Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]

Imej
  [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 sangat menitikberatkan agenda pendidikan bagi melahirkan mahasiswa Islam yang mempunyai kefahaman yang benar dan keteguhan dalam agama. Oleh itu, Unit Fasilitator di bawah Jabatan Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022 ingin memaklumkan bahawa tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Manhaji ialah pada 15 Julai 2022. Semoga semua ahli dapat memberikan komitmen dalam menjayakan Muzakarah Berkelompok Manhaji serta saling berkongsi ilmu dan manfaat melalui medium ini. Akhirnya, marilah kita hayati hadis Nabi Muhammad SAW, maksudnya : "Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan, maka Allah akan memberinya kefahaman di dalam agama." Ustaz Muhammad Hazim Bin Sabli Timbalan Yang Dipertua I BKASM sesi 2021/2022 "Kualiti Diri Dipertingkat Agama Islam Dimartabat" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI

Imej
[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.  Seperti sedia maklum, pengajian fasa dua bagi sesi 2021/2022 sedang berlangsung dan peperiksaan penggal kedua akan tiba tidak lama lagi. Seluruh mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persediaan dengan menghadiri kuliah dan kelas tutorial, serta mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 10 MEI 2022, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja yang masih tetap berjalan seperti biasa. Hal ini demikian bagi memberi ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk me

[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]

Imej
 [ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ] 31 MAC, KHAMIS, SHAH ALAM - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 yang diwakili oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Prof Madya Dr. Hj Miszairi b. Sitiris (Timbalan Mufti Negeri Selangor) dan Ustaz Khairul Jahrin bin Hj Nasri yang bertempat di Menara Utara, Majlis Agama Islam Selangor, Shah Alam. Kunjung Hormat ini telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Mujahid b. Mad Zakuan (Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022), Ustazah Durratu Wafa' bt. Muhamad Aufa (Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2021/2022) dan beberapa orang wakil ahli BKASM. SS Prof Madya Dr. Hj Miszairi b. Sitiris mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pimpinan dan ahli BKASM yang sudi hadir ke Pejabat Mufti Negeri Selangor. Beberapa nasihat dan pesanan yang dikongsikan oleh SS Timbalan Mufti khusus kepada semua Mahasiswa Selang

[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]

Imej
[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ] 15 FEBRUARI 2022, SELASA, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Mohd Yasser bin Abdul Ghani selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir yang bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir. Pertemuan tersebut diwakili oleh Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan, Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022, Ustazah Siti Anisa binti Ngah@Khairul Anuar, selaku Timbalan Yang Dipertua ll BKASM sesi 2021/2022 serta beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM sesi 2021/2022. Pertemuan yang berlangsung adalah berkaitan perjalanan BKASM sepanjang satu sesi serta bertukar  pandangan serta cadangan antara peringkat BKASM dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor bagi sebarang kerjasama program, khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar Selangor.  Selain itu, pihak BKASM sangat berbesar hati atas nasihat dan

[TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI]

Imej
  [TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI]  15 JANUARI - 3 FEBRUARI 2022, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2021/2022 telah menyediakan khidmat Tremco Imtihan untuk kemudahan ahli bawah kelolaan Lajnah Sambutan dan Rehlah yang telah berlangsung sepanjang musim peperiksaan fasa 1 yang lalu. Perkhidmatan Tremco Imtihan ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam negeri Selangor serta negeri-negeri lain iaitu Terengganu dan Pahang. Tremco Imtihan berlangsung sebanyak tiga sesi dalam sehari sepanjang tempoh peperiksaan iaitu pada pukul 7.30 pagi bagi sesi pertama, pukul 10.00 pagi bagi sesi kedua dan pukul 1.00 petang bagi sesi ketiga. Pengumpulan bagi Tremco Imtihan berpusat di Dataran Rumah Anak Selangor, Hayyu Asyir bagi pelajar ikhwah dan akhawat.  Antara objektif kebajikan yang dibawa adalah sebagai pemudah cara kepada ahli khususnya untuk hadir ke dewan kuliah awal daripada waktu bermula peperiksaan sebagai langkah persediaan, di samping memup

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

Imej
[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.  Seperti yang sudah sedia maklum, peperiksaan fasa satu telah melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, peringkat Jabatan Fasilatator (JATA) bawah Jabatan Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022 menetapkan tarikh Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 10 Februari 2022. Semoga semua ahli pada setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj dengan ilmiah dan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikannya dalam melaksanakan aktiviti ini. Insya-Allah. Akhirnya, suka saya selitkan sedikit nasihat daripada Imam Ibnu Al-Jauzi yang bermaksud : "Alangkah sedikitnya orang yang beramal dengan ikhlas kerana Allah SWT kerana kebanyakan manusia ingin ibadahnya