Sabtu, Ogos 28, 2021

[ LAPORAN BENGKEL KEMAHIRAN ADOBE PREMIERE PRO DAN PHOTOSHOP 2021 ]


 [ LAPORAN BENGKEL KEMAHIRAN ADOBE PREMIERE PRO DAN PHOTOSHOP 2021 ]


23-24 OGOS 2021, HAYYU ASYIR - Bengkel Kemahiran Adobe anjuran Unit Kelab LPP di bawah Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2020/2021 telah diadakan baru-baru ini bertujuan bagi melahirkan pelapis serta mengasah kemahiran ahli dalam bidang multimedia dan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli designer BKASM.


Program tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula jam 8.00 pagi - 3.00 petang bertempat di Musolla Darul Iman, Hayyu Asyir. Program tersebut telah dihadiri oleh 20 orang peserta ikhwah dan 20 orang peserta akhawat termasuk bilangan mentor dan penggerak yang turut hadir.


Bagi hari pertama, majlis dimulakan dengan taklimat program yang disampaikan oleh saudara Amirul Khairul Mohd Sajury selaku pengarah Bengkel Kemahiran Adobe 2021 dan diteruskan dengan pembentangan asas-asas Adobe Premiere Pro yang telah dibentangkan oleh saudara Muhammad Mustaqim Nur Iman, (Unit Pesat KPIPM sesi 2020/2021). Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah dibantu oleh mentor bagi memudahkan peserta dalam menguasai asas Adobe Premiere Pro dengan dibekalkan beberapa bahan daripada peringkat program.


Bagi hari kedua, program diteruskan dengan pembentangan berkaitan Adobe Photoshop yang dibentangkan oleh saudara Amir Muntasir bin Mad Zakuan (Ketua Unit Penerbitan dan Publisiti Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2020/2021). Peserta didedahkan dengan cara menghasilkan wallpaper yang lebih menarik dan diteruskan dengan tugasan daripada pengisi yang dibantu oleh mentor bagi menyelesaikan tugasan yang disediakan oleh peringkat program kepada peserta.


Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hazim bin Sabli selaku Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2020/2021.


Semoga dengan usaha ini dapat melahirkan pelapis tenaga mahir dalam bidang multimedia demi kelangsungan BKASM akan datang.



"Sederap Membentuk Generasi Ilmuwan"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh :


Setiausaha

Lajnah Penerangan dan Penerbitan

BKASM sesi 2020/2021


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Jumaat, Ogos 27, 2021

[ DAURAH FALAKIAH ALAMIAH AL-JAMIAH BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]



 [ DAURAH FALAKIAH ALAMIAH AL-JAMIAH BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]


24 OGOS 2021, KAHERAH: Sempena  bulan Falak Malaysia, telah berlangsung satu program khusus anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 iaitu Daurah Falakiah, yang bertajuk Mukaddimah Fi Ilmil Falak. Daurah Falakiah ini telah  berlangsung selama dua jam melalui platform aplikasi Webex khusus kepada ahli BKASM yang terlibat. 


Daurah ini dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, selaku wakil Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir. Majlis diteruskan lagi dengan perkongsian daripada pengisi jemputan iaitu Ustaz Hanafiah bin Abdul Razak berkenaan dengan pengenalan ilmu falak. 



Beberapa isi penting yang telah disampaikan oleh pengisi:


1- Sejarah ilmu falak dalam dunia Islam

2- Contoh ulama' dan cendekiawan Islam yang terlibat dalam ilmu falak

3- Senarai kitab turathi dan kontemporari berkenaan ilmu falak sebagai rujukan


Seterusnya, daurah diteruskan lagi dengan sesi soal jawab di antara pengisi dan peserta program. 


Daurah Falakiah ini diakhiri dengan  kalam tausiyah yang telah disampaikan oleh Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor Sahibus Samahah Dato' Dr Haji Anhar bin Opir dengan menyebut beberapa kepentingan dan tuntutan mempelajari ilmu Falak ini untuk memenuhi keperluan umat di Malaysia. 

Beliau juga berpesan untuk para peserta bersungguh-sungguh mempelajari ilmu tambahan tanpa meninggalkan silibus kuliah yang  utama. 


Program ini ditutup dengan pengisian maklum balas peserta program dan tuntutan E-Sijil Penyertaan melalui Google form. 


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) mengucapkan ribuan terima kasih atas hubungan dan kerjasama dua hala dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor. Semoga hubungan baik ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT dalam memastikan agenda kebajikan dan pembudayaan ilmu terlaksana sebaiknya dalam kalangan ahli BKASM dan dunia Islam. 



"Sederap Membentuk Generasi Ilmuwan"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Isnin, Ogos 02, 2021

[ SAEIDHA '21 | SINERGI TADHIYAH IMPLEMENTASI UKHUWAH ]


 [ SAEIDHA '21 | SINERGI TADHIYAH IMPLEMENTASI UKHUWAH ]


1 JULAI - 24 JULAI 2021, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Sambutan Eidul Adha 2021 (SAEIDHA '21).


SAEIDHA '21 yang berlangsung sepanjang bulan Zulhijjah yang lalu, telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada peningkatan tarbiah, ukhuwah dan thaqafah ahli. Tahun ini, program SAEIDHA '21 telah menyambut raya haji dalam suasana norma baharu. Peringkat SAEIDHA '21 telah menyusun aktiviti-aktiviti sebaiknya supaya semua ahli BKASM terus menumpukan pencapaian akademik tanpa mengabaikan kelebihan raya haji sebagai madrasah tarbiah dan thaqafah melalui penyertaan aktiviti-aktiviti maya yang telah disusun.


Antara aktiviti-aktiviti SAEIDHA '21 yang telah berjaya dijalankan ialah Tazkirah Subuh Khas Aidiladha, Daurah Fiqh Korban, Forum Ibadah Korban, Gotong-royong Korban dan Melapah dan lain-lain.


Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan dengan kerjasama unit dan lajnah dalam BKASM antaranya Tazkirah Subuh Khas Aidiladha, Daurah Fiqh Korban dan Forum Ibadah Korban. Semua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli sekalipun berhadapan dengan suasana norma baharu.


Pada 24 Julai 2021, Majlis Penutupan SAEIDHA '21 telah dimulakan dengan ucapan daripada ustaz Muhammad Naqib bin Azhar selaku Pengarah SAEIDHA '21. Kemudian majlis telah diteruskan dengan ucapan penutupan SAEIDHA '21 dan diiringi Perasmian Madrasah Habannakah yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar selaku Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021. Majlis ini telah dijalankan secara langsung di Facebook Media Penerangan BKASM dan telah mendapat sambutan yang hebat daripada ahli BKASM.


Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan tali ukhuwah dan meningkatkan lagi kebersamaan antara ahli BKASM. Di samping itu, ahli juga dapat meningkatkan tarbiah dan thaqafah dalam diri dengan menghadiri program-program yang dianjurkan.


"Sinergi Tadhiyah Implementasi Ukhuwah"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh:

Setiausaha (Unit Promosi)

Sambutan Eidul Adha 2021 (SAEIDHA '21)

BKASM sesi 2020/2021


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Selasa, Julai 27, 2021

[ TREMCO IMTIHAN : KEBAJIKAN AHLI YANG DITERUSKAN ]


 [ TREMCO IMTIHAN : KEBAJIKAN AHLI YANG DITERUSKAN ]


29 MEI - 29 JUN 2021, KAHERAH : Lajnah Sambutan dan Rehlah di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2020/2021 telah menyediakan perkhidmatan Tremco Imtihan  bersempena dengan peperiksaan fasa satu yang telah berakhir pada beberapa hari yang lalu. 


Antara objektif perkhidmatan Tremco Imtihan disediakan adalah untuk memudahkan perjalanan ahli ke kuliah sepanjang musim peperiksaan serta dapat memastikan ahli untuk sampai ke kuliah sebelum peperiksaan bermula. Seterusnya, perkhidmatan ini juga bertujuan mengeratkan ukhuwah sekaligus menyemai sikap cakna sesama ahli. 


Perkhidmatan Tremco Imtihan juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjayakan pembawaan BKASM pada sesi kali ini iaitu "Cakna Kebajikan Utuh Kesatuan".


Perkhidmatan Tremco Imtihan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam ini telah berlangsung sebanyak tiga sesi dalam sehari iaitu sesi pertama pada pukul 7.30 pagi, sesi kedua pada pukul 10. 00 pagi dan sesi ketiga pada pukul 1.00 petang yang bertempat di Dataran Rumah Selangor, Hayyu Asyir bagi ikhwah dan di Toob Ramly bagi akhwat.


Alhamdulillah, hasil kerjasama daripada semua pihak, Tremco Imtihan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Justeru itu, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggerak Tremco Imtihan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakannya sepanjang musim peperiksaan. Semoga dengan adanya kemudahan perkhidmatan ini serba sedikit dapat membantu ahli dan mudah-mudahan dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang. Akhirnya, semoga imtihan pada tahun ini menatijahkan kejayaan kepada seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.



"Cakna Kebajikan Utuh Kesatuan"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Lajnah Sambutan dan Rehlah  

BKASM sesi 2020/2021 


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Selasa, Julai 20, 2021

[ LAPORAN | PROGRAM ISTIWA' ADZAM ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]

 [ LAPORAN | PROGRAM ISTIWA' ADZAM ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]


16 JULAI 2021, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menghantar wakil dalam menyertai program Istiwa' Adzam anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor.


Program ini telah bersiaran langsung secara atas talian melalui aplikasi 'Google Meet', dengan keterlibatan Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor) dan Prof. Madya Dr. Baharuddin bin Zainal, turut hadir wakil dari BKASM, Ustaz Ahmad Mubasyir bin Kamaruzzaman serta wakil-wakil dari negara Dubai, Maghribi, Mesir, Mekah, Jepun, Thailand dan Indonesia).


Program telah dimulakan dengan 'Live' program "Lets Talk Falak". Kemudian, diteruskan dengan 'Live' dari wakil-wakil negara penentuan arah kiblat global sempenan Istiwa' A'dzam. Program diakhiri dengan ucapan perasmian penutup program oleh Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor).


Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai tidak hanya bergantung kepada aplikasi mudah alih dalam menentukan arah kiblat dengan mengajar menggunakan kaedah bayang ketika peristiwa Istiwa' A'dzam untuk menentukan arah kiblat dengan betul.


Seterusnya, hal ini juga bagi membetulkan kiblat sedia ada di tempat kediaman masing-masing menggunakan kaedah yang diajar supaya kiblat lebih tepat posisinya.


Selain itu, program ini disertai oleh wakil-wakil negara yang berkongsi siang dengan Mekah untuk menunjukkan ketepatan kaedah ini daripada aplikasi mudah alih yang selalu digunakan.


Wakil Jabatan Mufti Selangor sangat berbesar hati atas penglibatan semua pihak yang terlibat, khususnya BKASM bagi membuat program secara bersama.


Akhirnya, semoga program ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dalam masa yang sama mengukuhkan hubungan dua hala antara Jabatan Mufti Selangor dan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir khususnya.



"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Jabatan Setiausaha Agung (JASA)

BKASM sesi 2020/2021


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Isnin, Julai 12, 2021

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]


 [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 sangat menitikberatkan agenda pendidikan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan sahsiah.


Sempena berakhirnya peperiksaan fasa dua ini, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2020/2021 menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 13 Julai 2021.


Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini.


Akhirnya, marilah kita renungi kata-kata Al-Imam Ghazali ini : "Beruntunglah barangsiapa yang suka saling menasihati antara satu sama lain kerana orang mukmin itu adalah cerminan bagi orang mukmin yang lain."



Ustaz Muhammad Naqib bin Azhar

Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah

BKASM sesi 2020/2021



"Tarbiah Terpelihara Akhlak Terjaga"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Jumaat, Julai 02, 2021

[ LAPORAN SEPANJANG SAMBUTAN JUBLI ZAMRUD 55 TAHUN BKASM & ULANG TAHUN BKASM KALI KE-56 ]


 [ LAPORAN SEPANJANG SAMBUTAN JUBLI ZAMRUD 55 TAHUN BKASM & ULANG TAHUN BKASM KALI KE-56 ]


25 JUN 2020 - 26 JUN 2021, KAHERAH: Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan Sambutan Jubli Zamrud 55 Tahun BKASM. 


Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam tempoh satu tahun Sambutan Jubli Zamrud. Antara aktiviti awal yang telah dijalankan adalah pertandingan mencipta logo Jubli Zamrud dan pertandingan Penulisan Kreatif.


Selain itu, turut dilaksanakan Webinar Jubli Zamrud secara bersiri. Siri pertama telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohamad Fadzil, Pegawai Khas Exco Agama Kerajaan Negeri Perak dengan tajuk Krisis Identiti: Memilih Kemuliaan selain Islam. 


Siri webinar yang kedua diteruskan dengan tajuk, Muamalat Moden: "Antara Prinsip Islam dan Sistem Barat", telah disampaikan oleh Ustaz Zaharudin bin Muhammad, CEO UZM Sdn Bhd. 


Siri webinar diakhiri dengan pengisian daripada Dr. Azmil bin Zainal Abidin, selaku Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, dengan tajuk Aplikasi Ilmu Kalam dalam Menangani Serangan Pemikiran Moden. 


Majlis penutup Sambutan Jubli Zamrud  telah dilaksanakan pada 24 Jun 2021, yang dimulakan dengan solat hajat secara berjemaah di rumah masing-masing selepas menunaikan solat fardhu maghrib. Kemudian aktiviti bacaan Yasin dan doa selamat telah dijalankan secara langsung di laman rasmi Facebook Media Penerangan BKASM bermula pada jam 9.00 malam. Siaran langsung diakhiri dengan ucapan perasmian penutup Sambutan Jubli Zamrud oleh Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021.


Program ini diteruskan lagi dengan Tazkirah Subuh Khas yang telah dijalankan secara langsung pada jam 4.30 pagi, dengan tajuk yang dibawa sempena ulang tahun BKASM iaitu, 56 tahun BKASM, Perjuangan Yang Tiada Noktah. Tazkirah Subuh Khas ini telah disampaikan oleh Ustaz Luqmanulhafiz bin Mohd Amir.


Selain itu, edaran cupcake juga telah dijalankan di sekitar kawasan rumah ahli BKASM iaitu di Hayyu Asyir, Hayyu Sabiek, Darrasah dan DMAK. Turut terlibat di dalam aktiviti edaran ini adalah, barisan Ahli Jawatan Kuasa Tadbir, barisan Fasilitator dan juga penggerak Sambutan Jubli Zamrud BKASM sesi 2020/2021.


Firman Allah SWT:



((وَأَلَّفَ بَیۡنَ قُلُوبِهِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِی ٱلۡأَرۡضِ جَمِیعࣰا مَّاۤ أَلَّفۡتَ بَیۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَیۡنَهُمۡۚ إِنَّهُۥ عَزِیزٌ حَكِیمࣱ)) 


Maksudnya:

"Dan (Dia lah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."


(Surah Al-Anfal, Ayat 63). 

 

Alhamdulillah, ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli BKASM yang turut sama menjayakan majlis penutup Sambutan Jubli Zamrud dan Sambutan Hari Lahir BKASM kali ke-56 ini. Semoga segala usaha menyatupadukan hati di antara kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT, kerana hakikatnya tiada yang dapat menyatupadukan hati manusia melainkan Allah SWT.


Akhirnya, semoga Allah SWT menjaga kesatuan Islam ini dan terus memandu langkah pimpinan dan ahlinya di dalam membuat keputusan seiring dengan kehendak Allah SWT dan juga kehendak rasulNya. Insya-Allah. 



"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Setiausaha

Sambutan Jubli Zamrud 

BKASM sesi 2020/2021



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Ahad, Jun 13, 2021

[ IHTIRAM DAN SYAWAL '21 | PERJUANGAN RAMADAN DIHAYATI, NATIJAH TAKWA DIREALISASI ]

 


[ IHTIRAM DAN SYAWAL '21 | PERJUANGAN RAMADAN DIHAYATI, NATIJAH TAKWA DIREALISASI ]


13 APRIL - 15 MEI 2021, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Ihya' Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) dan SYAWAL '21.


IHTIRAM dan SYAWAL '21 yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu, telah menyusun beberapa aktiviti berfokuskan peningkatan tarbiah, ukhuwah dan thaqafah ahli. Tahun ini, program IHTIRAM dan SYAWAL' 21 mengekalkan konsep menyambut bulan Ramadan dalam norma baharu yang disarankan. Peringkat IHTIRAM dan SYAWAL '21 menyusun program sebaiknya supaya ahli-ahli BKASM terus menumpukan pencapaian akademik tanpa mengabaikan kelebihan Ramadan sebagai madrasah tarbiah melalui penyertaan program-program 'online' yang telah disusun.


Antara program-program IHTIRAM dan SYAWAL '21 yang berjaya dilaksanakan ialah Tazkirah Subuh Khas Bersiri, Bicara Ramadan, 'caption' ilmiah Ramadan, tadarus dan tadabbur al-Quran, Kuiz Maya dan lain-lain. 


Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama unit dan lajnah dalam BKASM antaranya Tazkirah Subuh Khas Bersiri, Bicara Ramadan dan E-book Peristiwa Ramadan. Semua aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli sekalipun berhadapan musim persediaan Imtihan.


Pada 13 Mei 2021, Majlis Perutusan Aidilfitri Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021 telah berjaya diadakan. Perutusan Aidilfitri telah disampaikan oleh Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar melalui 'Live Streaming'. 


Antara program yang menarik diadakan dalam program SYAWAL '21 ini ialah Tazkirah Subuh Khas yang bertajuk: 'Tuntutan Amal di Bulan Syawal' yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Aqli Hakimi bin Zulkipli, (Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir) pada hari raya kedua. 


Majlis Penutupan SYAWAL' 21 telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar (Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2020/2021) secara langsung di 'Facebook' Media Penerangan BKASM, ucapannya didahului dengan penghargaan kepada seluruh barisan penggerak program IHTIRAM dan SYAWAL '21 dan semua ahli BKASM yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan ukhuwah dan kebersamaan ahli BKASM. Di samping itu, ahli juga dapat meningkatkan tarbiah dan thaqafah di dalam diri dengan menghadiri program-program yang dianjurkan.



"Perjuangan Ramadan Dihayati, Natijah Takwa Direalisasi"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh :

Setiausaha,

IHTIRAM dan SYAWAL '21,

BKASM sesi 2020/2021



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM

#JauhiMaksiatLazimiTaat

Sabtu, Mei 15, 2021

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

 [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat mementingkan unsur-unsur pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah. Penerapan unsur tarbiah juga merupakan satu keperluan bagi melahirkan generasi Islam yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan jasmani.


Sempena imtihan fasa dua yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 15 Mei 2021


Semoga kita dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat memanfaatkan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Selari dengan sabda Rasulullah SAW :


مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ، تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ


Bermaksud: "Di antara kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak penting (berguna) baginya."

[Hadis Riwayat Tirmizi]


Oleh itu, marilah sama-sama kita mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat. Semoga kita semua dikurniakan kejayaan di dunia dan juga di akhirat yang kekal abadi.



"Tarbiah Terpelihara Akhlak Terjaga"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM

Rabu, April 07, 2021

[ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-45 (MAT 45): SYURA DIREALISASI SUNNAH DIAPLIKASI ]


[ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-45 (MAT 45): SYURA DIREALISASI SUNNAH DIAPLIKASI ]

3 APRIL 2021, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2019/2020 telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 yang telah diadakan di Dewan Nadi Syabab, Hayyu Sadis. Program kali ini membawa konsep Norma Baharu dengan melibatkan 50 ikhwah dan 50 akhawat sebagai perwakilan dan selebihnya sebagai pemerhati. Tema program pada kali ini ialah "Syura Diaplikasi Sunnah Direalisasi"

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memanfaatkan mesyuarat sebagai platform mengutarakan pandangan, cadangan dan muhasabah demi kelangsungan BKASM di samping mengukuhkan kebersamaan ahli.Seterusnya, menambah thaqafah ahli BKASM melalui pengisian yang dijalankan.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 bermula dengan majlis perasmian. Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan, Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 telah memberikan ucapan sulung. Seterusnya ucapan daripada Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021. Akhir sekali  ucapan daripada Ustaz Fahmi bin Abu Kasim, Yang Dipertua Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang sesi 2019-2021 selaku perasmi Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45.

Agenda besar mesyuarat seperti pengesahan Minit Mesyuarat kali ke-44 oleh Jabatan Setiausaha Agung, pembentangan laporan bagi setiap Lajnah dan Jabatan BKASM, pembentangan laporan Kewangan BKASM dan pembentangan serta perbahasan usul daripada ahli kepada BKASM bagi sesi 2020/2021.

Mesyuarat Agung Tahunan BKASM kali ke-45 telah diakhiri dengan ucapan penutup daripada Ustaz Muhammad Syukri bin Rosli, Mantan Yang Dipertua BKASM sesi 2019/2020 dan ucapan daripada Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021.

Semoga pelaksanaan mesyuarat ini menatijahkan suatu keputusan yang terbaik bagi meneruskan survival BKASM dan legasi pimpinan serta ahlinya di samping mempertahankan wadah kesatuan anak-anak Selangor di Mesir khususnya pada masa hadapan.


"Syura Direalisasi Sunnah Diaplikasi"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Timbalan Pengarah l (Setiausaha),
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 (MAT 45),
BKASM sesi 2020/2021.


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
#JubliZamrud55TahunBKASM

Selasa, Mac 30, 2021

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]


 [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 sangat menitikberatkan agenda pendidikan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan sahsiah.


Sempena berakhirnya peperiksaan fasa satu, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2020/2021 menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 29 Mac 2021.


Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini.


Akhirnya, marilah kita renungi kata-kata Al-Imam Ghazali ini : "Beruntunglah barangsiapa yang suka saling menasihati antara satu sama lain kerana orang mukmin itu adalah cerminan bagi orang mukmin yang lain."



"Tarbiah Terpelihara Akhlak Terjaga"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Ustaz Muhammad Naqib bin Azhar

Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah

BKASM sesi 2020/2021



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM

Rabu, Mac 24, 2021

[ TREMCO IMTIHAN DAN EDARAN KIT COVID-19: KEBAJIKAN AHLI YANG DIUTAMAKAN ]


 [ TREMCO IMTIHAN DAN EDARAN KIT COVID-19: KEBAJIKAN AHLI YANG DIUTAMAKAN ]


27 FEBRUARI - 18 MAC 2021, KAHERAH : Lajnah Sambutan dan Rehlah di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2020/2021 telah menyediakan perkhidmatan Tremco Imtihan disertai dengan edaran kit COVID-19 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor bersempena dengan peperiksaan fasa satu yang telah berakhir pada beberapa hari yang lalu. Perkhidmatan Tremco Imtihan dan serahan kit COVID-19 ini disediakan khusus buat semua mahasiswa dan mahasiswi Selangor di Mesir.


Antara objektif perkhidmatan Tremco Imtihan disediakan adalah untuk memudahkan perjalanan ahli ke kuliah sepanjang musim peperiksaan serta dapat memastikan ahli untuk sampai ke kuliah sebelum peperiksaan bermula. Seterusnya, perkhidmatan ini juga bertujuan mengeratkan ukhuwah sekaligus menyemai sikap cakna sesama ahli. 


Perkhidmatan Tremco Imtihan juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjayakan pembawaan BKASM pada sesi kali ini iaitu "Cakna Kebajikan Utuh Kesatuan".


Perkhidmatan Tremco Imtihan yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam ini telah berlangsung sebanyak tiga sesi dalam sehari iaitu sesi pertama pada pukul 7.30 pagi, sesi kedua pada pukul 10. 00 pagi dan sesi ketiga pada pukul 1.00 petang yang bertempat di Dataran Rumah Selangor, Hayyu Asyir.


Alhamdulillah, hasil kerjasama daripada semua pihak, Tremco Imtihan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Justeru itu, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggerak Tremco Imtihan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakannya sepanjang musim peperiksaan. Semoga dengan adanya kemudahan perkhidmatan ini serba sedikit dapat membantu ahli dan mudah-mudahan dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang. Akhirnya, semoga imtihan pada tahun ini menatijahkan kejayaan kepada seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir.



"Cakna Kebajikan Utuh Kesatuan"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Lajnah Sambutan dan Rehlah  

BKASM sesi 2020/2021 


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM

Sabtu, Februari 13, 2021

[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR MESIR ]


 [ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR MESIR ]


11 FEBRUARI 2021, KHAMIS, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 yang diwakili oleh Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Mohd Yasser bin Abdul Ghani, selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir. 


Tujuan pertemuan ini diadakan bagi meneruskan lagi hubungan antara BKASM dengan Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir disamping bertukar pandangan berkaitan kebajikan yang boleh diberikan kepada pelajar Selangor dalam fasa COVID-19.


Selain itu, BKASM telah membuat serahan keputusan peperiksaan ahli bagi sesi 2019/2020 kepada Atase Pendidikan Negeri Selangor. Dalam pertemuan tersebut juga BKASM turut menerima sumbangan umum daripada pihak Pejabat Atase Pendidian Selangor.


Semoga pertemuan ini mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara BKASM dan pihak pejabat sekaligus meraih keberkatan dan keredaan Allah SWT. 



"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


BKASM sesi 2020/2021


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM

Khamis, Februari 11, 2021

[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA '21 ]


[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA '21 ]

6 - 10 FEBRUARI 2021, SABTU, KAHERAH - Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 telah diadakan secara langsung di laman Facebook Media Penerangan BKASM. Objektif utama Ucaptama Yang Dipertua '21 adalah untuk memperkenalkan barisan pimpinan dan pembawaan BKASM sesi 2020/2021 kepada ahli BKASM.

Majlis telah bermula selepas Isyak tepat jam 8.00 malam. Ucaptama Yang Dipertua '21 telah dimulakan dengan tayangan video pengenalan barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2020/2021. Seterusnya, Yang Dipertua BKASM, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar telah membentangkan pembawaan BKASM pada sesi kali ini. Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran Unit Dana Mahabbah dan Unit Biah Solehah dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Yang Dipertua BKASM.


Pembawaan BKASM sesi 2020/2021:

1. Tarbiah Terpelihara Akhlak Terjaga 

2. Cakna Kebajikan Utuh Kesatuan

3. Sederap Membentuk Generasi Ilmuwan


Selain itu, edaran buku Ucaptama Yang Dipertua BKASM dan struktur organisasi BKASM sesi 2020/2021 juga telah dijalankan di sekitar kawasan rumah ahli BKASM seperti Hayyu Asyir, Hayyu Sabik, Darasah dan ARMA. Aktiviti edaran ini melibatkan Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar selaku Yang Dipertua BKASM, Ustazah Siti Syaza Nazwa binti Mohd Hanafiah selaku Timbalan Yang Dipertua II BKASM, dan barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM yang lain. 

Akhirnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang turut sama menjayakan majlis ini. Semoga program Ucaptama Yang Dipertua '21 dapat menambah kefahaman kita semua sama ada ahli atau pimpinan, agar sama-sama dapat menjayakan pembawaan pada sesi ini sekaligus mengukuhkan lagi ukhuwah di antara kita. Jazakumullahu khairal jaza'.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :

Unit Penerbitan dan Publisiti

Lajnah Penerangan dan Penerbitan

BKASM sesi 2020/2021



#Bersamabersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM

Jumaat, Januari 01, 2021

[STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2020/2021 ]


 [ STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2020/2021 ]


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Berikut adalah struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021.


Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Ikhwah :


Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar

[ Yang Dipertua ]


Aiman Syahmi bin Azhari

[ Timbalan Yang Dipertua I (Lajnah Perancang l ) ]


Amirol Akmal bin Mat Jelani

[ Setiausaha Agung (Lajnah Muhafazah) ]


Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan

[ Timbalan Setiausaha Agung I (Lajnah Pendaftaran) ]


Norazimi bin Khusaini

[ Bendahari Kehormat ]


Muhammad Naqib bin Azhar

[ Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah ] 


Muhammad Hafizie bin Husain

[ Ketua Lajnah Pendidikan ]


Muhammad Hazim bin Sabli

[ Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan ]


Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar

[ Ketua Lajnah Kebajikan ]


Ahmad 'Ammar bin Ahmad Mokhtar

[ Ketua Lajnah Ekonomi ]


Ibnu Qayyim bin Ibnu Muez

[ Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan ]


Ahmad Mubasyir bin Kamaruzzaman

[ Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah ]


Amirul Azzim bin Hamidon

[ Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan ]



Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Akhawat :


Siti Syaza Nazwa binti Mohd Hanafiah

[ Timbalan Yang Dipertua II (Lajnah Perancang ll) ]


Sofia Humairah binti Mohamad Khalid

[ Timbalan Setiausaha Agung II ]


Siti Anisa binti Ngah @ Khairul Anuar

[ Timbalan Bendahari Kehormat ]


Noorhayatie binti Misran

[ Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah ]


Nur Aziera binti Mohd Razib

[ Timbalan Ketua Lajnah Pendidikan ]


Anis Nabilah binti Anuar

[ Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan ]


Nurul Nasuha binti Ahmad Shahril Akmar

[ Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan ]


Nur Izzati Husna binti Rosli

[ Timbalan Ketua Lajnah Ekonomi ]


Nur Balqis binti Mohd Yusof

[ Timbalan Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan ]


Durratu Wafa' binti Muhamad Aufa

[ Timbalan Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah ]


Ummul Zamilaty binti Mohd Zulkafali

[ Timbalan Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan ]



Senarai Ahli Lembaga Penasihat :


Khairul Adha bin Hamdzani

[ Ketua Penasihat ]


Muhammad Syukri bin Rosli


Nurul Hafizah binti Haron


Eirdhina binti Mohd Shaharudin



"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Dikeluarkan oleh :

Jabatan Setiausaha Agung (JASA)

BKASM sesi 2020/2021



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

#JubliZamrud55TahunBKASM