Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

[ MINDA SISWA | SIRI 4 : CINTA DAN PEMBUKTIAN IMAN ]

Imej
[ MINDA SISWA | SIRI 4 ] CINTA DAN PEMBUKTIAN IMAN Belakangan ini tersebar di media sosial sebuah klip video tentang peribadi Ummul Mukminin Saidatina Aisyah RA. Lagu berdurasi lebih kurang 3 minit itu berjaya menarik minat ramai dalam kalangan kita, buktinya klip video tersebut mendapat carta ‘trending’ dalam tempoh yang singkat dan ribuan pendengar yang berkongsi video tersebut di laman sosial masing-masing. Tidak kurang juga komentar-komentar yang menyatakan kecintaan dan keterujaan mereka pada lagu tersebut. Persoalannya, adakah sekadar itu nilai cinta kita? Sekadar di dalam alunan lagu.. Ketokohan Saidatina Aisyah RA Puteri Abu Bakar As-Siddiq RA adalah antara tokoh utama dalam perjalanan dakwah Islam khususnya dari sudut ilmu. Beliau terlibat secara langsung dalam perkembangan ilmu pengajian Islam terutamanya dalam bidang tafsir, hadis dan fikah. Hasilnya, ilmu tersebut menjadi rujukan utama dalam mendapatkan solusi bagi permasalahan di sepanjang zaman. Imam ‘Atho

[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI ]

Imej
[ COVID-19 : BANTUAN BEKALAN MAKANAN ASASI ] 7 APRIL-12 APRIL 2020, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan bekalan makanan asasi kepada semua anak Selangor di Mesir yang telah terputus bekalan berikutan penularan wabak COVID-19 ini. Alhamdulillah, edaran fasa pertama telah dijalankan oleh wakil bagi setiap kawasan pada 7, 9 dan 12 April 2020. Turut terlibat bersama Ustaz Mohd. Yasser Bin Abdul Ghani, Pegawai Atase Pendidikan Selangor serta Ustaz Muhamad Ariff bin Noorzali, Warden Asrama Rumah Selangor dan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKASM dalam aktiviti edaran tersebut. Bantuan ini ialah berbentuk bekalan makanan asasi seperti beras, air mineral, tepung, gula, garam, minyak, spageti, makaroni dan sabun. Edaran bantuan ini telah dijalankan secara berfasa di beberapa kawasan sekitar cawangan Kaherah seperti Hayyu Asyir, Hayyu Sabiek, Darrasah dan Shoubra. Insya-

[ MINDA SISWA | SIRI 3 : MANIFESTASI SIRAH NABI NUH AS DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM ]

Imej
[ MINDA SISWA ] MANIFESTASI SIRAH NABI NUH AS DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM Lembaran-lembaran sirah perjuangan Nabi Nuh AS bukanlah satu kisah dongengan. Bahkan ia adalah satu sirah yang sarat dengan ibrah serta panduan kehidupan manusia pada harini. Pengalaman Pahit Getir Nabi Nuh AS Firman Allah SWT : قَالَ نُوحٌ رَبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِي وَاتَّبَعُوا مَنْ لَمْ يَزِدْهُ مَالُهُ وَوَلَدُهُ إِلَّا خَسَارًا (٢١) وَمَكَرُوا مَكْرًا كُبَّارًا (٢٢) وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (٢٣) وَقَدْ أَضَلُّوا كَثِيرًا وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا ضَلَالًا (٢٤). Maksudnya : Nuh berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Dan melakukan tipu daya yang amat besar." Dan mereka berkata, "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan