Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

[ MATEEN '22 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-47 DAN MAJLIS KONVOKESYEN & ANUGERAH KECEMERLANGAN BKASM 2022 ]

Imej
 [ MATEEN '22 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-47 DAN MAJLIS KONVOKESYEN & ANUGERAH KECEMERLANGAN BKASM 2022 ] 25 OKTOBER 2022, SELASA dan 29 OKTOBER 2022, SABTU - KAHERAH: Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan satu program mega gabungan antara Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-47 dan Majlis Konvokesyen & Anugerah Kecemerlangan BKASM 2022 di bawah satu nama iaitu MATEEN '22.  Program ini telah bermula pada 25 Oktober 2022 dengan Majlis Konvokesyen & Anugerah Kecemerlangan BKASM 2022 bertempat di Nasr City Company Club, Hayyu Tasi'. Program ini bertujuan untuk meraikan kejayaan para graduan serta pelajar cemerlang pengajian Islam BKASM dengan pangkat jayyid dan ke atas di samping dapat menaikkan semangat agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga menatijahkan kejayaan yang cemerlang untuk Islam khususnya. Program dimulakan dengan pengisian Kalam Tausiyah oleh Syeikh Dr Abdul Aziz Farj, Ketua Qism Fiqh Muqoron, Kul