LAPORAN PINDAAN PERLEMBAGAAN BKASM


 23 OKTOBER 2021, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir secara rasminya telah membuat pindaan perlembagaan susulan daripada usul yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-44 yang lepas. Usul dengan matan "Meminda dan menyemak semula perlembagaan BKASM" telah dicadangkan oleh Ustaz Muhamad Hakim bin Nasir, dan telah dipersetujui oleh majoriti ahli mesyuarat. 


Seterusnya, pindaan perlembagaan ini telah dimulakan dengan penubuhan Panel Penggubal Pindaan Perlembagaan BKASM yang diketuai oleh Ustaz Khairul Adha bin Hamdzani. Tambahan, ahli Panel Penggubal Pindaan Perlembagaan BKASM terdiri daripada kalangan pimpinan dan ahli BKASM. 


Usaha pindaan ini diteruskan dengan kajian yang dibuat oleh ahli Panel Penggubal Pindaan Perlembagaan BKASM dalam meneliti setiap fasal dan bab di dalam perlembagaan. Beberapa perkara telah dicadangkan untuk dipinda berdasarkan kesesuaian corak pentadbiran BKASM dan perubahan zaman. 


Pindaan perlembagaan BKASM telah dibentangkan di dalam  Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-46 dan telah dipersetujui oleh majoriti ahli mesyuarat.  Perlembagaan yang baru secara rasminya telah berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan majoriti ahli mesyuarat dan akan digunakan di dalam pentadbiran BKASM.


Selepas daripada itu, usaha-usaha pembukuan Buku Perlembagaan BKASM yang baharu mula dibuat. Antaranya, menulis semula perlembagaan, menyesuaikan format, menyemak ejaan dan tatabahasa yang telah dilaksanakan oleh panel-panel yang terlibat.


Hasilnya, Buku Perlembagaan BKASM pindaan 2021 telah mula disebarkan di dalam program sulung BKASM sesi 2021/2022 iaitu Ucaptama Yang Dipertua '21. Sebaran ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan ahli BKASM.


Semoga dengan pindaan perlembagaan ini dapat melancarkan urus tadbir BKASM dan memastikan BKASM terus relevan dalam meneruskan agenda kebajikan dan kesatuan dalam kalangan anak-anak Selangor di Mesir.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Jabatan Setiausaha Agung

BKASM sesi 2021/2022


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]