[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]


[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]

15 FEBRUARI 2022, SELASA, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Mohd Yasser bin Abdul Ghani selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir yang bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir. Pertemuan tersebut diwakili oleh Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan, Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022, Ustazah Siti Anisa binti Ngah@Khairul Anuar, selaku Timbalan Yang Dipertua ll BKASM sesi 2021/2022 serta beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM sesi 2021/2022.

Pertemuan yang berlangsung adalah berkaitan perjalanan BKASM sepanjang satu sesi serta bertukar  pandangan serta cadangan antara peringkat BKASM dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor bagi sebarang kerjasama program, khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar Selangor. 

Selain itu, pihak BKASM sangat berbesar hati atas nasihat dan saranan yang diberikan oleh peringkat Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan menjaga keselamatan diri.

Akhirnya, peringkat Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) telah memberikan amanat dan harapan kepada BKASM agar terus cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan. Pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati kepada peringkat Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) sebagai tanda kenang-kenangan.

Pihak BKASM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) atas kesudian untuk bertemu dan beramah mesra bersama wakil kepimpinan BKASM sesi 2021/2022.

Semoga pertemuan yang bermanfaat ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sekaligus mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara BKASM dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah). Insya-Allah.


“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”


Disediakan oleh :

Jabatan Setiausaha Agung (JASA)

BKASM sesi 2021/2022


#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM 

#SetiaBersamaUkhuwah 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

السيرة النبوية : القصة في المنام أو التربية للأنام؟ MINDA SISWA | SIRI 2

FORUM LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH SAW MENDAPAT SAMBUTAN YANG LUAR BIASA DARI BIASA