Jumaat, Ogos 27, 2021

[ DAURAH FALAKIAH ALAMIAH AL-JAMIAH BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]



 [ DAURAH FALAKIAH ALAMIAH AL-JAMIAH BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]


24 OGOS 2021, KAHERAH: Sempena  bulan Falak Malaysia, telah berlangsung satu program khusus anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2020/2021 iaitu Daurah Falakiah, yang bertajuk Mukaddimah Fi Ilmil Falak. Daurah Falakiah ini telah  berlangsung selama dua jam melalui platform aplikasi Webex khusus kepada ahli BKASM yang terlibat. 


Daurah ini dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar, selaku wakil Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir. Majlis diteruskan lagi dengan perkongsian daripada pengisi jemputan iaitu Ustaz Hanafiah bin Abdul Razak berkenaan dengan pengenalan ilmu falak. 



Beberapa isi penting yang telah disampaikan oleh pengisi:


1- Sejarah ilmu falak dalam dunia Islam

2- Contoh ulama' dan cendekiawan Islam yang terlibat dalam ilmu falak

3- Senarai kitab turathi dan kontemporari berkenaan ilmu falak sebagai rujukan


Seterusnya, daurah diteruskan lagi dengan sesi soal jawab di antara pengisi dan peserta program. 


Daurah Falakiah ini diakhiri dengan  kalam tausiyah yang telah disampaikan oleh Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor Sahibus Samahah Dato' Dr Haji Anhar bin Opir dengan menyebut beberapa kepentingan dan tuntutan mempelajari ilmu Falak ini untuk memenuhi keperluan umat di Malaysia. 

Beliau juga berpesan untuk para peserta bersungguh-sungguh mempelajari ilmu tambahan tanpa meninggalkan silibus kuliah yang  utama. 


Program ini ditutup dengan pengisian maklum balas peserta program dan tuntutan E-Sijil Penyertaan melalui Google form. 


Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) mengucapkan ribuan terima kasih atas hubungan dan kerjasama dua hala dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor. Semoga hubungan baik ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT dalam memastikan agenda kebajikan dan pembudayaan ilmu terlaksana sebaiknya dalam kalangan ahli BKASM dan dunia Islam. 



"Sederap Membentuk Generasi Ilmuwan"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan