhwah mahupun akhawat walaupun diadakan di luar. Semoga Allah terus menjaga kesatuan Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASM) Insya-Allah.


"Kecemerlangan Akademik Tanggungjawab Bersama"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Setiausaha
Lajnah Pendidikan
BKASM sesi 2019/2020


#MaanNanjah
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah





Isnin, Mac 02, 2020

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2



[ MINDA SISWA ]

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام ؟

  أنّه من المعلوم بأّن النبيّ ﷺ بعثته كان لإيصال رسالة الإسلام المحتوى بمنهج الحياة الشاملة لكل جوانبها. وأنّ النبيّ ﷺ قام ببيان هذا المنهج قوليا فعليا وسلوكيا. فالسيرة النبويّة تحكي لنا ببيان واضح بأنّ هذا المنهج الشامل حمله النبيّ ﷺ في حياته اليوميّة كما وردت أمّ المؤمنين السيّدة عائشة بأنّ أخلاق النبيّ ﷺ هو القرآن

  فالسيرة النبوية تشمل على شمائل النبيّ ﷺ وحياته وغزواته وحركته للدعوة وتربيّته للأمة المسلمة وبنائه للدولة الإسلاميّة وتنفيذ سياسة الشرعيّة وما إلى ذلك من المتعلّقات بمسيرة النبيّ الكريم. وسارت الدعوة على المجال العمل الإسلامي؛ فرديّة جماعيّة واجتماعيّة

  وللأسف الشديد كثير منا لم يهتم بالسيرة النبويّة. إن السيرة النبوية ليست مجرّد القراءة، وإنما هي بالفعل. نحن نفتخر بما فعله النبيّ ولكن نترك ما فعله النبيّ. من المؤسف جدا أنّنا نفتخر بعزة القدماء ولكن لم نحاول في بناء جيل السارين على منهج النبيّ المجاهدين لإعلاء كلمة الله. هل السيرة النبوية للقراءة قبل النوم أو التعليم فحسب؟ أشد الندامة وجد منا لم يقرئها. فالحقيقة إنّها تربيّة للأمة في إيجاد الجيل القويّ لقيام الدولة الإسلامية

  إذن فعلينا المسلمين أن نسير على نهج النبوّة وضمنا الدارسين بالعلوم الدينيّة باتباعه في كل ما قام به. كما قال الله ﷻ في كتابه العزيز  

 لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (الأحزاب : ٢١)

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ  وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيم 
(آل عمران : ٣١)

   آيتان سمعناهما منذ زمن، تلاهما أساتذنا في دراسة السيرة النبوية

   ولقد فسّر ابن كثير الآية الأولى بأنّ هذه الآية الكريمة هي أصل كبير في التأسّي برسول الله ﷺ.فالتأسّي هو الاقتداء أي فعل الشخص مثل ما فعله شخص آخر لوثوقه به وقيام الدليل عنده على سداده وحمكته. وجاءت الآية الثانية أكّدت بما جاء في ( الأحزاب )، حيث قال بأن الاتباع والتأسّي بحبيب الله المصطفى هو التعبير الصادق عن الحبّ لله ﷻ. فالحبّ لا يتحقّق بالكلام بحتة لكون اللسان قد يكذب. إذن فمن باب الأولى أن نقرأ السيرة النبوية ونستفيد منها ونطبّق ما فيها لتحقيق حبّنا له وتربيّة جيلنا بهذا المنهج المقدّس ولتحقيق "خير الأمة"

  عن أبي نجيح العرباض بن سارية رضي الله عنه قال: وَعَظَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا بَعْدَ صَلاَةِ الغَدَاةِ مَوْعِظَةً بَلِيغَةً، ذَرَفَتْ مِنْهَا العُيُونُ، وَوَجِلَتْ مِنْهَا القُلُوبُ، فَقَالَ رَجُلٌ: ( إِنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا -يَا رَسُولَ اللهِ-؟ قَالَ: أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ، فَإِنَّهَا ضَلاَلَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ، فَعَلَيْهِ بِسُنَّتِي، وَسُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ) رواه أبو داود والترمذي

  فبناء على الدلائل الواردة والوعي لإصلاح الأمة، هيّا بنا نعتبر من السيرة النبويّة الشريفة ونسفيد منها لنربي أنفسنا بتربية الإسلامية وإصلاح مجتمعنا استعدادا لقيام الدولة الإسلامية. عسى الله يرحمنا ويجعلنا من الذين شفعه النبيّ يوم القيامة إن شاء الله

المصادر والمراجع

١ – القرآن الكريم
٢- تفسير اين كثير تقريب وتهذيب ، عماد الدين أبو الفدا اسماعيل بن عمر البصري الدمشقي ابن كثير القرشي ، تحقيق دوكتور صلاح عبد الفتاح الخالدي ، عمان ، دار الفاروق ، ٢٠٠٧
٣ – السيرة النبويّة تربية أمة وبناء دولة ، صالح أحمد شامي ، المكتب الإسلامي ، ٢٠٠٢


"Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Ustaz Muhamad Haziq bin Muhamad Ismail
Kuliah Bahasa Arab


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Jumaat, Februari 21, 2020

[ MINDA SISWA | SIRI 1 : TARBIAH AQLIAH, BAGAIMANA MENGHADAPI SERANGAN PEMIKIRAN ]


[ MINDA SISWA ]

TARBIAH AQLIAH, BAGAIMANA MENGHADAPI SERANGAN PEMIKIRAN

Firman Allah SWT yang bermaksud :
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam), dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat."
(Surah Al-Baqarah : ayat 138)

Definisi tarbiah secara umum adalah mengasuh, mendidik, membimbing jati diri dan masyarakat selari dengan kefahaman aqidah, akhlak, syariat menurut Islam.  Ia bertujuan menatijahkan kefahaman Islam yang sempurna dan suci tanpa bercampur dengan unsur-unsur yang menyesatkan.

Tarbiah terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya termasuklah Tarbiah Aqliah yang bertujuan mendidik akal supaya berfikir secara waras mengikut acuan Islam yang sebenar. Ancaman  pemikiran terlalu banyak cabangnya, sehingga sesorang individu itu tidak sedar bahawa dia sedang menghidap penyakit pemikiran yang kritikal. Antara serangan pemikiran adalah melalui ideologi barat yang cuba menyeleweng dan merobek agama Islam. Pelbagai tohmahan dan syubhat ditimbulkan untuk menggoncang pegangan umat Islam.

Dari Abu Sa'id RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Kalian pasti akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga seandainya mereka manempuh (masuk) ke dalam lubang biawak kalian pasti akan mengikutinya." Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang baginda maksud Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)."
(HR Bukhari)

Maka Allah mendidik kita bagaimana untuk menggunakan akal dengan baik. Kita lihat beberapa uslub di dalam al-Quran seperti “Tidakkah kamu berakal? Tidakkah kamu mahu berfikir?” Ini semua mengajar kita berfikir tentang kebesaranNya, kekuasaanNya dan kebenaran tentang agama yang diturunkan. Oleh itu, akal ini perlu dipersiapkan dengan gagasan ilmu yang konkrit dan pembudayaan ilmu yang syumul. Proses ini menghasilkan kefahaman Islam yang sebenar dan mengajar akal mengurus ancaman pemikiran mengikut neraca Islam. Justeru itu, kita perlu mengenal bentuk serangan ideologi barat dengan baik dan mesti tahu apa solusi Islam terhadap perkara tersebut.

Kesimpulannya akal kita semestinya ditarbiah dan dididik dengn baik, dipersiapkan dengan gagasan ilmu dalam menghadapi ancaman pemikiran era zaman fitnah ini. Perlu memahami konsep tarbiah yang  syumul yang merangkumi semua aspek. Umat islam juga tidak perlu untuk  mensekularkan konsep tarbiah itu sendiri, agar diri dicelup sempurna dengan tarbiah islam yang sebenar. Keberhasilan sesuatu tarbiah ialah dapat melahirkan individu yang memiliki 10 muwasaffat tarbiah.


"Mahasiswa Berkualiti Penerus Legasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Muhammad Hazim bin Sabli
Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Sabtu, Februari 15, 2020

[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ]


[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR ]

6 FEBRUARI 2020, KHAMIS, SHAH ALAM - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Encik Mohd Jaafar bin Komari, Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Bahagian Pendidikan Islam JAIS yang bertempat di Bilik Mesyuarat Tengku Ibrahim Shah, Tingkat 2, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Kunjung Hormat ini telah disertai oleh Ustaz Muhammad Zulkhairi bin Dzulhasnan, Timbalan Yang Dipertua I BKASM sesi 2019/2020, Ustaz Nabil Rusyaidi bin Ramli, Penasihat BKASM sesi 2019/2020 dan beberapa orang wakil ahli BKASM. Peringkat Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan BPI JAIS telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pimpinan dan ahli BKASM yang sudi hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor.

Kunjung hormat diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Selain itu peringkat BKASM juga telah memperkenalkan BKASM sebagai Kesatuan Anak Selangor di bumi Mesir dan juga barisan pimpinan pada sesi ini. Tidak dilupakan peringkat BKASM juga telah bertukar pendapat dan cadangan dengan peringkat JAIS berkaitan isu yang berbangkit demi kebaikan bersama.

Akhirnya, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor di atas kesudian menerima kunjung hormat ini. Semoga hubungan di antara BKASM dan Jabatan Agama Islam Selangor terus terjalin erat Insya-Allah.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :
Jabatan Setiausaha Agung (JASA)
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

[ HARI INI DALAM SEJARAH : BKASM MEMBANTU DALAM PROSES EVAKUASI 2011 ]


[ HARI INI DALAM SEJARAH : BKASM MEMBANTU DALAM PROSES EVAKUASI 2011 ]

15 FEBRUARI, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bersama Pejabat Hal Ehwal Pelajar membantu dalam proses Evakuasi penghantaran pulang ke Malaysia dan pergi semula ke Mesir (OPS PIRAMID) pada 15 Februari 2011 yang merupakan penerbangan terakhir dari Kaherah.

BKASM telah berjaya mengumpulkan lebih 1,300 orang mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Mesir untuk dihantar pulang ke Malaysia semasa berlaku revolusi besar di Mesir.

BKASM bersama ILMAM mengambil peranan besar dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor di Malaysia bagi membantu mengesan, mengumpul data dan menjayakan program SPIES Kerajaan Selangor setelah anak-anak Selangor dihantar pulang ke Malaysia.

Semoga kesatuan ini terus utuh dalam menjaga kebajikan anak-anak Selangor di bumi Mesir dan dipelihara daripada sebarang bentuk perpecahan Insya-Allah.

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Khamis, Februari 13, 2020

[ BAZAR WARISAN TAAKHI 2020 (WEHDAH '20) : MEMPERKASAKAN UKHUWAH, MENGIMPLEMENTASIKAN EKONOMI ISLAM ]


[ BAZAR WARISAN TAAKHI 2020 (WEHDAH '20) : MEMPERKASAKAN UKHUWAH, MENGIMPLEMENTASIKAN EKONOMI ISLAM ]


Pada 28 Januari hingga 4 Februari 2020, telah berlangsung dengan jayanya Program Bazar Warisan Taakhi 2020 (WEHDAH '20) anjuran bersama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) dan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2019/2020 dengan kerjasama Atase Pendidikan Pahang Kaherah Mesir.

Program yang berlangsung selama 8 hari ini padat dengan aktiviti yang menarik serta bermanfaat.

Pada 28 Januari 2020, Program Bazar Warisan Taakhi (WEHDAH '20) telah dimulakan dengan program ambang yang dinamakan sebagai "Simposium Muamalat Islam" selama 3 hari. Terdapat lima slot khas berfokuskan tentang muamalat dalam Islam yang telah disampaikan oleh pengisi-pengisi yang cukup hebat. Pada ambang hari pertama 28 Januari 2020 dan hari kedua 29 Januari 2020 telah berlangsung keempat-empat slot daripada Dr Ahmad Muhammad Muhammad Abu Saadah (Pensyarah Kuliah Syariah Islamiah, Al-Azhar), Ustaz Mohd Azrul bin Ismail (Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan), Ustaz Muhammad Izzuddin bin Zainalabidin (Ketua Unit Thaqafah BKASM sesi 2019/2020) dan Ustaz Mihammad Aimi Akmal bin Zaini (Fasilitator BKASM) bertempat di Wisma Pahang Baru Awal Sabiek.

Pada 31 Januari 2020, hari ketiga ambang bazar  (WEHDAH '20) telah diadakan slot yang kelima yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ilmam bin Ismail (Fasilitator KPKM) bertempat di Kompleks Indera Mahkota, Hayyu Asyir.

Pada 1 Februari 2020, pada jam 8.00 malam telah diadakan aktiviti mendirikan khemah. Aktiviti ini mengambil masa selama 6 jam dengan kerjasama yang padu dari seluruh ahli BKAN TAAKHI yang bertungkus-lumus untuk mendirikan khemah bagi menjayakan program (WEHDAH '20) pada keeseokan harinya.

Pada tanggal 2 Februari 2020, Bazar Warisan Taakhi (WEHDAH '20) telah membuka tirainya  pada jam 12.30 tengahari dengan jayanya. Pembukaan tapak niaga oleh para peniaga dan kehadiran para pengunjung telah memeriahkan program bazar ini. Antara aktiviti menarik sepanjang hari pertama adalah "Legacy Games" dan Majlis Perasmian yang dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Norazimi bin Khusaini selaku Pengarah (WEHDAH '20) diikuti ucapan daripada Ustaz Muhammad Audi bin Ismail selaku Yang Dipertua BKKIMM sesi 2019/2020. Seterusnya, diserikan lagi  dengan ucapan perasmian  daripada Ustaz Syed Muhammad Hazimuddin bin Syed Hamid, Penasihat BKMIP sesi 2019/2020.  Program diteruskan lagi dengan "Bicara At Tib : العقل السليم في الجسم السليم" yang disediakan khusus kepada semua pengunjung bazar (WEHDAH '20).

Pada 3 Februari 2020, bazar diteruskan seperti biasa. Program bazar ini diserikan lagi dengan kehadiran Encik Rafidi bin Zainol selaku Setiausaha Kedua Education Malaysia Egypt (EME) bersama isterinya. Antara aktiviti menarik pada hari tersebut ialah "Medical Check-Up" bersama wakil Perubatan Cawangan Al-Azhar (PCA) serta aktiviti "Menu Warisan" dan pertunjukan khat daripada wakil ahli BKSAM. Seterusnya, pada sebelah malam pula telah berlangsung aktiviti "Quizshow Wehdah : Setia Bersama Taakhi" yang disertai oleh ahli daripada ketiga-tiga BKAN TAAKHI Zon D iaitu Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP) dan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). Pada pengakhiran malam telah berlangsungnya slot "Bicarawara : Kalam Hikmah Bersama Murabbi" oleh Ustaz Mohd Aqil Mustaqim bin Mohd Fadzil (Ketua Unit HISBAH BKASM sesi 2019/2020) dan Ustaz Muhammad Aimi Akmal bin Zaini (Fasilitator BKASM) yang disampaikan dalam suasana yang santai sebagai penutup tirai pada malam tersebut.

Pada 4 Februari 2020, merupakan hari terakhir bagi program (WEHDAH '20). Bazar diteruskan dengan aktiviti "Dental Check-Up" bersama wakil Perubatan cawangan Al-Azhar (PCA). Turut  diadakan slot "Bicara Ilmuan" yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Akram bin Mamad, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dan Ustaz Zaidon bin Misron, Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP). Pada sebelah malam pula, acara diteruskan lagi dengan Majlis Penutupan (WEHDAH '20) yang dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Norazimi bin Khusaini selaku pengarah (WEHDAH' 20) dan diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Muhammad Zaidon bin Misron, Yang Dipertua BKMIP sesi 2019/2020 kemudian dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli, Yang Dipertua BKASM sesi 2019/2020 serta penyampaian hadiah bagi anugerah yang telah diadakan oleh pihak (WEHDAH '20). Sebelum berakhir, para pengunjung telah dipersembahkan dengan sedikit halwa telinga iaitu nasyid daripada kumpulan Sufy's Rhythm.

Dengan penganjuran Bazar Warisan Taakhi 2020 (WEHDAH '20) pada tahun ini moga-moga ia menjadi satu wasilah dalam memupuk ukhuwah Islamiah dan jalinan kasih sayang dalam kalangan mahasiswa di Perlembahan Nil ini khususnya di antara kalangan ahli BKAN TAAKHI sama ada yang lama ataupun baru seterusnya menjadikan BKAN sebagai wadah dalam menjaga kebajikan ahlinya di bumi Mesir ini.

Sekian, terima kasih.


"Memperkasakan Ukhuwah,
Mengimplementasikan Ekonomi Islam"
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Disediakan oleh :
Setiausaha
Bazar Warisan Taakhi 2020 (WEHDAH'20)


Anjuran bersama :
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)
Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang (BKMIP)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
dengan kerjasama Atase Pendidikan Pahang Kaherah Mesir


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#SetiaBersamaUkhuwah
#SetiaBersamaTaakhi

Selasa, Februari 11, 2020

HARI INI DALAM SEJARAH BKASM : SAMBUTAN JUBLI EMAS BKASM


HARI INI DALAM SEJARAH : SAMBUTAN JUBLI EMAS BKASM

11 FEBRUARI, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah ditubuhkan sejak tahun 1965 lagi. BKASM juga terus komited dalam menjaga kebajikan ahli dari pelbagai sudut.

Pada tahun 2016, BKASM telah berjaya mengadakan sambutan Jubli Emas BKASM yang bertemakan, "50 Tahun Memimpin Kesatuan".

Majlis perasmian telah disempurnakan di Dewan Solah Kamil, Hayyu Sadis. Pada awalnya, Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali dijadualkan untuk hadir ke Mesir bagi merasmikan sambutan ini. Namun, kunjungan beliau ke sini ditangguhkan.

Sambutan ini berjalan selama lapan hari bermula 8 hingga 16 Februari yang diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya, Dakwah Kontemporari siri ke-5 yang menampilkan pengisi-pengisi dari Malaysia, talkshow yang bertajuk "BKASM The Untold Story", RISE (Riadah Sukan Anak-anak Selangor), dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Semoga kesatuan ini terus utuh dalam menjaga kebajikan anak-anak Selangor di bumi Mesir dan dipelihara daripada sebarang bentuk perpecahan Insya-Allah.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Ahad, Februari 09, 2020

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]


[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2019/2020 sangat menitikberatkan agenda pendidikan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan daripada segi rohani dan sahsiah.

Sempena berakhirnya peperiksaan fasa satu, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2019/2020 menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 14 Februari 2020.

Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini.

Akhirnya, marilah kita renungi kata-kata Al-Imam Ghazali ini : "Beruntunglah barangsiapa yang suka saling menasihati antara satu sama lain kerana orang mukmin itu adalah cerminan bagi orang mukmin yang lain."

"Tarbiah Diperkasa Sahsiah Terpelihara"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Mohamad Akmal bin Sohar
Ketua Lajnah  Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Jumaat, Januari 31, 2020

[ TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH DALAM MENJAGA KEBAJIKAN AHLI ]


[ TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH DALAM MENJAGA KEBAJIKAN AHLI ]

4 JANUARI – 23 JANUARI 2020, KAHERAH : Lajnah Sambutan dan Rehlah  di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir pada sesi ini masih meneruskan penyediaan Tremco Imtihan bersempena dengan Peperiksaan Fasa Satu. Perkhidmatan Tremco Imtihan ini disediakan khusus buat seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.

Antara objektif perkhidmatan Tremco Imtihan ini disediakan adalah untuk memudahkan perjalanan ahli ke kuliah sepanjang musim peperiksaan dan mengeratkan lagi ukhuwah serta sikap cakna sesama ahli. Di samping itu, dapat memberi semangat kepada ahli untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini sekaligus merealisasikan pembawaan BKASM pada sesi kali ini iaitu ‘Kukuh Kebajikan Teguh Kesatuan’.

Perkhidmatan Tremco Imtihan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam ini telah berlangsung sebanyak dua sesi. Sesi pertama pada jam 7:30 pagi manakala sesi kedua pada jam 10:00 pagi yang bertempat sepenuhnya di Asrama Rumah Selangor Hayyu Asyir.

Alhamdulillah, berkat kerjasama dan toleransi semua pihak, Tremco Imtihan fasa satu kali ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada seluruh ahli BKASM. Justeru itu, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggerak Tremco Imtihan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakannya sepanjang musim peperiksaan.

Akhirnya, semoga perkhidmatan Tremco Imtihan ini dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang dan semoga peperiksaan pada tahun ini menatijahkan kejayaan kepada seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.


“Kukuh Kebajikan Teguh Kesatuan”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Lajnah Sambutan dan Rehlah
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah

Sabtu, Januari 25, 2020




HARI INI DALAM SEJARAH BKASM : PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN JAWATANKUASA RUMAH SELANGOR

25 Januari 1978, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) berjaya mendapatkan Asrama Selangor yang pertama, bertempat di Rabaah, Kaherah, Mesir.

Pada tahun 1978, satu perlembagaan telah disusun oleh Kerajaan Negeri melalui agensinya, Yayasan Selangor bagi menguruskan asrama yang baru ini. Termaktub dalam perlembagaan tersebut bahawasanya, "Jawatankuasa Rumah Selangor adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada ahli-ahli yang dipilih oleh Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dan memegang jawatan selama setahun melainkan jika dilantik semula".

Asrama Rabaah telah menjadi pusat pentadbiran BKASM yang pertama. Sepanjang BKASM beroperasi, urusan-urusan kepejabatan di antara BKASM dengan agensi-agensi luar telah dialamatkan di sini.

Semoga kesatuan ini terus utuh dalam menjaga kebajikan anak-anak Selangor di bumi Mesir dan dipelihara daripada sebarang bentuk anasir perpecahan Insya-Allah.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2019/2020


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah