Khamis, Februari 17, 2022

[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]


[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]

15 FEBRUARI 2022, SELASA, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Mohd Yasser bin Abdul Ghani selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir yang bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir. Pertemuan tersebut diwakili oleh Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan, Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022, Ustazah Siti Anisa binti Ngah@Khairul Anuar, selaku Timbalan Yang Dipertua ll BKASM sesi 2021/2022 serta beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM sesi 2021/2022.

Pertemuan yang berlangsung adalah berkaitan perjalanan BKASM sepanjang satu sesi serta bertukar  pandangan serta cadangan antara peringkat BKASM dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor bagi sebarang kerjasama program, khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar Selangor. 

Selain itu, pihak BKASM sangat berbesar hati atas nasihat dan saranan yang diberikan oleh peringkat Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan menjaga keselamatan diri.

Akhirnya, peringkat Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) telah memberikan amanat dan harapan kepada BKASM agar terus cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan. Pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati kepada peringkat Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) sebagai tanda kenang-kenangan.

Pihak BKASM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) atas kesudian untuk bertemu dan beramah mesra bersama wakil kepimpinan BKASM sesi 2021/2022.

Semoga pertemuan yang bermanfaat ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sekaligus mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara BKASM dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah). Insya-Allah.


“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Disediakan oleh :

Jabatan Setiausaha Agung (JASA)

BKASM sesi 2021/2022


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM 

#SetiaBersamaUkhuwah 

Selasa, Februari 08, 2022

[TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI]

 

[TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI] 

15 JANUARI - 3 FEBRUARI 2022, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2021/2022 telah menyediakan khidmat Tremco Imtihan untuk kemudahan ahli bawah kelolaan Lajnah Sambutan dan Rehlah yang telah berlangsung sepanjang musim peperiksaan fasa 1 yang lalu.

Perkhidmatan Tremco Imtihan ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam negeri Selangor serta negeri-negeri lain iaitu Terengganu dan Pahang. Tremco Imtihan berlangsung sebanyak tiga sesi dalam sehari sepanjang tempoh peperiksaan iaitu pada pukul 7.30 pagi bagi sesi pertama, pukul 10.00 pagi bagi sesi kedua dan pukul 1.00 petang bagi sesi ketiga. Pengumpulan bagi Tremco Imtihan berpusat di Dataran Rumah Anak Selangor, Hayyu Asyir bagi pelajar ikhwah dan akhawat. 

Antara objektif kebajikan yang dibawa adalah sebagai pemudah cara kepada ahli khususnya untuk hadir ke dewan kuliah awal daripada waktu bermula peperiksaan sebagai langkah persediaan, di samping memupuk sikap kebersamaan dan saling berkenalan sesama ahli negeri Selangor serta negeri-negeri yang lain.

Tremco Imtihan juga merupakan sebahagian usaha bagi merealisasikan pembawaan BKASM sesi kali ini dengan matan yang berbunyi "Perkasa Kebajikan Teguh Kebersamaan".

Jutaan penghargaan dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat  secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan perkhidmatan Tremco Imtihan dengan jayanya pada sesi kali ini. Semoga dengan usaha kecil ini dapat memelihara kebajikan ahli sepanjang tempoh menuntut ilmu di bumi Mesir. Insya-Allah.

Setinggi-tinggi pengharapan agar usaha murni ini dapat sentiasa dilaksanakan pada sesi akan datang kerana Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sentiasa komited dalam memberi khidmat kebajikan kepada ahli berlandaskan usul dan pembawaan sesi kali ini.

"Perkasa Kebajikan Teguh Kebersamaan"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


Lajnah Sambutan dan Rehlah

BKASM sesi 2021/2022


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Ahad, Februari 06, 2022

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli. 

Seperti yang sudah sedia maklum, peperiksaan fasa satu telah melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, peringkat Jabatan Fasilatator (JATA) bawah Jabatan Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022 menetapkan tarikh Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 10 Februari 2022.

Semoga semua ahli pada setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj dengan ilmiah dan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikannya dalam melaksanakan aktiviti ini. Insya-Allah.

Akhirnya, suka saya selitkan sedikit nasihat daripada Imam Ibnu Al-Jauzi yang bermaksud :

"Alangkah sedikitnya orang yang beramal dengan ikhlas kerana Allah SWT kerana kebanyakan manusia ingin ibadahnya dilihat manusia".

Oleh itu, perlu untuk kita sentiasa tajdid niat dan memelihara hati atas segala amal perbuatan kita supaya menjadi bekalan kita di akhirat kelak. Wallahua’lam.

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

Ustaz Muhammad Hazim bin Sabli
Timbalan Yang Dipertua I (Lajnah Perancang I)
BKASM sesi 2021/2022

#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah