[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]
[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.
Seperti sedia maklum, pengajian fasa pertama bagi sesi 2021/2022 sedang berlangsung dan peperiksaan penggal pertama akan tiba tidak lama lagi. Rata-rata kesemua mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persiapan daripada pelbagai sudut seperti menghadiri kuliah dan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan dalam keadaan bersedia dengan cemerlang.
Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 17 Disember 2021, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Hal ini adalah kerana bagi memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
Selain itu, di kesempatan ini, Jabatan Yang Dipertua BKASM mewakili Unit Fasilitator ingin memaklumkan pelaksanaan Muzakarah Berkelompok Amali juga akan bermula pada tarikh 17 Disember 2021.
Oleh yang demikian, diharapkan agar kita semua dapat menguruskan masa sebaiknya dalam menyeimbangkan kualiti diri daripada aspek rohani dan jasmani serta meningkatkan prestasi dan memberikan sepenuh komitmen dalam membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.
Di samping itu, kita juga mestilah menguatkan hubungan dengan Allah SWT kerana Dialah Yang Maha Berkuasa memberikan dan menentukan segalanya. Maka, teruskan bermunajat dan bertawakal kepada-Nya.
Akhirnya, semoga semua mahasiswa dan mahasiswi direzekikan kejayaan yang berkat di sisi Allah dalam peperiksaan kali ini dan mampu memberikan manfaat kepada masyarakat melalui ilmu yang diperolehi.
Semoga kejayaan yang bakal diperolehi menjadi sebab bertambahnya iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Insya-Allah.
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Ustaz Muhammad Hazim Bin Sabli
Timbalan Yang Dipertua I (Lajnah Perancang I)
BKASM sesi 2021/2022
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
Ulasan
Catat Ulasan