Sabtu, Ogos 28, 2021

[ LAPORAN BENGKEL KEMAHIRAN ADOBE PREMIERE PRO DAN PHOTOSHOP 2021 ]


 [ LAPORAN BENGKEL KEMAHIRAN ADOBE PREMIERE PRO DAN PHOTOSHOP 2021 ]


23-24 OGOS 2021, HAYYU ASYIR - Bengkel Kemahiran Adobe anjuran Unit Kelab LPP di bawah Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2020/2021 telah diadakan baru-baru ini bertujuan bagi melahirkan pelapis serta mengasah kemahiran ahli dalam bidang multimedia dan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli designer BKASM.


Program tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula jam 8.00 pagi - 3.00 petang bertempat di Musolla Darul Iman, Hayyu Asyir. Program tersebut telah dihadiri oleh 20 orang peserta ikhwah dan 20 orang peserta akhawat termasuk bilangan mentor dan penggerak yang turut hadir.


Bagi hari pertama, majlis dimulakan dengan taklimat program yang disampaikan oleh saudara Amirul Khairul Mohd Sajury selaku pengarah Bengkel Kemahiran Adobe 2021 dan diteruskan dengan pembentangan asas-asas Adobe Premiere Pro yang telah dibentangkan oleh saudara Muhammad Mustaqim Nur Iman, (Unit Pesat KPIPM sesi 2020/2021). Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah dibantu oleh mentor bagi memudahkan peserta dalam menguasai asas Adobe Premiere Pro dengan dibekalkan beberapa bahan daripada peringkat program.


Bagi hari kedua, program diteruskan dengan pembentangan berkaitan Adobe Photoshop yang dibentangkan oleh saudara Amir Muntasir bin Mad Zakuan (Ketua Unit Penerbitan dan Publisiti Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2020/2021). Peserta didedahkan dengan cara menghasilkan wallpaper yang lebih menarik dan diteruskan dengan tugasan daripada pengisi yang dibantu oleh mentor bagi menyelesaikan tugasan yang disediakan oleh peringkat program kepada peserta.


Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hazim bin Sabli selaku Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2020/2021.


Semoga dengan usaha ini dapat melahirkan pelapis tenaga mahir dalam bidang multimedia demi kelangsungan BKASM akan datang.



"Sederap Membentuk Generasi Ilmuwan"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh :


Setiausaha

Lajnah Penerangan dan Penerbitan

BKASM sesi 2020/2021


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan