Rabu, Disember 08, 2021

[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA BKASM '21 ]


[ UCAPTAMA YANG DIPERTUA BKASM '21 ]

4 DISEMBER 2021, SABTU, KAHERAH - Ucaptama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 telah diadakan di Musolla Asrama Pahang, Awal Sabik. Objektif utama Ucaptama Yang Dipertua BKASM '21 adalah untuk memperkenalkan barisan pimpinan dan pembawaan BKASM sesi 2021/2022 kepada ahli BKASM.

Majlis telah bermula selepas asar pada jam 3.30 petang. Ucaptama Yang Dipertua BKASM telah dimulakan dengan pengisian perdana yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhd Faiz bin Salim selaku Ketua Penyelaras Utama Majlis Gabungan Anak Negeri. Seterusnya, Majlis Ucaptama telah dirasmikan oleh Penasihat Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir iaitu Ustaz Ahmad Farhan Bin Ahmad Azhar. Dalam pada itu, turut dilancarkan juga Kempen Maan Nanjah dan Unit Biah Solehah oleh Yang Dipertua BKASM, Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan. Seterusnya, Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan Pembawaan oleh YDP BKASM, Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan. Majlis Ucaptama YDP '21 diteruskan lagi dengan  memberi ruang kepada ahli untuk berbahas dan memberi  pandangan berkaitan pembawaan yg telah dibentangkan. Beberapa ahli daripada ikhwah mahupun akhwat telah memberikan pandangan yang baik berkaitan pembawaan yang telah dibentangkan. 


Pembawaan BKASM sesi 2021/2022 adalah seperti berikut :

1. Kualiti Diri Dipertingkat Agama Islam Dimartabat

2. Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan 

3. Perkasa Kebajikan Teguh Kebersamaan 


Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Sufi's Rythm yang terdiri daripada ahli-ahli BKASM. Seterusnya Ustaz Ahmad Mujahid selaku Yang Dipertua BKASM  menyebutkan empat Resolusi Ucaptama. 


Resolusi Ucaptama YDP '21 adalah seperti berikut: 

1. Bersama berusaha menjadikan ilmu dan amal sebagai teras kehidupan bagi menjayakan usul dan pembawaan BKASM pada sesi kali ini. 

2. Bersedia untuk berkhidmat dengan meningkatkan kualiti diri demi kelangsungan BKASM 

3. Menghidupkan roh kesatuan sesama ahli melalui slogan 'Setia Bersama Ukhwah' 

4. Memastikan BKASM terus relevan dalam memberi kebajikan kepada anak Selangor di Mesir. 


Akhirnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang turut sama menjayakan majlis ini. Semoga Ucaptama Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022 dapat menambah kefahaman kita semua sama ada ahli mahupun pimpinan, agar sama-sama dapat menjayakan pembawaan pada sesi ini sekaligus mengukuhkan kesatuan di antara kita. Jazakumullahu khairal jaza'.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Disediakan oleh :

Jabatan Pengarah 

Ucaptama YDP 

BKASM sesi 2021/2022


#Bersamabersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan