Ahad, Oktober 24, 2021

[ RAMAH MESRA BARISAN AJKT BKASM SESI 2020/2021 BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]

 [ RAMAH MESRA BARISAN AJKT BKASM SESI 2020/2021 BERSAMA ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]



KAHERAH, 12 OKTOBER 2021 - Barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2020/2021 telah mengadakan satu pertemuan bersama Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), bertempat di Dewan Wisma Melaka, Hayyu Sabiek.


Pertemuan yang berkonsepkan Hi-Tea ini, telah berlangsung secara santai dan dihadiri oleh barisan AJKT BKASM yang diketuai oleh Yang Dipertua BKASM sesi 2020/2021, Ustaz Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar bersama Tuan Haji Mohd Yasser bin Abdul Ghani (Atase Pendidikan Selangor) serta Ustaz Mohammad Arif bin Nor Azli (Pembantu Atase Pendidikan Selangor).


Pertemuan yang berlangsung selama 2 jam ini, sarat dengan perbincangan dan perbualan berkaitan pengurusan dan laporan perjalanan BKASM sepanjang sesi ini termasuklah hubungan kerjasama antara BKASM dengan Pejabat Atase Pendidikan Selangor. 


Di samping itu, pertemuan ini juga turut menyentuh berkenaan hal kebajikan anak Selangor di Mesir termasuklah pengurusan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan, hal ehwal akademik pelajar Selangor dan lain-lain.


Akhirnya, peringkat Atase Pendidikan Selangor telah memberikan amanat dan harapan kepada kepimpinan BKASM pada sesi akan datang. Pertemuan ini di akhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.


Pihak BKASM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) atas kesudian untuk bertemu dan beramah mesra bersama barisan AJKT BKASM sesi 2020/2021. 


Semoga pertemuan seperti ini dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang disamping mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara BKASM dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah). Insya-Allah.



"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh :

Jabatan Setiusaha Agung (JASA)

BKASM sesi 2020/2021



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan